Dr Maszlee Tergamam Dilantik Menteri Pendidikan Tetapi…. | Dr Maszlee tak sangka dilantik sebagai Menteri Pendidikan Malaysia yang baru. Tetapi….. Apa-apa pun bila baca biodata dia memang power. Ikuti selanjutnya.

TERKEJUT TETAPI….

Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik yang dilantik Menteri Pendidikan dilaporkan terkejut dengan pelantikan itu, namun berjanji memberikan perkhidmatan terbaik apabila menyandang jawatan terbabit.

Dr Maszlee Tergamam Dilantik Menteri Pendidikan Tetapi....

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan barisan Kabinet Pakatan Harapan (PH) hari ini dan menamakan Dr Mazlee sebagai Menteri Pendidikan.

Sebelum ini Perdana Menteri turut menamakan beliau sebagai Menteri Pendidikan tetapi melepaskannya kerana bercanggah dengan manifesto PH.

“Saya tidak menyedari mengenai pelantikan itu dan saya rasa ini satu penghormatan. Saya akan lakukan yang terbaik berkhidmat kepada rakyat dan negara,” katanya seperti dipetik portal Malaysiakini.

Maszlee adalah bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), dan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) pada Mac lalu, sebelum dipilih menjadi calon di Parlimen Simpang Renggam pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Beliau memperoleh 18,157 undi berbanding calon Barisan Nasional (BN), Liang Teck Meng yang menerima 14,682 undi serta calon PAS, Mohd Jubri Selamat (2,983 undi), sekali gus menang dengan majoriti 3,475 undi.

Sumber: Berita Harian

 

BIODATA DR. MASZLEE MALIK
MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA

 

Dr. Maszlee Malik dilahirkan di Johor Bahru. Beliau telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Temenggong Abdul Rahman (STAR) (2) dan kemudiannya ke Maktab Sultan Abu Bakar (English College).

Dr Maszlee Tergamam Dilantik Menteri Pendidikan Tetapi....

Pada tahun 1989, beliau telah menyertai Madrasah al-Quran Waddin dan kemudiannya ke Maahad Johor. Setelah itu permusafiran ilmunya dilanjutkan ke Jordan sehingga berjaya mendapatkan ijazah sarjana muda dari Universiti Al al- Bayt, Jordan dan kemudiannya meneruskan pengajian peringkat ijazah sarjana di Universiti Malaya.

Kedua- duanya dalam bidang Fiqh dan Usul al-Fiqh. Dengan izin Allah, Maszlee Malik telah melanjutkan pelajaran di School of Governments and International Affairs (SGIA) di University of Durham pada tahun 2007 dan mendapat ijazah kedoktoran dalam bidang Good Governance pada tahun 2011.

Kini Maszlee Malik merupakan pensyarah kanan di Jabatan Fiqh dan Usul al-Fiqh di Kuliyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Beliau telah berkhidmat di sana semenjak tahun 2000.

Dr Maszlee Tergamam Dilantik Menteri Pendidikan Tetapi....

Maszlee Malik juga merupakan ahli Multaqa Asatizah dan Du’at (MURSHID), ahli Dewan Perwakilan Nasional Pertubuhan IKRAM Malaysia, dan penasihat ahli lembaga kepada beberapa NGO dan badan pendidikan seperti Teaching for the Needs (TFTN), Pusat Pendidikan Downsyndrome Orkids (ORKIDS), Pertubuhan Darul Fitrah, IDEAS Autism Centre, Lembaga Pusat Pendidikan al-Amin dan juga penaung kepada Kelab Penyokong Kelab Bola Sepak Manchester City Malaysia. Di media pula, Maszlee lebih dikenali sebagai moderator debat dan wacana politik serta penganalisis politik Timur Tengah, pemikiran politik Islam dan juga gerakan Islam kontemporari.

Share.

1 Comment

Leave A Reply