Burj Khalifa Punyai 3 Waktu Berbuka Puasa Berbeza. Ini Puncanya Yang Ramai TAK TAHU | Bangunan tertinggi di dunia, Burj Khalifa jadi viral bila punyai 3 waktu berbuka puasa yang berbeza. Ini puncanya yang ramai tak tahu. Tak sangka. Allahu.

PUNCA BURJ KHALIFA ADA TIGA WAKTU BUKA PUASA BERBEZA

Burj Khalifa di Dubai, UAE terkenal sebagai bangunan paling tinggi di dunia. Jadi, pelancong muslim yang bercuti ke Dubai perlu mengetahui bahawa bangunan itu mempunyai 3 zon waktu berbuka puasa yang berlainan bergantung pada kedudukan tingkat.

Burj Khalifa Punyai 3 Waktu Berbuka Puasa Berbeza. Ini Puncanya Yang Ramai TAK TAHU

3 Zon masa buka puasa adalah fatwa yang dikeluarkan oleh pihak Jabatan Agama Islam Dubai atas persetujuan Mufti Dubai tahun 2011. Pengarah urusan agama Islam dan Amal Sosial Dubai, Dr. Ahmed Al Haddad, mengatakan Burj Khalifa perlu dibahagikan kepada 3 zon waktu untuk berbuka mengikut masa tenggelamnya matahari.

Ia disebabkan oleh Burj Khalifa yang merupakan bangunan pencakar langit tertinggi di dunia. Bangunan ini mempunyai tinggi 828 meter dan terdiri dari 160 tingkat.

“Di mana pun anda berada, anda perlu memberi perhatian pada bila-bila matahari betul-betul tenggelam. Anda tidak boleh berbuka puasa sehingga betul-betul yakin melihat matahari terbenam,” kata Dr Ahmed kepada Reuters.

Pengunjung yang berada di kawasan tingkat bawah Burj Khalifa (tingkat 80 ke bawah), boleh berbuka mengikut waktu yang ditetapkan iaitu tepat masa azan Maghrib dilaungkan.

Manakala pengunjung yang pada saat berbuka berada di tingkat 80 hingga 150 (atau ketinggian kira-kira 414 meter), perlu menunggu lebih lama sedikit iaitu kira-kira 2 minit baru mereka boleh berbuka.

Bagi pengunjung yang berada di tingkat 150 ke atas pula, perlu lebih bersabar lagi kerana waktu berbuka akan lebih lambat kira-kira 3 minit. Fatwa tersebut juga diguna pakai untuk waktu Imsak dan sembahyang Subuh, di mana pengunjung yang berada di tingkat 150 ke atas akan mamasuki waktu Imsak lebih cepat 3 minit, begitu seterusnya, bertentangan dengan waktu berbuka.

Fatwa ini berdasarkan oleh kesepakatan ulama yang menyatakan bahawa umat Islam perlu benar-benar melihat sendiri dan yakin bahawa matahari telah tenggelam, baru mereka boleh berbuka puasa. Perbezaan ketinggian di Burj Khalifa akan menyebabkan wujud jurang waktu di mana pengunjung akan melihat matahari terbenam. Fatwa juga diguna pakai ketika sedang menaiki pesawat.

“Perkara yang sama juga berlaku ketika anda sedang bermusafir dengan menaiki kapal terbang. Anda perlu berbuka puasa tepat pada masa matahari tenggelam di kawasan anda ketika sedang terbang,” ujar Dr Ahmed.

Jadi, harap diperhatikan baik-baik ya buat para pelancong. Walaupun berbeza 2 hingga 3 minit namun ia tetap wajib dipatuhi, jika tidak puasa kita tidak sah kerana berbuka puasa sebelum masuk waktunya.

Sumber: Laicikang

Share.

Leave A Reply