Wanita Istimewa. Satu-Satunya Rakyat Malaysia Yang Miliki Kumpulan ‘Darah Emas’. | Seorang wanita di Terengganu merupakan satu-satunya rakyat Malaysia daripada 43 individu di dunia yang memiliki darah unik jenis Rhnull atau lebih dikenali sebagai The Golden Blood.

Wanita Istimewa. Satu-Satunya Rakyat Malaysia Yang Miliki Kumpulan 'Darah Emas'

Fakta menarik tersebut dikongsikan di laman Facebook Derma Darah Terengganu Kite dalam satu perkongsian hari ini.

“Kumpulan darah penderma ini ialah Rhnull, iaitu kumpulan darah paling sukar ditemui di dunia.

“Setakat ini hanya ada 43 orang sahaja di seluruh muka bumi mempunyai kumpulan darah tersebut.

“Di Malaysia? Hanya beliau seorang setakat ini,” kata perkongsian tersebut hari ini.

Jelas perkongsian itu, darah yang didermakan wanita tersebut akan dihantar ke Pusat Darah Negara, Kuala Lumpur untuk disejukbekukan terlebih dahulu.

Kemudian, stok darah tersebut akan disimpan di dalam peti nitrogen dengan suhu serendah -80 darjah Celcius selama 10 tahun.

“Jika ada pesakit yang memerlukan darah jenis ini, maka darah ini akan dicairkan untuk digunakan.

You are the special one, sis!” tambah perkongsian itu lagi.

Sementara itu, merujuk perkongsian MedicineNet, darah tersebut digelar sebagai ‘darah emas’ adalah kerana ia hanya dimiliki oleh kurang daripada 50 orang di dunia dalam 50 tahun terakhir.

Rekod semasa mencatatkan, hanya sembilan orang penderma aktif darah jenis tersebut direkodkan buat masa sini.

Sumber : SK

Share.

Leave A Reply