Terkini Dari Austria. Tun Mahathir Beritahu Dunia Barat Israel Adalah Penjenayah

| January 22, 2019 | 1 Comment

Terkini Dari Austria. Tun Mahathir Beritahu Dunia Barat Israel Adalah Penjenayah | Lepas kecam di Oxford, Tun Mahathir gemparkan lagi dunia barat di Austria apabila beritahu yang Israel adalah penjenayah buatkan wartawan sana terus terkedu. Baca selanjutnya.

ISRAEL ADALAH PENJENAYAH DAN MALAYSIA TAK MAHU ADA URUSAN

Perdana menteri Dr Mahathir Mohamad sekali lagi menegaskan bahawa Malaysia tidak dapat menerima atlet Israel oleh kerana mereka datang dari sebuah negara penjenayah.

Dr Mahathir berkata orang yang tidak diingini di negara kita mestilah dihalang masuk dan ini termasuk mereka yang disyaki menjadi pengganas dan sebagainya.

“Kita tidak mahu mengadakan sebarang urusan dengan mereka (Israel) termasuk rakyatnya. Jika mereka ingin bertanding dalam sukan mereka boleh pergi ke negara lain.

“Tetapi bagi Malaysia, mereka datang dari sebuah negara penjenayah, kita tidak dapat menerima mereka.

“Setiap negara mempunyai hak menerima atau menolak kedatangan orang lain.

“Kita punya hak itu dan kita mesti kuatkuasakan hak itu,” kata beliau kepada pemberita Malaysia dan wartawan asing selepas menyampaikan ucaptama persidangan Pertubuhan Pihak Berkuasa Anti Rasuah Antarabangsa (IAACA) di Vienna International Centre (VIC) di Austria pada Selasa.

Usir Penduduk

Beliau berkata para atlet ini datang dari sebuah negara yang melakukan apa saja yang mereka suka termasuk membina penempatan di negara orang dan mengusir penduduk dari negara itu sendiri.

“Mereka telah menyerang kapal kita yang membawa bantuan untuk rakyat Gaza.

“Terlalu banyak perkara lain dilakukan Israel yang bertentangan dengan undang-undang antarabangsa dan moraliti,” katanya.

Sementara itu, mengenai rasuah, Dr Mahathir berkata pemimpin mestilah dipilih dengan bijak dan bila ada tanda-tanda seseorang pemimpin itu rasuah, tindakan mesti diambil bagi menyingkirkannya.

Dr Mahathir menyuarakan hal yang sama semasa menghadiri Persidangan Antarabangsa Ketiga mengenai Kebangkitan Afrika (ICEA-III) di Dakar, Senegal minggu lepas.

Israel membantah tindakan Malaysia melarang pasukan renangnya dari menyertai Kejohanan Renang Para Dunia 2019 dijadualkan berlangsung di Kuching pada Julai.

Malaysia merupakan pengkritik lantang terhadap Israel yang melakukan kezaliman terhadap rakyat Palestin.

Sumber: Malaysiakini

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , ,

Category: DUNIA

Comments (1)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. pak long says:

    mmg tepat Israel laknatullah dilabel sbg negara pengganas dan penjenayah. Ini bertepatan dgn tindakan mrk terhadap Palestin….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *