Rumah Digeledah Polis. Peguam Najib Dedah SESUATU Pada Wartawan | Malam tadi selepas terawih, sepasukan polis telah pergi ke rumah Najib di Jalan Langgak Duta dan juga serentak dengan itu di kondomium mewah di Pavilion.

HANYA BEG TANGAN, HADIAH DIRAMPAS

Tiada rampasan dokumen, tetapi hanya barangan peribadi, beg tangan, pakaian dan beberapa hadiah sahaja yang dirampas, kata Peguam yang mewakili bekas Perdana Menteri Najib, Datuk Harpal Singh Grewal.

Rumah Diserbu Polis. Peguam Najib Dedah SESUATU Pada Wartawan

Menurutnya, Datuk Seri Najib Razak dan keluarga, profesional dengan memberikan kerjasama yang baik sehingga tamat pemeriksaan.

“Kita percaya kehadiran polis bagi menyiasat di bawah Akta Penggubahan Wang Haram.

“Namun, berdasarkan pemeriksaan itu, kita percaya tiada sebarang dokumen yang boleh dikaitkan dengan akta itu,” katanya kepada pemberita, di jalan kediaman rumah Najib di Langgak Duta, di sini, sebentar tadi.

Ketika ditanya mengapa proses pemeriksaan begitu panjang, beliau berkata, ini kerana rumah yang besar dan pasukan penyiasat harus memeriksa setiap bilik sebelum membawa beberapa keluar kotak.

Mengulas sama ada berlaku tangkapan terhadap bekas perdana menteri itu, beliau menafikannya.

“Tiada tangkapan, cuma ambil beberapa barang yang boleh dikaitkan,” katanya. Sumber : Sinar Harian

POLIS SAHKAN GELEDAH RUMAH NAJIB

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh mengesahkan menggeledah kediaman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Jalan Langgak Duta di sini, malam ini.

Beliau menjelaskan, proses penggeledahan itu dilakukan pasukan polis mengadakan ‘pencarian’ di kediaman Najib.

Bagaimanapun, Amar Singh enggan mendedahkan pencarian daripada aspek apa yang dilakukan polis.

“Saya boleh mengesahkan pasukan polis hadir ke kediaman bekas Perdana Menteri untuk membuat pencarian,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI di sini hari ini.

Sejak pukul 9 malam tadi, kira-kira 50 petugas media tempatan dan luar negara berkampung di luar pekarangan kediaman Datuk Seri Najib. – Sumber : Sinar Harian

Share.

Leave A Reply