Ini Cadangan BERNAS Nurul Izzah Terhadap BTN Buat Ramai SETUJU | Siapa sini tak pernah masuk dalam kursun Biro Tatanegara (BTN) ? Hampir semua pernah kan? Ini cadangan bernas Nurul Izzah untuk BTN. Wow. Ikuti selanjutnya.

HASIL NEGATIF BTN

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar menyokong cadangan memansuhkan Biro Tata Negara (BTN) yang disifatkan bukan medan sesuai untuk memupuk semangat patriotisme

Ini Cadangan BERNAS Nurul Izzah Terhadap BTN Buat Ramai SETUJU

Sambil menyifatkan peranan agensi berkenaan disalahguna, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata, laporan dari universiti tempatan mengenai keberkesanan program anjuran BTN kebanyakannya hanya menunjukkan hasil negatif.

Beliau berkata, agensi lain seperti Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) dan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) juga turut memainkan peranan sama seperti BTN.

“Berapa banyak agensi propaganda yang diperlukan negara? Saya faham keperluan untuk memupuk semangat patriotisme tetapi saya rasa BTN disalahgunakan.

“Jika keutamaan untuk memupuk hubungan harmoni antara masyarakat, saya cadangkan kita memulakannya dari sekolah,” katanya pada sidang media selepas menghadiri taklimat khas mengenai Industri 4.0 di Pusat Kemahiran Pembangunan Pulau Pinang (PSDC), di sini, hari ini.

Nurul Izzah berkata, beliau akan menyerahkan kepada Kabinet untuk memutuskan sama ada ia perlu dimansuhkan atau sebaliknya.

Pakatan Harapan (PH) dalam manifestonya berjanji untuk menghapuskan BTN.

Baru-baru ini Ketua Pemuda PH merangkap Ketua Pemuda PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman turut menyokong langkah memansuhkan agensi terbabit. (Sumber: Berita Harian)

RAMADHAN PALING MANIS NURUL IZZAH

“Awak tidak dapat bayangkan betapa gembiranya kami kerana Ramadan kali ini akan menjadi yang paling manis selepas sudah banyak kali tidak dapat menyambutnya bersama (ayah, Datuk Seri Anwar Ibrahim).

Ini Cadangan BERNAS Nurul Izzah Terhadap BTN Buat Ramai SETUJU

Demikian reaksi Naib Presiden PKR, Nurul Izzah ketika ditanya perasaan beliau melawat bapanya itu buat kali terakhir malam tadi sebelum pemimpin reformasi itu dijangka dibebaskan tengah hari esok.

Nurul Izzah yang dilihat begitu teruja berkata, walaupun begitu, beliau masih tidak melupakan “keluarga” besarnya di Permatang Pauh dan akan mengaturkan majlis berbuka puasa bersama mereka sebagai Ahli Parlimen kawasan berkenaan.

“Pembebasan ini adalah pemberian termanis di mana semua cucu (Anwar) akan berkumpul berbuka puasa dan bersahur bersama.

“Tentulah keluarga terbesar saya adalah rakyat di Permatang Pauh dan saya juga akan berbuka puasa bersama mereka juga di sana,” katanya ketika ditemui hari ini.

Menurutnya, PKR berjuang melakukan reformasi sejak lama dahulu kerana ia bukanlah disebabkan ayahnya semata-mata tetapi juga kerana mahu menegakkan keadilan.

Terdahulu petang tadi, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, ketua pemimpin reformasi itu akan dibebaskan dari wad Hospital Rehabilitasi Cheras selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V yang mempengerusikan Mesyuarat Lembaga Pengampunan di Istana Negara, esok.

Katanya, beliau difahamkan, sebaik sahaja Lembaga Pengampunan memperakukan syor pembebasan dan pengampunan penuh, pembebasan Anwar akan bermula dari Hospital Rehabilitasi Cheras tengah hari dan tidak perlu ke Penjara Sungai Buloh. (Sumber: Berita Harian)

Share.

Leave A Reply