10 Jam Tolong Bersihkan Kawasan Taman Perumahan. Ganjaran Yg Lelaki Ini Terima Mengejutkan. | Pepatah ada mengatakan yang buat baik dibalas baik dan itulah yang dibuktikan apabila seorang remaja menerima ganjaran yang sangat bermakna setelah melakukan kebaikan. Remaja lelaki tersebut, Antonio Gwynn Jr, 18 dikatakan telah menghabiskan 10 jam untuk membersihkan kawasan kejiranannya.

Menurut laporan, Antonio mengambil keputusan melakukan kerja-kerja itu setelah melihat keadaan huru-hara di kawasan tersebut setelah berlakunya tunjuk perasaan besar-besaran di situ. Dia sedar bahawa jalan-jalan di kawasan tersebut akan digunakan oleh orang ramai pada keesokan harinya, jadi dia memutuskan untuk membersihkan kawasan itu.

Dia memulakan kerja-kerja pada jam 2 pagi. Dengan membawa perlatan pembersihan dia keluar dari rumah awal-awal pagi itu dan mula bekerja. Apabila menjelang pagi dan orang ramai mula keluar melakukan rutin masing-masing mereka terkejut apabila melihat keadaan di situ sudah bersih.

Berita mengenai kebaikan remaja ini telah tersebar dalam kalangan masyarakat dengan pantas. Tanpa dia sedari perbuatannya bukan hanya membawa kebaikan yang sangat besar kepada penduduk malah buat dirinya juga. Seorang penderma, Matt Block telah memberikan kereta Mustang merahnya kepada Antonio.

Menurut Matt, dia merancang untuk menjual keretanya namun dia mengubah fikiran setelah mendengar kisah mengenai Antonio dan ketika dia mengetahui bahawa remaja itu ada meminta nasihat dalam talian mengenai pembelian kereta.

Seorang ahli perniagaan, Bob Bricelandlater yang mendengar tentang kebaikan Matt telah memutuskan untuk menawarkan insurans kereta selama setahun.

Sementara itu, seorang lagi penyumbang baik hati, Medaille College Buffalo juga telah menghubungi Antonio dan menawarkan biasiswa untuk menyambung pengajiannya di kolej.

Sumber : ERA BARU

Share.

Leave A Reply