Wanita Hamil Maut Ditembak Di Kepala, Perut Selepas Sambut ‘Baby Shower’| Seorang wanita hamil dilaporkan maut selepas dia dikatakan telah ditembak di timur Philadelphia, Amerika Syarikat, ketika sedang membuka hadiah-hadiah selepas menyambut majlis ‘baby shower’, baru-baru ini.

Wanita Hamil Maut Ditembak Di Kepala, Perut Selepas Sambut 'Baby Shower'

Pembunuhan wanita yang dikatakan berusia 32 tahun yang sedang hamil 7 bulan itu terjadi ketika Philadelphia mencapai rekod pembunuhan tertinggi sepanjang tahun ini.

Menurut jurucakap polis, mangsa dikatakan telah ditembak di kepala dan perut pada 8.30 malam, di kawasan kejiranan Lawncrest.

Tambahnya, setelah mendengar bunyi tembakan, orang awam yang tinggal di kejiranan terbabit telah menghubungi polis untuk mendapatkan bantuan namun mangsa dikatakan telah meninggal di lokasi kejadian setibanya mereka di sana.

Wanita Hamil Maut Ditembak Di Kepala, Perut Selepas Sambut 'Baby Shower'

Difahamkan bayi dalam kandungannya pula disahkan meninggal dunia beberapa minit kemudian setelah mangsa dibawa ke  Pusat Perubatan Einstein dah disahkan meninggal pada jam 9 malam.

Polis berkata, suspek belum dapat dikenalpasti namun berdasarkan siasatan mereka, didapati suspek dilihat menyasarkan mangsa namun motif kejadian masih dalam siasatan.

Wanita Hamil Maut Ditembak Di Kepala, Perut Selepas Sambut 'Baby Shower'

Sumber: ABC News 

Share.

Leave A Reply