Lepas Israel Serang Gaza. Trump Terkini Umum Bukit Golan Milik Israel. APAKAH ?

| March 26, 2019 | 0 Comments

Lepas Israel Serang Gaza. Trump Terkini Umum Bukit Golan Milik Israel. APAKAH ? | Tak lama Gaza diserang oleh Israel laknatullah, terkini Trump umum pulak Bukit Golan milik Israel. Eh eh. Sapa yang lantik dia ni jadi pejabat tanah planet bumi. Grrrrr….. Baca selanjutnya.

BUKIT GOLAN MASIH DIPERTIKAI OLEH SYRIA

Presiden Amerika Syarikat (AS) menandatangani pengisytiharan mengiktiraf kedaulatan Israel ke atas wilayah Bukit Golan yang dipertikaikan, hari ini.

Lepas Israel Serang Gaza. Trump Terkini Umum Bukit Golan Milik Israel. APAKAH ?

Kawasan itu adalah wilayah sempadan dirampas Zionis daripada Syria pada 1967.

“Pengiktirafan ini memakan masa panjang untuk dilaksanakan,” kata Trump bersama Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu di Rumah Putih.

Tindakan Trump itu bertentangan dengan persetujuan antarabangsa, sejak berdekad-dekad.

“Pengiktirafan ini bersejarah, Bukit Golan akan kekal di bawah kawalan Israel. Kita tidak akan melepaskannya.

“Pengiktirafan kamu berlaku ketika Golan amat penting untuk keselamatan kami,” kata Netanyahu terhadap wilayah yang masih dituntut Syria itu. – AFP

Sumber Berita Harian

GAZA TERUS DISERANG ISRAEL

REGIM Israel melancarkan serangan ke atas Gaza dan menambah jumlah tentera mereka di kawasan sempadan pada Isnin sebagai tindak balas pelancaran roket oleh Hamas.

Lepas Israel Serang Gaza. Trump Terkini Umum Bukit Golan Milik Israel. APAKAH ?

Serangan pada Isnin tercetus selepas tujuh penduduk Israel tercedera berdekatan Tel Aviv susulan serangan roket Hamas.

Ketegangan itu terus memuncak dua minggu sebelum Israel melakukan pilihan raya yang menyaksikan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu berusaha mengekalkan kuasa yang diperolehi sedekad yang lalu.

Pada masa yang sama, Netanyahu berdepan tuduhan skandal rasuah serta pakatan pembangkang yang mahu beliau letak jawatan.

Bagaimanapun situasi tegang itu tidak lama sebelum khabar bahawa satu genjatan senjata dipersetujui dua pihak atas pertolongan Mesir.

Bagaimanapun, penduduk tempatan berkata pesawat tentera Israel terus menyerang dua kawasan di Gaza sekaligus tidak mengendahkan persetujuan genjatan senjata.

Israel pula enggan mengulas sama ada perjanjian genjatan senjata sudah dipersetujui.

Sejurus selepas serangan itu, Netanyahu pulang ke Israel pasca pertemuan dengan Presiden Donald Trump di Washington.

Untuk rekod, pada perang Gaza 2014 sejumlah 2,100 rakyat Palestin yang tidak berdosa dibunuh tentera Israel.

Israel merampas Gaza pada 1967 secara haram sebelum ini menarik semula tentera mereka pada 2005 dan sejak itu wilayah tersebut terus bergolak. via Astro Awani

Tags: , , , , , ,

Category: DUNIA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *