Wanita Koma Disyaki Telah Dipukul Oleh Suami Sendiri | Keganansan rumah tangga merupakan sentimen kebanyakan orang yang memilih untuk tidak mengambil peduli akan isu ini. Di seluruh dunia, mangsa keganasan rumah tangga ialah wanita yang sangat banyak, dan wanita cenderung mengalami bentuk keganasan yang lebih parah.

Wanita Koma Disyaki Telah Dipikul Oleh Suami Sendiri

Seremban: “Saya dan ahli keluarga terkejut apabila mendapat tahu kakak koma kerana mengalami kecederaan serius di bahagian kepala,” kata Fazariah Nordin, adik kepada Jahidah Nordin, 43, yang bertarung nyawa selepas parah disyaki dipukul suaminya sendiri, 4 Mei lalu.

Jahidah yang juga merupakan seorang kakitangan kerajaan kini berada di Hospital Tuanku Ja`afar (HTJ) Seremban selepas menerima rawatan awal di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru, Johor, sebaik insiden itu dialaminya.

Sementara itu, Fazariah, 38, berkata, dia dan adik-beradik yang lain dalam keluarganya terkejut dan sedih dengan keadaan yang menimpa kakak sulung daripada tujuh beradik itu. Katanya, pihaknya dapati kecederaan yang dialami oleh Jahidah sangat teruk yang membuatkan dia koma sehingga kini.

Dalam pada itu, dia telah dimaklumkan oleh pihak hospital yang merawat, kakaknya itu mengalami kecederaan yang teruk di bahagian kepala. Pihak hospital memaklumkan, ada berlaku pendarahan pada otak Jahidah. Pembedahan yang dilakukan terpaksa mengambil masa selama 12 jam.

“Malah, saya dimaklumkan oleh pihak yang merawat, kakak cedera teruk di belakang badan serta tulang rusuk retak dan patah.

“Pembedahan terpaksa dilakukan terhadapnya kerana kecederaan dialami terlalu serius,” katanya kepada NSTP di sini, hari ini.

Menurutnya, dia terkejut dengan insiden yang menimpa kakaknya itu kerana mangsa tidak pernah memberitahu atau berkongsi dengan adik-beradik lain mengenai masalah yang dihadapi dalam keluarganya.

Fazariah yang tinggal di Melaka berkata, sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan pada tahun lalu, dia sukar untuk menemui kakaknya itu yang tinggal di sebuah apartmen di Johor Baharu. Katanya, mereka jarang berjumpa kerana kakaknya itu duduk di Johor Bahru dan dia di Melaka. Namun, pada Februari lalu, kakak bersama suaminya ada datang singgah ke rumah dia sebentar ketika mereka mempunyai urusan kerja di Melaka.

“Ketika itu tiada tanda menunjukkan pasangan suami isteri itu mempunyai masalah, malah dia sendiri tidak pernah memberitahu kami masalah dalam keluarga atau ada benda tidak baik berlaku.

“Jahidah mendirikan rumah tangga pada September tahun lalu dan ketika ini sedang hamil anak pertama empat minggu,” katanya yang memaklumkan mereka berasal dari Sabah.

Dalam laporan media sebelum ini, seorang kakitangan awam sebuah jabatan kerajaan di Johor bertarung nyawa selepas parah disyaki dipukul suaminya sendiri 4 Mei lalu.

Mangsa yang sedang hamil empat minggu itu mengalami kecederaan parah pada kepala dan tengkorak terpaksa dibuang akibat pendarahan selain rahang, tulang belakang serta rusuk retak disyaki dipukul suaminya yang berusia 38 tahun.

Mangsa yang tidak sedarkan diri dipindahkan ke HTJ Seremban atas permintaan keluarga selain nasihat daripada pihak HSA.

Difahamkan, lelaki yang dikenali sebagai Rosmaini Abd Raof, 38, masih dikehendaki polis untuk membantu siasatan kes berkenaan.

Sumber: Harian Metro

Share.

Leave A Reply