Adakah Ini 8 Sebab Dr Maszlee Diminta Letak Jawatan ? | Ramai sedih bila heboh semasa mendapat khabar menteri berjiwa rakyat, YB Dr Maszlee diminta meletakkan jawatan sebagai Menteri Pendidikan Malaysia. Satu kehilangan besar kepada negara. Mungkinkah ini puncanya dia diminta letak jawatan?

Sebab Satu

Untuk tahun 2019, KPM telah menghapuskan budaya monopoli dan membuka pembekal internet kepada lebih banyak syarikat. Hasilnya, kelajuan internet dapat ditingkatkan kerana pembekal internet saling berlumba-masuk untuk masuk dan memberikan perkhidmatan yang terbaik.

KPM juga memastikan kesemua 10,208 sekolah di seluruh Malaysia dapat menikmati kelajuan internet minimum. 30 mbs dan 100mbs (fiber) kepantasan internet agar murid dan guru boleh menggunakannya untuk mengakses maklumat dan bahan bantu pembelajaran.

Namun begitu, ini bukanlah kejayaan yang patut menjadikan kita berpuas hati. Usaha untuk membuka dan mempertingkat lebih banyak ruang kepada sekolah agar mudah mengakses maklumat akan terus dijalankan. Ia adalah tanggungjawab kami di KPM.

Sebab Dua

Kolej Komuniti seluruh negara telah berjaya mempersiap graduan mereka 96.5% bagi tahap kebolehpasaran. Manakala daripada 61,510 graduan TVET tahun ini melalui semua institusi TVET termasuk MTUN, 54,789 graduan telah mendapat pekerjaan.

Keberjayaan industri TVET memang perlu diukur melalui kualiti graduannya. Apabila industri bersedia untuk mengambil mereka bekerja, ini bermakna mereka mempunyai tahap kebolehpasaran dan kesediaan yang tinggi.

Mereka mahir dalam bidang masing-masing.Dan perkara ini terhasil melalui silibus dan modul TVET yang menepati kehendak industri.

Sebab itulah bermula setahun yang lalu lagi, halatuju TVET kita ubah secara drastik ke arah ‘Industry-led TVET’. Biar industri yang menjadi pemandu kepada silibus dan perjalanan TVET, kerana di akhirnya, industri juga yang akan mengambil graduan kita bekerja. Hasrat besar kita ialah TVET akan menjadi sebahagian daripada arus perdana dalam aliran pendidikan negara.

Sebab Tiga

Kita takkan boleh memisahkan perihal guru daripada isu pendidikan. Untuk mendapatkan pendidikan yang berkualiti, para guru mesti diberi ruang yang secukupnya.

Mereka perlu menjalankan tugas hakiki iaitu mengajar dan mendidik murid-murid. Bukan sebaliknya, dibebani dengan kerja-kerja perkeranian luar bidang. KPM sejak tahun ini, menggerakkan usaha untuk mengurangkan beban guru. LINUS dihapuskan, manakala Borang Kesihatan & Kantin dipulangkan kepada GPK.

Dalam tahun yang sama juga, Buku Kehadiran Manual dihapuskan dan diganti dengan pengisian secara online. Fokus kita cuma satu. Iaitu memberi ruang yang sewajarnya kepada para guru untuk bekerja dengan lebih baik dalam mendidik murid. Guru gembira, murid akan bahagia.

Sebab Empat

Selalu saya sebutkan, graduan TVET harus kompeten dan menepati kehendak industri. Untuk mengetahui apakah kehendak tersebut, kita telah melakukan kerjasama dengan 16,625 pihak industri.

Antara impak daripada kerjasama ini ialah penetapan kursus dan penyususan silibus yang lebih berfokus dengan keperluan satu-satu bidang. Matlamat kita adalah untuk menjadikan TVET sebagai sebuah aliran yang berpandukan industri. Justeru, dalam proses ini, kolaborasi dan sokongan daripada pihak industri amat signifikan dan penting.

Sebab Lima

Sebab Enam

Sebab Tujuh

Sebab Lapan

Patut ke Dr Maszlee diminta letak jawatan atas sebab-sebab di atas ni ? Kalau korang rasa tak patut. Jom sign petion ni >> CHANGE – KEKALKAN DR MASZLEE (LINK)

Sumber: FB Dr Maszlee

Share.

Leave A Reply