20 Khasiat Terung. Bagi Yang Nak Berhenti Merokok Boleh Cuba!| KHALIFAH MEDIA NETWORKS – Terung atau nama botaninya solanum melongena merupakan tumbuhan yang tergolong dalam keluarga solanaceae dan genus solanum. Terung merupakan tumbuhan yang berasal dari India dan Sri Lanka. Terung merupakan salah satu jenis sayuran bewarna ungu yang memiliki kandungan nutrisi yang sangat luar biasa.
Terung mengandungi air, protein, lemak, karbohidrat, kalori, serat kasar, abu, kalsium, besi, pospor, karotin, vitamin B1, B2, C dan P, asam nikotinat, kalsium, mineral, kaya serat, bioflavonoid serta vitamin K. Buah terung mengandungi 750 mg vitamin P dalam setiap 100 gram.
Berikut antara khasiat terung:
1. Kaya Zat Besi
Terung kaya dengan zat besi. Jika ingin lebih sihat dan kuat, makanlah terung. Tak kisahlah sama ada digoreng, dilayur, disayur ataupun dibuat ulam mentah. Zat besi yang terkandung dalam terung dipercayai sangat baik untuk kesihatan tulang serta membantu mencegah anemia atau kurang darah.
2. Rendah Kalori
Terung dipercayai mengandungi kalori yang sangat rendah dan bebas daripada lemak. Jika anda ingin mendapatkan hasil yang baik ketika menjalankan program diet, usahakan untuk makan terung kerana ia akan membuatkan anda berasa kenyang sepanjang hari.
3. Serat
Terung juga tinggi dengan serat dan baik untuk membantu sistem penghadaman. Pengambilan terung secara rutin dikatakan mampu mencegah risiko kanser usus.
4. Meningkatkan tenaga batin & kesuburan lelaki
Dalam perubatan Hindu, terung merupakan tumbuhan pembangkit ghairah seksual. Di Eropah juga terung mendapat nama jolokan sebagai epal cinta dan sangat popular sebagai buah penambah ghairah sejak tahun 1600 – an.
Ini kerana terung mengandungi flavonoid yang berkhasiat sebagai antioksidan dan melancarkan sirkulasi darah sehingga baik untuk mengatasi disfungsi ereksi yang disebabkan oleh gangguan sirkulasi darah.
Selain daripada itu, di Nigeria, tumbuhan terung mendapat tempat yang cukup baik di kalangan masyarakat mereka. Tumbuhan terung ini digunakan sebagai bahan makanan untuk meningkatkan kesuburan terutamanya kaum lelaki.
5. Mengurangkan ketagihan merokok
Terung mengandungi sejumlah kecil nikotin. Nikotin dalam terung boleh membantu perokok menahan keinginan untuk merokok terutamanya ketika mereka mahu berhenti merokok. Amalkan memakan terung jika mahu berhenti merokok secara semula jadi.
6. Menjaga kesihatan kardiovaskular
Kajian ke atas haiwan makmal yang mempunyai tahap kolesterol yang tinggi dalam badannya telah diberikan jus terung. Kesan ajaib yang berlaku iaitu kolesterol dalam dinding arteri dan kolesterol dalam aorta dalam haiwan tersebut telah dikurangkan dengan ketara manakala dinding saluran darah dapat dilonggarkan dan meningkatkan aliran darah.
Kesan-kesan positif berkemungkinan disebabkan bukan sahaja untuk nasunin tetapi juga kepada beberapa fito-nutrien terpene lain dalam terung. Nasunin bukan sahaja menghapuskan radikal bebas yang kuat tetapi ia juga merupakan sumber besi.
Nasunin mengurangkan pembentukan radikal bebas dengan menyumbang pula faedah yang lain termasuklah melindungi kolesterol darah (yang juga sejenis lipid atau lemak) daripada pengoksidaan, mencegah kerosakan sel yang boleh menggalakkan kanser dan mengurangkan kerosakan radikal bebas pada sendi yang merupakan faktor utama dalam artritis reumatoid.
7. Kaya dengan antioksida
Penyelidik di Amerika Syarikat telah mendapati bahawa terung adalah sumber yang kaya dengan sebatian fenolik yang berfungsi sebagai antioksidan. Tumbuhan membentuk sebatian seperti ini untuk melindungi diri mereka daripada tekanan oksidatif daripada pendedahan kepada unsur-unsur penyakit dan juga dari jangkitan bakteria dan kulat.
Berita baik mengenai terung ialah sebatian fenolik utama yang terdapat dalam semua varieti yang diuji adalah bersifat asid klorogenik, yang merupakan salah satu unsur yang paling kuat untuk menghapuskan radikal bebas yang terdapat dalam tisu tumbuhan. Faedah dikaitkan dengan asid klorogenik termasuk antimutagenic (anti- kanser), anti-mikrob, anti-LDL ( kolesterol tidak baik ) dan aktiviti antivirus.
8. Mencegah stress
Kandungan vitamin B yang tinggi dalam terung juga memastikan kebolehan untuk berfikir dengan jelas dan mencegah stress.
9. Menjaga Kesihatan Hati Dan Jantung
Terung mengandungi bioflavonoid yang cukup tinggi. Sehingga, ia sangat baik untuk menjaga kesihatan hati, mengawal tekanan darah tinggi dan meredakan stress. Di samping itu, terung dapat membantu menurunkan kadar kolesterol jahat yang berisiko membahayakan organ jantung.
10. Mengatasi Diabetes
Terung adalah sayur yang berserat tinggi, rendah lemak dan juga rendah karbohidrat. Jadi, tidak hairanlah terung boleh mengatasi dan mencegah diabetes.
11. Tulang Yang Lebih Sihat Dan Kuat
Kandungan kalsium dalam terung dapat memperkuat dan mempertahankan kekuatan sendi dan tulang.
12. Makanan untuk otak
Kandungan nutrisi phyto pada terung merupakan salah satu nutrisi yang sangat diperlukan oleh organ otak. Jadi, bagi anda yang bingung untuk memilih jenis makanan yang mampu menutrisi otak, sayur terung boleh menjadi salah satu pilihan tersebut.
Penyelidikan ke atas terung telah memberi tumpuan kepada satu fitonutrien antosianin yang terdapat pada kulit terung dipanggil nasunin. Nasunin adalah antioksidan yang kuat menentang radikal bebas. Ia melindungi membran sel daripada rosak.
Dalam kajian ke atas haiwan, nasunin didapati berupaya melindungi lipid (lemak) di dalam membran sel otak. Membran sel otak adalah hampir keseluruhannya terdiri daripada lipid dan bertanggungjawab untuk melindungi sel daripada radikal bebas.
13. Menyihatkan pembuluh darah
Vitamin P berfungsi mengurangkan kerapuhan pembuluh darah dan infiltrasinya. Meningkatkan kemampuan tubuh merapatkan antara sesame sel dan memperbaiki kerosakannya sehingga pembuluh darah tetap dalam keadaan normal dan elastik, menjaga biologisnya dan mencegah pecahnya pembuluh darah.
14. Mencegah sakit jantung dan strok
Kandungan phytonutrients dalam terung boleh membantu mencegah penyakit jantung, serangan jantung dan stroke.
15. Mencegah kanser
Antioksidan dalam terung, memiliki kebolehan untuk mencegah tumor otak dan kanser daripada terbentuk melalui cara menyerang radikal bebas yang menyebabkan tumor kanser. Melalui kajian saintifik yang dilakukan ke atas kulit terung, hasil kajian mendapati bahawa warnanya merupakan sebatian kimia yang dikenali sebagai “nasunin” yang mempunyai aktiviti antioksida dan antiangiogenik.
Dalam bidang kajian kanser, antiangiogenisis dikatakan sebagai agen baru yang mampu mencegah sel kanser daripada membiak dengan menghentikan pembinaan saluran darah. Semasa sel kanser membesar, ia memerlukan saluran darah yang baru untuk memberikan nutrien. Apabila saluran darah dihalang pembinaannya, sel kanser akan mati.
16. Memulihkan paras natrium dalam darah
Terung juga kaya dengan kalium yang bertindak memulihkan paras natrium.
17. Mengatasi masalah kencing tak lawas
Jika anda mengalami masalah kencing tak lawas, boleh kisar terung dan dijadikan sebagai jus. Minum satu cawan setiap pagi sehingga kencing tak lawas tiada lagi.
18. Menjaga kesihatan bayi dalam kandungan
Terung juga baik diamalkan oleh wanita mengandung. Ia membekalkan folate, sejenis vitamin yang menjaga kesihatan janin dalam kandungan.
19. Menghilangkan jeragat
Bagi yang menjaga kecantikan muka, terung boleh dikisar dan disapu ke kulit muka untuk menghilangkan jeragat.
20. Mencerahkan wajah
Nak kulit muka yang cerah? Amalkan masker terung sekali seminggu.
Itulah dia khasiat terung yang ingin kami kongsikan.