Ustaz Sedekah Laptop Terpakai Kepada Ibu 3 Anak FREE. Apa Jadi Selepas Sehari Buat Ramai KAGUM | Seperti yang diceritakan oleh Ustaz Abu Hurairah Asifa, tukang repair laptop. Satu hari, seorang ibu menangis kerana laptop tidak dapat dibaiki, ustaz terus sedekah satu laptop secondhand FREE. Sehari lepas tu “sesuatu” terjadi buat ramai kagum. Allahu. Baca selanjutnya.

SEDEKAH LAPTOP TERPAKAI KEPADA SEORANG IBU

Saya baiki satu laptop. Milik seorang wanita.

Saya ambil laptopnya di stesen LRT yang berdekatan dengan rumahnya.

Saya tunggu dah 20 minit, tapi dia belum sampai. Penat juga berdiri ni tapi takpelah. Mungkin dia ada hal. Sangka baik dulu.

“Ustaz!”

Saya pandang seorang wanita, kiri kanan ada anak dan seorang bayi kecil di pegangan. Beg sandang dibelakang. Itulah laptopnya mungkin.

“Maaf ustaz. Rumah saya tingkat 10. Lif rosak. Bawa anak-anak ni”

Termengah-mengah dia. Allahu. Kesian rasa.

“Oh. Puan kalau bagitahu saya tadi, takpe. Biar saya je yang naik. Kesian puan dan anak-anak ni”

Alhamdulilah. Siap, saya terus bawa ke kedai dan baiki. Dah baiki, saya terus hantar. Selang sehari, puan ni whatsapp lagi.

“Maaf ustaz. Laptop ni rosak balik lah. Maaf sangat susahkan ustaz”

Saya pun ambil balik dan baiki. Dan, benar. On banyak kali, padam balik. On balik, padam balik. Saya pun whatsapp semula pada dia.

“Oh yeke? Takpelah ustaz. Saya faham”

Saya pun hantar laptop ni ke rumah dia. Sampai je depan pintu, puan tadi keluar dengan matanya yang merah. Teresak-esak baru lepas nangis.

“Saya baru nak mula bisnes ustaz. Ustaz tengoklah rumah saya ni. Anak-anak yang ramai ni. Suami saya kerja tapi tak dapat tampung. Harap dapat buat busines online. Laptop ni kawan pinjam. Pastu dia pulangkan rosak. Dia tak nak tanggungjawab”

Allahu. Sedih rasanya. Saya tarik nafas yang dalam. Kebetulan saya bawa satu laptop secondhand untuk dijual.

“Takpe. Begini puan. Saya ambil laptop puan yang rosak ni buat sparepart. Saya bagi satu laptop secondhand pada puan. Boleh?”

“Yeke? Betul ni ustaz?”

Gembira nampaknya.

“Adik! Mak dapat laptop ni. Nanti boleh mak belikan adik baju baru ya”

Dan, saya pulang membawa satu laptop rosak. Dan saya beri satu laptop pula pada wanita tersebut.

Saya duduk. Saya pegang janji Allah. Hiburkan orang ni penat. Nampak dimata rugi, namun moga di pandangan Allah, semuanya adalah demi redhaNya.

“Sungguh, memberi tak pernah mengurangkan apa yang kita bagi”

Esoknya, ada orang call. Urgent perlukan laptop. Sebab laptop asal hilang didalam stor. Jadi, pegawai kewangan nak periksa stok barang.

“Saya nak segera kalau ustaz ada. Tak kisah. Ok ke tak, janji model laptop ni ada!”

“Oh. Model apa ya tuan?”

“HP E4220”

Allah! Teringat terus laptop puan yang rosak tu. Rasanya itulah modelnya.

Saya terus berlari dan buka beg. Saya periksa nombor modelnya.

“Ada tuan. Cuma motherboard dia problem”

“Takpe. Cantik! Saya beli sekarang. Bagi no akaun sekarang. RM700 boleh? Ni je bajet yang ada!”

Saya hampir menangis di hujung talian.

Allah ganti balik dengan laptop yang saya bagi. Nilainya malah Allah tambah lagi.

“Sesungguhnya Aku, kata Allah, adalah sepertimana sangkaan hambaku kepadaKu”

Dunia ini milik Allah.

Rezeki itu juga milik Allah.

Allah pasti beri. Allah pasti bagi.

Asalkan syaratnya kita penuhi. Kita jalani. Kita harungi.

Kerna, harga percaya pada Tuhan lebih mahal dari segunung emas.

Sumber: FB Abu Hurairah Asifa (LINK)

Share.

Leave A Reply