Senarai Lokasi – Lokasi Terkini Penguatkuasaan Kamera AwAS.

| September 5, 2018 | 0 Comments

Senarai Lokasi – Lokasi Terkini Penguatkuasaan Kamera AwAS. | KHALIFAH MEDIA NETWORKS – Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia akan mengambilalih pengoperasian, pembangunan, penyelenggaraan dan penguatkuasaan sistem AES/AwAS ini setelah perjanjian konsesi tersebut tamat pada 31 Ogos 2018.

 

 

Mulai 1 September 2018, kerajaan melalui JPJ akan melaksanakan sepenuhnya peruntukan perundangan ke atas saman-saman yang dikeluarkan oleh AES/AwAS tanpa sebarang pengurangan atau pengecualian.

Bagaimana Kamera AwAS beroperasi?

AwAS beroperasi dengan pemasangan kamera automatik di lokasi-lokasi tertentu seperti jalanraya, lebuhraya dan persimpangan lampu isyarat. Kamera akan menangkap gambar kenderaan yang melakukan kesalahan dan dihantar ke pusat kawalan AwAS. JPJ akan mengesahkan kesalahan dan butiran pemilik kenderaan dan seterusnya mengeluarkan saman kepada pemilik kenderaan.

Hendak tahu dimanakah lokasi kamera AwAS terkini di Malaysia? Pemasangan kamera AwAS adalah dikawasan/ lokasi yang kerap berlaku kemalangan. Ianya bertujuan untuk mengurangkan kes kemalangan. Oleh itu, sila rujuk Senarai Lokasi Kamera AwAS Terkini Di Malaysia ini sebagai panduan semasa memandu terutama perjalanan jauh.

Di sini kami kongsikan lokasi-lokasi terkini yang terdapat kamera AwAS.

Semoga perkongsian Senarai Lokasi Kamera AwAS Terkini Di Malaysia bermanfaat buat semua. Dalam hal ini, ingin menyeru kepada semua pemandu supaya mematuhi peraturan jalan raya dan sentiasa mengamalkan pemanduan selamat bagi menjamin keselamatan semua pengguna jalan raya dalam usaha untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya.

Sumber : JPJ

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *