Kes Bu nuh Jururawat. Suspek Ditangkap Polis. Identitinya Buat Ramai Terkedu. Allahu. | Tak sangka jururawat yang seminggu hilang ditemui maut dibunuh. Selepas buat risikan, suspek akhirnya ditahan, identiti sebenarnya buat ramai terkedu. Allahu. Baca selanjutnya. AL FATIHAH.

DUA WARGA NEGERIA DAN SORANG WARGA PAKISTAN DITAHAN POLIS

Seorang lagi lelaki yang disyaki terlibat dalam kes bunuh Ketua Jururawat Hospital Serdang ditahan hari ini.

Lelaki Nigeria Aliwajuwon Gilbertalowonle yang diburu sebelum ini bagi membantu siasatan kes itu ditahan di sekitar Cheras Sentral di sini pada jam 3 petang ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat ketika dihubungi mengesahkan penahanan lelaki terbabit dan berkata lelaki itu cuba menyerang polis ketika ingin ditahan.

“Ya, berlaku pergelutan antara polis dan suspek ketika kami hendak menahannya…suspek akan direman esok,” katanya.

Terdahulu, awal pagi ini polis menahan dua individu iaitu seorang wanita Nigeria berumur 35 tahun dan seorang lelaki Pakistan berumur 38 tahun di sekitar Kuala Lumpur, awal pagi ini.

Ketua Jururawat, Siti Kharina Mohd Kamarudin, 40, ditemui mati dibunuh di unit kondominium yang disewanya di Cyberjaya. Mayat wanita itu ditemui pemilik rumah berkenaan pada Rabu dengan kesan kelar di dada, leher dan kepala.

Siti Kharina, dilapor hilang 8 Mei lepas setelah kali terakhir dilihat di tempat letak kereta Hospital Serdang pada 4 petang. Siti Kharina dilihat memandu kereta Honda City berwarna putih.- Bernama

POLIS TAHAN 2 WARGA ASING KE BUNUH JURURAWAT

Polis menahan seorang lelaki warga Pakistan dan seorang wanita Nigeria bagi membantu siasatan kes bunuh Ketua Jururawat Hospital Serdang, Siti Kharina Mohd Kamarudin, 40, yang mayatnya ditemui dengan kesan kecederaan di leher dan dada, di sini, semalam.

Dalam serbuan pertama, polis menahan seorang wanita warga Nigeria di Taman Damai Indah, Cheras, pada jam 3 pagi tadi, sebelum menahan seorang lagi lelaki warga Pakistan di Taman Sri Rampai, Setapak, sejam selepas itu, di sini.

Memetik laporan BH Online, kedua-dua suspek ditahan untuk siasatan lanjut bagi membolehkan polis mengenal pasti motif utama kejadian pembunuhan itu.

Kedua-dua mereka yang ditahan kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang, untuk siasatan lanjut mengikut Seskyen 302 Kanun Keseksaan.

Selain itu, polis juga sedang mengesan saki baki suspek lain yang mungkin turut terbabit dan bersubahat dalam kejadian ini.

Sebelum ini, pihak pengurusan Hospital Serdang mengesahkan Siti Kharina yang dilaporkan hilang, dilihat kali terakhir di kawasan tempat letak kenderaan hospital itu pada 8 Mei lalu.

Siti Kharina sudah lima tahun bertugas Hospital Serdang dan tinggal berjauhan dengan suami serta tiga anak perempuannya yang masing-masing berumur antara 10 hingga 14 tahun yang kini menetap di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Sumber: Sinar Harian

Share.

Leave A Reply