5 Khasiat Madu Kelulut Untuk Kesihatan.| KHALIFAH MEDIA NETWORKS – Madu kelulut dihasilkan oleh lebah kelulut. Lebah kelulut ialah lebah tidak bersengat yang menghasilkan madu sama seperti lebah madu.

Khasiat Madu Kelulut

Dianggarkan hampir 500 spesis kelulut terdapat di seluruh dunia, Lebah kelulut boleh didapati di kebanyakan kawasan-kawasan tropika dunia, seperti Australia, Afrika, Asia tenggara, dan kawasan tropika Amerika.

Negara kita Malaysia terdapat lebih 29 spesis lebah trigona di hutan hujan tropika sepanjang tahun dengan iklim Khatulistiwa yang semestinya memberikan kelebihan tersendiri secara semulajadinya.

Madu kelulut dikatakan mempunyai pelbagai khasiat dan lebih tinggi khasiatnya jika dibandingkan dengan madu lebah. Kelulut menyimpan madu di dalam tempayan kecil yang dilapisi propolis.

Madu kelulut tidak putih seperti yang didakwa. Rasanya masam sedikit berbanding madu lebah. Lebah ini penting sebagai agen pendebungaan di hutan-hutan dan kebanyakan spesis buah, bunga, sayur dan tanaman lain.

Menurut Pegawai Penyelidik MARDI, Mohd. Fahimee Jaapar, sebelum ini kelulut hanya digunakan sebagai ajen pendebungaan sahaja dan biasanya boleh menghasilkan madu dalam tempoh satu bulan. Ramai yang beranggapan kelulut tidak boleh menghasilkan madu dalam kuantiti banyak.

Namun, hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) penternakan kelulut yang diusahakan oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), telah berjaya membuktikan meningkatkan pengeluaran madu kelulut sehingga 2 kilogram (kg) untuk satu koloni dalam tempoh satu bulan.

Kelebihan Madu Kelulut 

Madu kelulut sememangnya mempunyai banyak khasiat. Disebabkan lebah kelulut lebih kecil berbanding lebah biasa, ia mampu menghisap madu daripada bunga sehingga ruang paling dalam. Hasilnya, madu yang dihisap mengandungi banyak vitamin dan mineral.

Khasiat propolis ialah mengandungi kesemua 16 jenis asid amino, glukosa, vitamin A,B,C,D dan E, bioflavanoid dan pelbagai mineral. Bioflavanid sangat baik untuk kelancaran dan baik pulih sistem tubuh manusia dan ternakan.

Antara 5 khasiat madu kelulut untuk kesihatan ialah:

1) Anti Bakteria 


Kelulut mengeluarkan propolis yang mengandungi antibiotik semula jadi dan anti bakteria. Sebab itulah sarangnya tidak ada fungus. Kelulut menggunakan resin daripada pokok dan diproses di dalam badannya bagi mencegah pembiakan mikrob.

2) Masalah Pencernaan 


Madu kelulut mengandungi vitamin, mineral, asid amino dan enzim yang penting untuk proses pencernaan. Malah, madu kelulut juga mengandungi anti bakteria yang dapat mencegah pertumbuhan bakteria dalam salur pencernaan.

3) Anti Oksidan 


Asid fenolik, sejenis bahan antioksidan terkandung dalam madu kelulut dan kandungannya lebih tinggi berbanding madu tempatan atau madu import. Nutrien ini mempunyai pelbagai kegunaan, antaranya asid p-koumarik mempunyai aktiviti antoksidan yang tertinggi diikuti dengan asid protokaechuik dan seterusnya asid vanilik.

4) Menurunkan Kandungan Gula Dalam Darah


Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) juga telah merekodkan bahawa madu mempunyai khasiat dari segi perubatan. Kajian makmal telah dilakukan ke atas tikus yang telah disuntik dengan diabetes menunjukkan madu berupaya menurunkan glukosa selain daripada itu ia mampu mengurangkan kerosakan fungsi ginjal dandapat mengurangkan stress aksidatif.

Namun begitu, kajian-kajian ini hanya diuji kepada tikus sahaja. Oleh sebab itu, perlu lebih banyak kajian yang dijalankan kepada manusia untuk membuktikan bahasa madu kelulut dapat menurunkan paras gula dalam darah, seterusnya merawat penyakit diabetes mellitus.

5) Menyembuhkan Luka 

Oleh kerana madu adalah bahan semulajadi, jadi ia dapat mengekalkan sanitasi pada bahagian luka, sehingga menghasilkan penyahbauan yang baik untuk luka.

Selain itu, madu kelulut juga menjalankan aktiviti angiogenik, iaitu mekanisme penyembuhan luka, dan juga mendorong pembentukan tisu granulasi serta penghasilan sel baru pada luka. Beberapa kajian juga telah menunjukkan bioaktiviti madu lain yang menarik seperti antinociceptive, imunomodulator, dan aktiviti nematicidal.

Kesimpulan 


Walaupun terdapat kajian saintifik yang dijalankan terhadap madu kelulut seperti penyelidikan dari pihak MARDI, namun, hasil kajian masih belum kuat untuk mengesahkan bahawa madu kelulut dapat merawat penyakit kronik seperti kencing manis dan kanser.

Menurut artikel di perubatandrrasid.com, rasa madu kelulut yang masa-masam manis pastinya mempunyai kandungan asid di dalamnya. Manakala, sel kanser pula menjadi aktif dalam keadaan berasid.

Jadi, dinasihatkan kepada pesakit kronik seperti kanser, anda perlu dapatkan nasihat dari doktor terlebih dahulu sebelum mengamalkan madu kelulut untuk merawat penyakit anda.

Madu kelulut sememangnya kaya dengan nutrien yang bagus untuk kesihatan badan. Ia bagus diamalkan untuk kekalkan kesihatan. Namun, untuk merawat penyakit, anda perlu dapatkan nasihat pengamal perubatan terlebih dahulu.

Share.

Leave A Reply