Wilayah Persekutuan Benarkan Solat Berjemaah Tanpa Penjarakan Bermula 1 April | Khalifah Media Networks – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) membenarkan solat berjemaah tanpa penjarakan atau saf dirapatkan di masjid dan surau di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan bermula 1 April ini.

Solat berjemaah

Pengarahnya, Datuk Mohd. Ajib Ismail berkata, pihaknya juga menetapkan supaya jemaah digalakkan membawa dan menggunakan sejadah sendiri.

Beliau berkata, kehadiran ke masjid dan surau pula dibenarkan tanpa had umur dan mereka yang telah menerima suntikan vaksinasi Covid-19.

“Selain itu, masjid dan surau dibenarkan untuk melaksanakan solat sunat tarawih 20 rakaat pada bulan Ramadan.

“Manakala qiamullail pula dibenarkan untuk diadakan di masjid dan surau mulai tengah malam,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Pada masa sama, katanya, majlis berbuka puasa, moreh dan sahur dibenarkan untuk diadakan di masjid dan surau, namun makanan digalakkan untuk disediakan secara berbungkus.

“Kami juga membenarkan aktiviti tadarus al-Quran di masjid dan surau. Ia boleh dilaksanakan pada mana-mana waktu yang bersesuaian dalam bentuk kumpulan kecil,” katanya.

Mohd. Ajib berkata, ketetapan terkini solat berjemaah itu dibuat selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Sumber : Kosmo

 

 

Kedah Benar Solat Jemaah Tanpa Penjarakan Fizikal 1 April Ini | Khalifah Media Networks – Kedah membenarkan solat berjemaah dilaksanakan mengikut kapasiti masjid atau surau di seluruh negeri ini tanpa penjarakan fizikal selepas negara memasuki fasa endemik berkuat kuasa 1 April ini.

Ia melibatkan solat fardu, solat Jumaat dan solat sunat manakala bagi aktiviti lain selain solat berjemaah, penjarakan fizikal masih diwajibkan.

Kebenaran itu turut merangkumi solat berjemaah bagi solat sunat tarawih, tahajud, witir dan lain-lain pada Ramadan ini.

Baca Selanjutnya Di Sini..

Share.

Leave A Reply