Wanita Maut Gara-Gara Ditembak Jiran Ketika Berpakaian ‘Hantu’ | Seorang wanita dilaporkan maut ditembak selepas gurauannya yang berpakaian sebagai hantu untuk menakutkan jirannya bertukar tragedi, lapor New York Post.
Menerusi portal berita berkenaan, mangsa merupakan warganegara Mexico berusia dalam lingkungan 20-an itu dikatakan ‘menyamar’ sebagai hantu dengan mengenakan gaun putih dan veil.
Wanita itu berpakaian sebagai Wanita Menangis, yang dikenali sebagai ‘La Llorona’ di Amerika Latin, hantu yang dikatakan berjalan di jalan-jalan meratapi anak-anaknya yang mati.
Warga setempat mengaku melihat ‘hantu’ wanita itu pada tanggal 15 Oktober yang turut melaungkan ayat “Ay mis hijos” yang bermaksud “Oh anakku” manakala salah seorang penduduk setempat sempat dilaporkan berjaya merakam aksi wanita itu sebelum dia ditembak beberapa kali oleh seorang warga yang ketakutan.
Menurut laporan New York Post, jiran yang ketakutan itu berjaya melarikan diri setelah melepaskan tembakan ke arah wanita itu.
Polis Perbandaran juga dikhabarkan belum mendedahkan identiti mangsa dan tidak ada tangkapan dilaporkan berkaitan dengan penembakan tersebut.
Sumber: New York Post