Wanita Terjun Laut Diselamatkan .

| December 5, 2020 | 0 Comments

Wanita Terjun Laut Diselamatkan . | Georgetown: Pemilik ‘Axia Kuning’ yang meninggalkan kenderaannya di bahu jalan di atas Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (JSAHMS) dekat sini, diselamatkan selepas dipercayai terjun ke laut.

Wanita berusia 22 tahun itu diselamatkan anggota penyelamat selepas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada 7.22 pagi hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata, wanita berkenaan meninggalkan Perodua Axia di Kilometer (KM) 16.5 jambatan terbabit bersama pengenalan dirinya.

“Anggota peronda PLUS yang bertugas juga melakukan tindakan awal dengan turun dari jambatan menggunakan tali dan jaket keselamatan bagi menyelamatkan wanita terbabit.

“Wanita itu diselamatkan pada jarak 100 meter dari tempat dia dipercayai terjun,” katanya.

Wanita itu kemudian dibawa ke Jeti Pasukan Polis Marin Batu Uban di sini, dan kes diserah kepada pihak polis bagi tindakan lanjut.

Sumber : Metro

Tags: , , , , , , , , , ,

Category: INFORMASI, JENAYAH, KESIHATAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *