Yahoo Tutup Operasi Pada Disember

| October 14, 2020 | 0 Comments

Yahoo Tutup Operasi Pada Disember | Kuala Lumpur: Yahoo Groups iaitu salah satu segmen milik laman web Yahoo akan menutup operasinya pada 15 Disember depan apabila platform berkenaan dilihat tidak lagi relevan terutamanya penurunan jumlah pengunjung sejak beberapa tahun lalu.

Sehingga kini, hanya emel milik Yahoo saja yang masih berfungsi namun perkhidmatan itu juga akan dihentikan pada Disember depan.

Ia juga salah satu perancangan strategik oleh syarikat telekomunikasi terkemuka, Verizon yang melakukan membeli laman web Yahoo pada 2017 dan pengumuman untuk penutup Yahoo Groups berkenaan dihantar menerusi emel awal pagi ini kepada semua pengguna.

Pengumuman berkenaan menandakan berakhirnya perkhidmatan mesej terbesar di Internet suatu masa dulu sebelum kemunculan Google, Facebook dan medium masa kini.

Perkhidmatan Yahoo Groups yang dilancarkan 19 tahun lalu iaitu pada 2001 menghadapi tempoh suram dan platform berkenaan semakin dilupakan selepas kemunculan beberapa medium baharu.

Verizon memaklumkan bahawa syarikat itu tidak mempunyai perancangan untuk melakukan ‘pemulihan’ kepada segmen perkhidmatan berkenaan dan ia bakal ditutup untuk kebaikan semua pihak.

Syarikat telekomunikasi itu juga mengumumkan bahawa pengguna tidak lagi boleh memuat naik kandungan baharu seperti perbincangan menerusi platform berkenaan selepas 21 Oktober ini.

Sumber : HMetro

Tags: , , , , ,

Category: INFORMASI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *