Inilah 19 Khasiat Gamat Menurut Sains Yang Ramai Orang Tak Tahu.

| December 23, 2018 | 0 Comments

Inilah 19 Khasiat Gamat Menurut Sains Yang Ramai Orang Tak Tahu.| KHALIFAH MEDIA NETWORKS – Gamat nama saintifiknya holothuroidea adalah haiwan laut yang mempunyai bentuk seperti sosej dengan badan yang berkutil dan kulit yang keras. Ia digunakan secara meluas sebagai makanan dan ubat-ubatan di beberapa tempat di Asia.

Inilah 19 Khasiat Gamat Menurut Sains Yang Ramai Orang Tak Tahu.

Gamat mempunyai khasiat yang tinggi tetapi tidak mengandungi kolestrol. Ia mengandungi lebih daripada 50 jenis nutriens seperti protein, lemak, gula, vitamin B1, B2, asid nikotinik, kalsium fosfat, zat besi, iodin, vanadium, zink, kalium, kromium, asid benzoid, kondrotin sulfat, asid mukopolisakarida.

Kandungan protein dalam bentuk asid-asid amino seperti arginina, sistina dan histina adalah amat diperlukan untuk badan kita kerana merupakan asas kepada pembentukan deosiribonuekleik asid (DNA)

Umum mengetahui bahawa gamat mampu untuk menyembuhkan luka dan sebagai ubat penahan sakit semulajadi, namun terdapat banyak lagi khasiat gamat yang baik untuk kesihatan. Jom kita ketahui apakah khasiat gamat.

1. Awet muda

Ramai yang tidak mengetahui bahawa gamat mengandungi 90% protein kolagen semulajadi. Gamat juga mengandungi antioksidan yang tinggi yang berfungsi malawan radikal bebas yang merosakkan sel-sel termasuk sel kulit dan ia juga merangsang kecantikan kulit, meningkatkan peredaran darah, menguatkan struktur, melembutkan serta memperlahankan proses penuaan pada kulit. Dalam erti kata lain, gamat merupakan rahsia awet muda.

Perubahan ketara dalam tempoh sebulan setelah mengamalkan gamat ialah anda akan mendapati kulit muka menjadi tegang, pipi kelihatan montok seolah-olah kesan disuntik dengan botox. Lagenda Mahsuri mengaitkan kejelitaannya dengan amalan memakan gamat.

2. Memulihkan wanita selepas bersalin
Gamat juga membantu menyembuh luka bersalin, luka pembedahan, dan memulihkan fungsi sistem peranakan. Dalam Gamat terdapat sejenis bahan iaitu Serine yang membantu memulihkan luka-luka terutama selepas bersalin. Kandungan Serine dalam gamat adalah 2.5 kali ganda lebih tinggi berbanding ikan haruan.

Selain itu, gamat kaya dengan asid lemak tak tepu serta sebatian bio aktif yang baik untuk penyembuhan luka. Jika anda mengamalkan gamat selepas bersalin, kesan luka pada bahagian tersebut dapat bercantum semula tanpa meninggalkan kesan parut dan lebih cepat kering.

3. Membantu mengelakkan angin meroyan
Gamat mengandungi bahan penenang semulajadi yang membantu menenangkan fikiran dan mengurangkan tekanan. Bagi wanita yang sedang dalam berpantang, gamat dapat membantu mengurangkan simptom “blues” atau “post natal depression”.

4. Membanyakkan susu badan
Pasti ramai yang tak tahu bahawa gamat juga berfungsi untuk menambah kandungan susu badan. Gamat mengandungi Omega 3 yang tinggi untuk perkembangan otak bayi. Dengan mengamalkan gamat, anda akan dibekalkan dengan zat yang diperlukan oleh badan ibu dan untuk tumbesaran bayi.

5. Ubat penahan sakit semulajadi
Menurut kajian, gamat mengandungi bahan yang bertindak seperti ‘morfin’ semulajadi yang mana ia bertindak sebagai pelali (analgelsik) atau sebagai penahan sakit semulajadi. Bagi mereka yang sering mengambil panadol atau ubat penahan sakit, anda boleh bertukar kepada gamat.

6. Memberi tenaga
Gamat juga mempercepatkan pemulihan tenaga dan mengelakkan keletihan terutama mereka yang aktif bersenam dan bersukan.

7. Mengurangkan resdung
Gamat membantu mengurangkan masalah resdung dengan mengurangkan kesan alahan yang menyebabkan resdung.

8. Mengurangkan asma
Gamat membantu mengurangkan masalah asma dengan mengurangkan kesan alahan yang menyebabkan masalah tersebut.

9. Menyembuhkan gastrik
Gastrik terjadi kerana lapisan bendalir yang memisahkan antara permukaan dinding perut dan asid dalam perut menipis atau tiada sehingga menyebabkan luka pada dinding perut kesan hakisan asid berlebihan tadi. Gamat membantu membina semula lapisan bendalir ini dan memperbaiki sistem pencernaan & penghadaman.

10. Mengurangkan sakit urat, saraf, otot, dan sendi
Fungsi lain gamat ialah mengurangkan sakit urat, saraf dan kesakitan pada otot badan dan sendi. Bagi masalah sendi yang berpunca daripada kehausan atau kekeringan cecair ‘minyak gris’, gamat adalah jawapannya kerana kombinasi Glukosamina dan Kondroitin Sulfat (Gags) yang terdapat di dalamnya membantu mengurangkan keradangan dan sebatian aktif yang terdapat dalam gamat menghasilkan semula lapisan cecair ‘minyak gris’.

11. Mengurangkan simptom sembelit & menyembuhkan buasir.
Gamat membantu mengurangkan simptom sembelit dan penyembuhan masalah buasir. Menurut statistik di Malaysia, dari 10 lelaki dewasa, 7 daripadanya menghidap buasir.

12. Pencegah kanser
Gamat mampu menghalang pertumbuhan dan penyebaran sel kanser. Ini kerana gamat mempunyai sebatian yang dipanggil glikosida tritertene yang tinggi. Mengikut kajian yang dijalankan oleh saintis-saintis China yang diterbitkan di dalam Jurnal Terapi Kanser dan Biologi mendapati glikosida tritertene mampu menghalang pembentukan saluran darah yang membekalkan nutrien kepada sel kanser.

Ia seterusnya menyekat pertumbuhan dan perkembangan sel kanser di dalam badan sambil memperbaiki sel-sel yang rosak & mencegah mutasi sel, merangsang pertumbuhan sel-sel baru & menguatkan semula sel-sel yang lemah.

13. Menghalang pembekuan darah
Proses pembekuan darah menghalang pendarahan berlebihan apabila kulit tercedera. Walaubagaimanapun, proses pembekuan darah boleh berlaku di dalam saluran darah walaupun anda tidak mengalami kecederaan. Terdapat suatu keadaan yang dipanggil pulmonary embolism di mana darah beku berkumpul di dalam peparu dan menyekat pengaliran darah ke seluruh badan. Keadaan ini boleh membawa maut dan memerlukan rawatan segera.

Gamat boleh diambil sebagai rawatan komplementari kepada penyakit ini. Satu sebatian di dalam gamat yang dipanggil kondroitin sulfat boleh menghalang pulmonary embolism. Menurut kajian yang dijalankan oleh saintis Brazil yang diterbitkan di dalam Jurnal Kimia dan Biologi pada September 1996 menemui sifat anti-pembekuan yang ada pada kondroitin sulfat dan bermanfaat untuk mengelakkan pembekuan darah di dalam peparu.

14. Mengurangkan kesakitan akibat arthritis
Penemuan yang dijalankan oleh saintis-saintis Malaysia tentang kesan anti-keradangan yang ada di dalam gamat membawa sinar baru kepada pesakit arthritis. Kajian yang diterbitkan di dalam Jurnal Perubatan Marin pada bulan Oktober 2011 mendapati gamat mempunyai sebatian yang dipanggil mukopolisakarida, kondroitin and glukosamin yang boleh melegakan gangguan arthritis terutama pada sendi-sendi badan.

15. Penyembuhan luka badan
Kelebihan gamat sebagai penyembuh luka luaran dan dalaman dibuktikan dengan kajian yang dijalankan oleh Pusat Marin Amerika pada tahun 2011. Mereka yang mendapati khasiat asid lemak di dalam gamat yang dipanggil asid arakidonik bertanggungjawab untuk menyembuhkan luka dan memperbaiki semula tisu badan dengan kadar yang cepat.

16. Menyembuhkan ulser
Bahan yang bernama asid arakidonik yang terdapat dalam gamat juga berfungsi untuk menyembuhkan ulser.

17. Menyembuhkan pendarahan usus
Jika anda mengalami masalah pendarahan usus, pengambilan gamat sangat membantu untuk menghentikan pendarahan yang berlaku. Asid arakidonik membantu menyembuhkan luka pada usus yang menjadi punca pendarahan.

18. Menyembuhkan luka terbakar
Gamat berfungsi untuk menyembuhkan kulit terbakar dengan cara menghidupkan dan memperbaiki tisu & sel badan yang rosak.

19. Membuang toksik dalam badan
Gamat boleh membuang toksik dalam badan.

Itulah dia 19 khasiat gamat.

Tags: , , , ,

Category: INFORMASI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *