Isnin lalu, seorang wanita di Singapura dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun dan tiga bulan selepas didapati bersalah memberikan dadah kepada anaknya.

Wanita Dipenjara Selepas Ajak Anak Ambil 'Ais'. Ini SEBABNYA

Wanita itu memberikan dadah jenis ‘ais’ (methamphetamine) kepada anak perempuannya yang berusia 17 tahun.

Wanita berkenaan dikatakan mengajak anaknya mengambil dadah untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan antara mereka berdua.

Menurut Mothership.sg, mahkamah mendapati wanita tersebut telah memberikan anaknya dadah itu sebagai satu aktiviti ‘bonding’ keluarga.

Aktiviti ‘bonding’ itu berlaku sejak dari November 2020 sehinggalah mereka ditangkap pada Mac 2021.

Menurut Straits Times, aktiviti jenayah berkenaan dilaporkan berlaku di rumah yang didiami mereka berdua.

Selain itu, wanita berkenaan juga didakwa membantu anaknya menyediakan kelengkapan yang diperlukan untuk mereka mengambil dadah berkenaan.

Perbuatan berkenaan dilaporkan berlaku sekurang-kurangnya sekali setiap minggu.

Ibu dan anak ini ditahan susulan operasi Biro Narkotik Pusat pada 21 Mac 2021 kira-kira jam 11 malam.

Satu paket yang mengandungi ‘bahan kristal’ dipercayai dadah jenis ‘ais’ seberat 0.89g turut ditemui di rumah mereka semasa operasi.

Menurut Mothership, sampel air kencing diambil daripada mereka selepas penahanan dibuat menunjukkan keputusan positif dadah.

Wanita Dipenjara Selepas Ajak Anak Ambil 'Ais'. Ini SEBABNYA

Difahamkan, wanita tersebut mengaku bersalah ke atas tiga pertuduhan di bawah Akta Penyalahgunaan Dadah.

Manakala, dua lagi pertuduhan masih dalam proses pertimbangan, lapor Straits Times.

Salah satu tuduhan yang masih dalam pertimbangan adalah kesalahan membenarkan seorang lelaki berusia 20 tahun mengambil dadah yang sama.

Walau bagaimanapun, tidak ada dokumen dari mahkamah berkaitan status hubungan mereka.

Hakim Lim Tse Haw telah menjatuhkan hukuman penjara lima tahun kepada wanita itu kerana mengambil dadah.

Manakala, penjara dua tahun tiga bulan kerana memberikan dadah kepada anak perempuannya.

Dalam pada itu, dia turut dijatuhkan hukuman penjara lapan bulan kerana memiliki dadah.

Hukuman itu akan dijalankan secara serentak dengan hukuman yang lain.

Hakim berkata, dia sepatutnya melindungi anak-anaknya walau apa pun yang berlaku, bukan membenarkan anak-anaknya mengambil bahan terlarang itu.

Peguam yang mewakili mereka, Sadhana Rai meminta hukuman dua tahun kepada wanita itu ditarik semula.

Ini merujuk kepada pengakuan bertulis anak perempuannya bahawa bukan ibunya yang menyebabkan dia terlibat dengan dadah.

Menurut anaknya, dia telah didedahkan dan dipengaruhi dengan dadah oleh orang lain.

Menurut Rai lagi, wanita itu mengambil dadah bersama-sama anaknya bertujuan untuk mengawal serta mengehadkan jumlah yang diambil mereka setiap hari.

Walau bagaimanapun, keputusan mahkamah tidak menyebut sebarang tindakan yang diambil terhadap anak perempuan itu selepas ditahan.

Sumber: Siakap Keli

Share.

Leave A Reply