Inilah 17 Khasiat Hebat Pokok Lidah Buaya.

| October 31, 2018 | 0 Comments

Inilah 17 Khasiat Hebat Pokok Lidah Buaya.| KHALIFAH MEDIA NETWORKS – Nama saintifik untuk lidah buaya atau aloe vera ialah Aloe vera linn dari keluarga Liliaceae. Ia juga dikenali dengan nama lily of the desert, plant of immortality dan tumbuhan berubat.

Nama aloe berasal dari perkataan arab (alloeh) yang bermaksud pahit. Pada tahun 1500 sebelum masehi, orang-orang mesir telah mula menggunakan aloe vera untuk mengubat kelecuran akibat terbakar, jangkitan kuman dan serangan parasit.

Lidah buaya adalah tumbuhan yang berasal dari timur, selatan dan utara Afrika juga Madagascar. Lidah buaya telah digunakan sebagai ubatan tradisional untuk melegakan luka, ruam, demam, gatal-gatal, kulit dan banyak lagi. Selain itu, pokok herba ini juga sangat popular dalam industri kosmetik dan produk kesihatan.

Di antara nutrisi yang terdapat dalam lidah buaya ialah protein, lemak, karbohidrat, kalsium, fosfor, zat besi, vitamin A, B1, dan C. Aloe vera mengandungi 96% kandungan air dan selebihnya adalah minyak pati, asid amino, mineral, vitamin, enzim dan glikoprotein.

Apakah khasiat lidah buaya?

1. Menyuburkan rambut

Lidah buaya digunakan untuk menyuburkan & melebatkan rambut. Caranya:

  • Ambil 2 pelepah lidah buaya.
  • Cuci lalu kupas kulit dan durinya.
  • Sapukan isi lidah buaya ke kulit kepala yang telah dibasahkan.
  • Gosokkan isinya pada kulit kepala.
  • Bungkus dengan kain.
  • Keesokan harinya rambut dibilas sehingga bersih.
  • Lakukan sekali setiap 3 bulan.

 

2. Menghilangkan batuk

Lidah buaya juga sangat berkesan untuk menghilangkan batuk. Caranya:

  • Ambil 20 gram daun lidah buaya.
  • Cuci, kupas kulit dan durinya lalu potong-potong dadu.
  • Masukkan 2 sudu madu asli, dan campurkan dalam segelas air.
  • Minum 2 kali sehari.
  • Ulangi sehingga batuk anda hilang.

 

3. Menghilangkan sakit tekak

Selain menghilangkan batuk, lidah buaya juga sangat serasi untuk menghilangkan sakit tekak. Caranya:

  • Ambil 1 helai daun lidah buaya.
  • Cuci lalu kupas kulit dan durinya.
  • Isinya dipotong-potong atau diblender.
  • Tambahkan 1 sudu madu asli & air dari perahan setengah biji lemon.
  • Minum 3 kali sehari.

 

4. Menghilangkan sembelit

Ramai yang tak tahu, lidah buaya juga sangat berguna untuk menghilangkan sembelit. Caranya:

  • Ambil setengah batang daun lidah buaya.
  • Cuci lalu kupas kulit dan durinya.
  • Potong kecil-kecil.
  • Campurkan setengah gelas air.
  • Minum sebelum tidur.

 

5. Mengawal simptom diabetis

Jika anda mempunyai masalah diabetis, anda juga boleh berikhtiar dengan menggunakan daun lidah buaya. Caranya:

  • Ambil 2 batang daun lidah buaya.
  • Cuci dan buang durinya lalu potong-potong.
  • Rebus dengan 3 gelas air hingga mendidih.
  • Tapiskan dan sejukkan.
  • Minum 1/2 gelas, 3 kali sehari sesudah makan.

 

6. Menyejukkan badan

Daun lidah buaya juga boleh menyejukkan badan. Caranya:

  • Ambil 2 helai daun lidah buaya.
  • Kupas kulit dan buang durinya.
  • Potong dadu.
  • Masukkan ke dalam periuk bersama sehelai daun pandan.
  • Masukkan gula batu dan madu untuk memaniskan.
  • Rebus sehingga mendidih.
  • Biarkan lidah buaya berendam dalam air rebusan sekurang-kurangnya 2 jam.
  • Selepas 2 jam, buang daun pandan dan simpan air rebusan bersama lidah buaya ke dalam peti sejuk.
  • Apabila anda terasa dahaga atau kepanasan, boleh minum air rebusan daun buaya ini untuk menyejukkan badan.

 

7. Merawat luka

Jika anda terluka, ambil jel lidah buaya dari pokok dan sapukan ke bahagian yang luka. Biarkan jel kering sendiri, tak perlu dibasuh. Lidah buaya membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka.

8. Merawat sunburn

Jika kulit muka anda sunburn teruk, anda boleh gunakan jel lidah buaya untuk menghilangkannya. Jadikan jel lidah buaya sebagai masker. Biarkan di muka selama 30 minit dan bilas.

 

9. Merawat luka melecur

Jika anda melecur disebabkan terkena air panas, wap panas atau ekzos, cari pokok lidah buaya dan ambil jelnya. Sapukan ke kawasan yang melecur untuk mengurangkan rasa sakit dan merawat dengan cepat.

10. Menjaga sistem penghadaman

Lidah buaya mengandungi sekurang-kurangnya 3 asid lemak yang berguna untuk perut, usus kecil dan usus besar. Sifatnya yang beralkali juga dapat membantu mengurangkan masalah asid berlebihan dalam badan yang juga merupakan punca utama masalah sukar menghadamkan makanan. Ia melancarkan dan membersihkan salur penghadaman.

11. Meningkatkan imuniti

Salah satu bahan yang ada dalam lidah buaya ialah acemannan dan ia sedang dikaji kerana potensinya yang dipercayai dapat menguatkan ketahanan semulajadi badan. Bahan ini dapat menjana pengeluaran T-limfosit yang membantu sistem pertahanan badan.

12. Mengurangkan demam

Lidah buaya boleh digunakan ketika demam untuk menurunkan suhu badan dengan cara menyapu jelnya pada kepala , dahi dan pelipis.

13. Mengurangkan gatal-gatal akibat digigit serangga

Jika digigit serangga seperti nyamuk atau agas, sapukan jel lidah buaya untuk menghilangkan kegatalan.

 

14. Mencantikkan kulit

Lidah buaya sangat berkesan untuk mencantikkan kulit. Ia membantu mengecutkan jerawat, melembabkan, melembutkan, dan mencerahkan kulit. Nak kulit muka yang tegang? Nak awet muda dan kurangkan kedutan? Rajin-rajin sapukan jel lidah buaya ke kulit muka.

15. Melembutkan tumit merekah

Jika anda mempunyai masalah tumit yang kering, keras, merekah dan sakit, daun lidah buaya boleh membantu. Sapukan jelnya setiap malam.

16. Mengandungi antioksida dan antibakteria

Antioksida memainkan peranan yang penting kepada kesihatan. Gel lidah buaya mengandungi kadar antioksida yang kuat, yang tergolong dalam keluarga polyphenol. Polyphenol ini, serta komponen yang lain di dalam lidah buaya, boleh menghalang pertumbuhan beberapa jenis bakteria yang boleh menyebabkan jangkitan kepada badan.

17. Mengurangkan plak gigi

Pereputan gigi dan masalah gusi adalah salah satu masalah oral yang biasa dialami. Antara cara terbaik untuk mencegah daripada perkara ini berlaku adalah dengan mengurangkan perbentukan plak pada gigi. Dalam satu kajian ke atas penggunaan mouth rinse yang melibatkan 300 orang yang sihat, mendapati bahawa air dari lidah buaya setanding dengan mouthwash yang lain. Perkara ini berlaku kerana lidah buaya boleh membunuh bakteria penyebab plak gigu, yang dikenali sebagai Streptococcus dan yis Candida albicans.

Itulah dia khasiat lidah buaya yang ingin kami kongsikan pada hari ini.

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: INFORMASI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *