3 Tempat Makan Best Western Di Batang Kali, Selangor | Khalifah Media Networks – Perut dah mula lapar, kebiasaannya bila kita sampai di sesuatu tempat yang jarang kita pergi, kita pun akan bertanya, “mana tempat makan best kat sini?”. Kan ?

Di sini kami memberi tiga pilihan tempat makan best western yang sedap di Batang Kali, Selangor. Kalau dekat dengan tempat penginapan, kenapa tidak untuk mencuba kan? Ayuh jom kita jamu mata dengan 3 tempat makan best di Batang Kali ni.

1. LANINA TAKE A BREAD

Kalau tanya orang sekitar, Restoran Lanina Take A Bread di Batang Kali ni bukan lah suatu yang asing. Selain masakan tempatan, tempat ni popular dengan menu masakan Western yang perghhh mengiurkan. Ruang restoran luas dan selesa untuk keluarga.

Walau harganya berpatutan, tapi hidangan makanannya sangat banyak. Walau sedap, anda mungkin tak habis melicinkan juadah yang terhidang. Jadi boleh la berkongsi kalau tau perut kecik ye. Boleh tengok gambar-gambar antara makanan western ni Restoran Lanina Take A Bread ni.

Restoran Lanina Take A Bread ni terletak di alamat : No. 45 Jalan Meranti 2C Bandar Utama, 44300 Batang Kali, Selangor. Boleh waze/Google map – LANINA TAKE A BREAD. Restoran Lanina Take A Bread ni dibuka pada pukul 11.00 am hingga 3.00 pm. Boleh hubungi 013-302 5748 untuk pertanyaan atau tempahan.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/LaninaTakeABread/

2. KAFE 2INNRIA

Bagi yang berjiwa muda yang sukakan suasana yang selesa boleh la singgah jamu selera di Kafe 2innRia. Ruang restoran indah dihiasi dengan gaya yang sangat santai untuk menjamu selera.

Restoran Kafe 2innRia bukan sahaja tempat yang sesuai untuk makan seisi keluarga, tetapi juga tempat yang santai untuk bertemu rakan-rakan untuk berbincang ataupun melepak (eh?). Ramai yang setuju pekerja Restoran Kafe 2innRia ni sangat mesra dan ramah dan buatkan orang tak rasa janggal bila berada di situ.

Masakan western barat yang paling popular di sini adalah chicken chop memang Terbaikk. Terkenal juga dengan sup seringgit. Bak kata orang, memang padu!! Boleh tengok gambar-gambar menu yang sedap di Restoran Kafe 2innRia.

Sebelum terlupa, ni alamat Restoran Kafe 2innRia ni : No 43 & 45 Jalan Mahagoni 7/2, Bandar Utama, 44300 Batang Kali, Selangor. Boleh juga hubungi nombor 03-6057 0610 untuk sebarang pertanyaan dan tempahan. Beroperasi bermula 11.00am – 12.00am Oleh itu, cuba cari masa yang sesuai untuk anda.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/2innRia/

3. BRO STATION

Ni satu lagi kedai hipster yang menyediakan juadah makanan yang best di Batang Kali. Jika dah boring dengan Cafe lain, ha apa lagi boleh lah cuba pula dengan Bro Station. Boleh tengok gambar-gambar di bawah. Ala, sebagai preview kan. Kalau berminat, boleh lah singgah nanti ke Bro Station.

Ramai warga Batang Kali yang memberi review bahawa Bro Station ni sedap dan best. Kalau teringin nak singgah, ini alamatnya : No 103 pusat perdagangan ara jalan ara 1 seksen 5, 43300 Batang Kali, Selangor. Boleh call 017-236 5531 untuk sebarang pertanyaan. Dibuka bermula pukul 4.30pm hingga 1.00am. Jadi rancang perjalanan anda nanti bila di Batang Kali. Bila dah lapar, apa lagi boleh la singgah di restoran Bro Station ni kan. InsyaAllah sedap.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/BRO-Station-974679162647304/

Dah baca tu, jangan lupa untuk kongsikan ye. Selamat menjamu selera. Adios !

Share.

Leave A Reply