Wanita ‘Misteri’ Terjah Rumah Penduduk Kampung. | Seorang wanita yang mendakwa dirinya sebagai utusan malaikat telah menerjah ke dalam beberapa buah rumah penduduk kampung.
Kejadian menggemparkan itu berlaku di Jalan Sukarma, Rangapan Jaya Baru, Pancoran Mas, Depok City.
Seorang penduduk yang rumahnya dimasuki itu, Rosani, 67, berkata, semasa kejadian itu berlaku dia sedang tidur.
Lalu, dia dikejutkan dengan kehadiran wanita itu yang tiba-tiba masuk ke dalam rumahnya.
Katanya, dia sedang baring di kerusi, kemudian, baru itu masuk.
Dia sempat menyapa terlebih dahulu namun, wanita itu sudah ada di depan muka pintu rumahnya.
Rosani telah memberi kenyataan pada Selasa di kediamannya.
Wanita itu mengaku kepada Rosani bahawa dia utusan malaikat dan berasal dari Serang, Banten.
Sejurus pengakuan itu, dia berkata dia mahu bertemu dengan kyai lalu, Rosani memberitahunya di sini tiada kyai.
Beberapa minit kemudian, Rosani menerima panggilan daripada kakaknya yang jarak rumahnya hanya beberapa meter sahaja.
Kata kakaknya, itu sudah lari dari rumahnya dan diberikan wang 10 ribu rupiah.
“Langsung disuruh pergi dengan menantu, bila marah dia tak nak ikut,” katanya lagi.
Akhirnya, itu pergi bersiar-siar selepas menarik perhatian penduduk setempat.
“Akhirnya dia pergi apabila penduduk sudah ramai,” katanya.
Sebelum mengakhiri bicaranya, dia turut memberikan gambaran mengenai wanita itu.
Menurutnya, dia seorang wanita muda biasa, bersolek tebal, berseluar jeans dan berbaju kotak-kotak.
Sumber: Tribun News