Akibat Salah Pilih Mangsa. Pencuri Alami Mimpi NGERI. Ada VIDEO.

| January 7, 2019 | 0 Comments

Akibat Salah Pilih Mangsa. Pencuri Alami Mimpi NGERI. Ada VIDEO. | Seorang pencuri alami “mimpi ngeri” apabila cuba meragut juara MMA wanita di tepi jalan. Akibatnya sangat mengejutkan. Ada video. Allahu tak sangka.

SILAP LANGKAH CUBA RAGUT JUARA MMA WANITA

Video ada di Hujung artikel. Seorang pencuri dibelasah selepas tersilap langkah dengan cuba menyamun atlet wanita seni bela diri campuran (MMA) yang turut dikenali sebagai ‘Wanita Besi’.

Polyana Viana, juara Ultimate Fighting Championship (UFC) kategori strawweight, menewaskan suspek dengan dua tumbukan serta sepakan, sebelum menggunakan teknik ‘rear-naked choke’ dan memaksa lelaki terbabit duduk sambil menunggu ketibaan polis.

Cubaan menyamun Viana, 27 itu berlaku ketika beliau sedang menunggu kenderaan Uber di luar blok pangsapuri yang dihuninya.

Katanya, suspek mengaku memiliki pistol tetapi tidak sempat melakukan apa-apa apabila Viana bertindak membuka langkah mempertahankan diri.

Selepas menewaskan suspek, beliau mendapati senjata api yang didakwa dimiliki itu hanyalah sebuah replika diperbuat dari kadbod tebal.

Viana turut memuat naik foto suspek yang lebam dan berdarah sementara menanti ketibaan polis.

“Saya rasa dia dalam ketakutan kerana tidak menyangka saya akan bertindak sepantas itu,” katanya dalam laman web MMA Junkie.

Menurut Viana, dia pulang ke rumah untuk menyediakan makan malam selepas suspek ditahan polis dan mengalami sedikit kesakitan di bahagian tangan keesokan hari. – AFP

VIDEO JUARA MMA WANITA BELASAH PERAGUT

Sumber: Berita Harian

LAGI PERAGUT DIPUKUL WANITA. HEBAT !!!!

Video penuh di hujung artikel. Seorang peragut berusia 18 tahun mungkin mendapat pengajaran paling berguna dalam hidupnya apabila mangsa yang disasarkan rupanya bukan calang-calang wanita, dalam kejadian yang berlaku di Brazil.

Magdeel da Silva terpaksa menahan kesakitan hampir 20 minit setelah tangannya ‘dikunci’ dengan teknik seni bela diri jiu-jitsu oleh mangsanya Sabrina Leites, 22, sementara menunggu ketibaan pihak berkuasa ke lokasi kejadian.

Video insiden berkenaan turut tular di media sosial yang menunjukkan remaja lelaki itu menjerit kesakitan dan merayu agar mangsanya itu melepaskan tangan kirinya.

Sabrina yang menjadi pengamal seni bela diri berkenaan sejak 4 tahun lalu berkata, ketika kejadian dia sedang berdiri diluar rumah keluarganya di Manaus dan berkira-kira mahu membuka pintu pagar ke perkarangan rumah sebelum dihampiri oleh Magdeel.

Ujarnya lagi, ketika kejadian Magdeel ditemani oleh seorang lagi lelaki yang berada di atas motosikal. Magdeel dilaporkan mengugut Sabrina supaya menyerahkan telefon bimbit miliknya.

Sabrina yang sudah empat kali kehilangan telefon bimbit sebelum ini bertekad untuk mempertahankan dirinya dan menggunakan sepenuhnya ilmu seni bela diri yang dimiliki untuk menundukkan Magdeel. Sabrina juga merupakan pemegang tali pinggang putih jiu-jitsu.

Manakala seorang lagi suspek yang melihat rakannya dengan mudah ditewaskan oleh seorang gadis dengan segera melarikan diri daripada lokasi kejadian setelah kekecohan yang berlaku telah menarik perhatian jiran-jiran Sabrina yang segera menghampiri lokasi kejadian.

”Apabila anda menguasai teknik kuncian itu, anda akan tahu bagaimana ia mahu digunakan untuk menjatuhkan lawan. Teknik ini adalah mengenai cara mahu menghalang pergerakkan lawan,” kata Sabrina.

Walaupun mahir dengan seni bela diri, Sabrina mengakui gementar dan takut dengan bahaya yang mungkin menantinya apabila berhadapan dengan dua orang lelaki serentak.

”Mereka cuba menakut-nakutkan saya dengan berkata ‘berikan telefon kamu’. Apabila saya melihat mereka tidak mempunyai apa-apa senjata, saya mengambil keputusan untuk bertindak.

”Saya pasti tidak akan melakukannya sekiranya mereka mengacukan senjata,” katanya lagi.

VIDEO PERAGUT DIKUNCI TANGAN

Sumber: Pena Viral

Tags: , , , , , ,

Category: DUNIA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *