10 Khasiat Serai Yang Perlu Anda Tahu!.

| October 28, 2018 | 0 Comments

10 Khasiat Serai Yang Perlu Anda Tahu!. | KHALIFAH MEDIA NETWORKS – Serai ialah rumput tropika yang tumbuh tinggi. Daun yang panjang seperti lembing di bahagian atas dan berpejal beberapa inci panjang pada bahagian akhir sebelum akar.

Serai (Cymbopogon sp.) boleh di golongkan sebagai sejenis rumput berumpun besar dan berakar besar. Keistimewaan serai adalah kerana semua bahagian seperti daun, batang, akar dan bunganya berpotensi untuk dijadikan sebagai ubatan Serai, umumnya dikenali sebagai tumbuhan yang akar dan batangnya sering digunakan sebagai rempah penyedap masakan

Serai atau dalam bahasa latinnya disebut Cymbopogon ciatrus adalah genus yang mengandungi kira-kira 55 spesies rumpun. Tumbuhan ini boleh tumbuh subur di cuaca panas dan mencapai ketinggian sekitar 2 hingga 4 meter.

Serai kerap di gunakan dalam masakan dan juga dalam pembuatan minyak wangi namun tahukah anda serai mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan kita?

Batang dan daun serai mempunyai bau seperti lemon kerana bahagian itu mengandungi minyak pati. Secara keseluruhannya, semua bahagian di serai amat berguna untuk kehidupan seharian.

Mari lihat 10 manfaat serai untuk kesihatan. Tips di bawah juga amat mudah dilakukan tanpa perlu berbelanja lebih.

Memutihkan gigi
Masalah gigi kuning akibat merokok sudah lazim kita dengari. Jangan risau, ia boleh di atasi dengan mengunakan serai sahaja. Caranya, tumbuk halus dua batang serai yang di potong kecil dengan sedikit arang dapur dan gosokkan pada gigi anda. Lakukan tiga kali seminggu dan lihat hasilnya.

Mengatasi masalah perut
Teh serai mampu mengatasi gangguan pencernaan, sakit perut, perut berangin, kejang usus dan cirit birit. Serai membantu mengurangkan angin dalam usus sekaligus mencegah pembentukan gas berlebihan.

Serai sebagai ‘Pain Killer’
Jika anda mengalami sakit gigi, sakit otot dan sendi, minum teh limau berserai pasti dapat melegakan sakit anda itu. Ia bertindak sebagai penahan sakit semula jadi.

Detoksifikasi
Jika anda ingin tahu, serai mempunyai elemen yang bertindak sebagai detoksifikasi. Serai dapat membantu anda melancarkan pemubuangan air kecil sekaligus membersihkan organ pencernaan, hati, pankreas, pundi kencing dan buah pinggang.

Melegakan senggugut
Untuk wanita yang mempunyai masalah senggugut. Cuba amalkan meminum teh serai setiap pagi ketika datang bulan, bukan sahaja senguggut, malah rasa mual juga akan tutut hilang.

Agen pencegah kanser
Setiap 100 gram serai mengandungi anti oksidan pencegah kanser. Elemen semulajadi yang terdapat dalam serai dipercayai boleh mematikan sel kanser aktif tanpa merosakkan sel sihat.

Menurunkan tekanan darah
Serai juga banyak dimanfaatkan untuk mengurangkan tekanan darah serta merangsang peredaran darah. Dengan mengambil minuman yang mengandung serai setiap hari, ia sangat membantu dalam menurunkan hipertensi.

Mencantikkan kulit
Penggunaan daun serai juga sudah tidak asing dalam bidang kosmetik. Efek dari penggunaan kosmetik yang mengandung daun serai adalah dapat menghilangkan jerawat dan berfungsi juga sebagai penyegar wajah.

Mengubati infeksi kulit
Serai memiliki kandungan zat anti-mikroba dan anti-bakteria. Kandungan tersebut berguna khususnya dalam mengubati infeksi(jangkitan) pada perut, usus, saluran najis dan luka. Serai juga banyak dipercayai dapat menyembuhkan berbagai macam penyakit seperti infeksi kulit, tipus, keracunan makanan, dapat juga menghilangkan bau badan.

Sebagai diuretik
Serai juga diketahui berkhasit sebagai diuretik, meredakan kejang-kejang otot dan anti-rematik. Salah satu cara memanfaatkan serai adalah dengan cara merebusnya untuk mengatasi gejala batuk. Sebanyak 5 gram akar serai dicuci, direbus dengan 1 gelas air selama 15 minit. Lalu air rebusan serai tersebut diminum. Bolehlah diamalkan dua kali sehari.

Serai bukan sahaja dijadikan bahan perencah dalam masakan, tetapi juga dijadikan sebagai pati dalam minyak wangi kerana ia mengeluarkan bau yang segar. Minyak pati serai juga turut digunakan dalam aromaterapi untuk menyegarkan udara, mengurangkan tekanan, dan menaikkan mood.

Daun dan tumbuhannya kerap digunakan dalam ubatan herba. Malah, serai juga adalah bahan penting dalam ubatan Ayurveda kuno. Serai boleh dijadikan teh, dan minyaknya digunakan dalam ubatan untuk gangguan pernafasan dan pencernaan.

Serai tinggi antioksidan dan berkesan untuk mengawal kolesterol dalam badan dan juga meningkatkan kesihatan.

Komposisi nutrisi dalam serai juga sangat bermanfaat buat tubuh dan minda. Ia mengandungi vitamin seperti vitamin B1, vitamin A, vitamin B2, vitamin B3, vitamin B6, dan folat. Ia juga kaya dengan sumber mineral yang baik seperti zink, besi, tembaga, kalium, dan kalsium.

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: INFORMASI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *