Jiran Plastik

| July 6, 2020 | 0 Comments

Jiran Plastik | Saya cuma nak bercerita, tentang jiran saya yang suka meminjam harta benda orang lain.

Suami jiran saya ini bekerja sendiri sebagai agen insurans. Dia ada
seorang isteri yang baik, anak 4-5 orang, ada kereta jenama proton dan
Motor 250cc. Rumah sendiri (Apartment), rumah yang lain-lain saya tak
pasti. Dia berumur lebih 40 tahun. Kami awal 30an.

Kenapa saya bercerita disini? Sebab saya tak boleh menulis di FB saya,
nanti suami saya baca dia suruh saya padam . Untuk mengelakkan saya
memendam rasa lebih baik saya menulis disini.

Kami tinggal di Apartment ini selama 7 tahun. Suami baru mula berkawan
rapat dengan suami jiran ini 2 tahun lepas. Selepas beberapa bulan
berkawan, suami jiran kami mula nak meminjam kereta.

Pada mulanya saya tak kisah mungkin dia betul- betul memerlukan kereta
yang lebih besar sedikit untuk bawa anak-anak dia berjalan pada ketika
itu. Lama kelamaan, dia terus dengan perangai meminjam.

Kami ada kereta berjenama Toyota MPV- saya bagi nama A dan kereta
produced di Italy (sorry tak boleh inform disini- nanti kawan saya baca
akan dapat tau siapa saya) – saya bagi nama B dan Moto berkuasa Tinggi
1000cc. Kereta A suami punya dan kereta B saya punya.

Pada permulaan, Suami jiran itu meminjam untuk bawa family
berjalan-jalan. Saya terima dengan hati terbuka. Kali kedua, dia call
suami saya nak pinjam lagi. Seterusnya kekal dengan tabiat dia yang suka
meminjam.

Suami saya tak boleh bercakap tidak dan kami tak tau nak bagi alasan
apa. Sebab kami ada dua buah kereta. Pastinya jiran saya tu akan selidik
terlebih dahulu sama ada kereta kami ada atau tidak kemudian dia akan
call suami saya untuk meminjam.

Suami saya pun tak berkenan dengan perangai jiran sebenarnya. Kami cuma
berharap jiran itu ada satu perasaan malu dan ada kesedaran diri
janganlah suka-suka hati nak meminjam.

Dulu semasa kami ada kereta biasa-biasa sahaja, kami malu nak pinjam
kereta orang lain. Lagi-lagi kereta yang hebat-hebat. Tapi lain pula
perangai jiran kami ini. Tak ada satu pun perasaan malu meminjam barang
orang lain.

Saya bertambah geram, bila nampak jiran saya post di FB bergambar dengan
kereta kami dengan caption ‘Bawa anak2 berjalan, meluangkan masa dengan
anak2’.

Anak2 dia pijak kerusi kereta kami untuk berdiri di Roof sambil
bergambar. Suka hati je. Sakit hati tau. Anak saya pun tak pernah buat
seperti itu.

Keesokan harinya, kebetulan saya ada urusan diluar memerlukan saya pakai
MPV itu, saya dapati minyak tinggal E. Jiran itu tau pinjam tapi tak tau
isi minyak. Saya tak pernah jumpa orang seperti ini sebelum ini. Saya
tak sangka. Orang seperti ini benar-benar wujud.

Ya, ada part lain jiran tu baik. Dia selalu belikan apa2 untuk diberikan
kepada kami kalau dia keluar pergi mana-mana. Tapi, itu tak bermakna
kami boleh bagi pinjam semua harta benda kami. Mungkin itu cara dia
untuk berbaik dengan kami.

Semasa saya scroll FB suami saya, ternampak posting jiran saya (Dia
friend dengan suami saya sahaja dalam FB, dengan saya tak). Terdetik nak
tengok FB dia.

So saya scroll posting FB jiran saya dari tahun terbaru ke setahun yang
lepas. Terkejut saya ada gambar kereta B dalam tu. Patutlah dia ajak
suami saya lepak dan minta bawa kereta B. Rupanya, dia ada niat lain lagi.

Dia cakap dengan suami saya nak test drive sekejap kereta B. Rupanya,
dia berhenti di Petrol pam, ambil gambar kereta B saya dengan Caption Di
FB ‘Bawa bini no 2 jalan-jalan, bini no 1 tinggal di rumah- kereta A’.
Saya terkejut tengok ramai yang komen :

Komen 1 : Wah, hebat sekarang ni.

Dia reply : Biasa2 je bos.

Komen 2 : Nak pinjam boleh?

Dia reply : Boleh bosss.

Komen 3 : Perempuan materialistik pun ada yang komen, pergi mana ni sayang?

Dia reply : Ini saya tak ingat.

Sedih saya tengok, rupanya ada orang seperti ini. Hebatnya dia dimata
orang dalam FB. Kereta B, kereta saya.. saya malu tengok dia buat macam
tu. Bila saya ternampak posting dia macam tu, saya terkejut. Saya tanya
suami saya, kenapa dia macam ni?

Suami saya cakap, dia pernah mengaku pinjam kereta2 kami untuk tujuan
bisnes dia supaya orang lain / rakan-rakan akan nampak dia hebat dalam
FB dan orang akan tanya dia buat apa sampai hebat macam ni dan dalam
masa sama dapat naikkan lagi dia punya client.

Sangat terkejut dan sangat tidak bersetuju. Tindakan dia totally salah.
Saya cakap dengan suami saya, tolonglah elakkan dari berkawan rapat
dengan orang mcm ni. Dia cuma gunakan kita untuk kepentingan diri dia
sendiri sahaja.

Saya bertambah sakit hati lagi, dia boleh bercerita dengan suami saya
nak berkahwin lagi seorang dan ada dia nyatakan sebab nak berkahwin.
Tentulah dia ada buruk2kan isteri dia juga.

Tapi perempuan2 marerialistik takkan nampak, dia sangat PLASTIK dalam
FB. Asal nampak lelaki naik kereta hebat nak sapu, asal nampak macam
berduit nak kawin. Hanya isteri dia sahaja yang tau berapa yang ada
dalam poket suami dia, apa harta benda yang dia ada.

Family dia selalu keluar masuk hospital, Kesian isteri dia, baru keluar
hospital sebab ada masalah kesihatan, begitu juga anak2 dia yang lain.

Lagi beberapa bulan kami akan berpindah ke rumah baru. Kami harap
dapatlah jauhkan diri dari orang seperti ini yang sangat Plastik di mata
manusia.

Saya sudah nasihatkan suami saya supaya kurangkan berkawan dengan orang
seperti ini. Jangan kita menggalakkan dia buat perkara yang salah.
Totally salah. Hebat di FB, hakikatnya nothing.

Dia kerap bertanya mengenai rumah baru kami. Kami risau, kalau dia
datang sana dan ambil gambar di depan rumah kami.. dia akan claim lagi
itu rumah dia pula. Motor kami dia tak dapat pinjam mungkin salah
satunya ketinggian dia tidak mencukupi.

Ada satu posting di FB dia, dia letak sebuah rumah yang sangat cantik.
Di bahagian komen itu pun dengan yakin dia reply seperti rumah cantik
itu rumah dia. Kalau betul itu rumah dia alhamdullilah…

Ntahlah… Cukuplah dia claim kereta kami di Media sos**l itu kereta dia.
Dalam FB dia juga saya nampak Dia duduk di meja office menghadap
komputer dengan pakai baju kod, dengan caption,

‘Ramai orang diluar sana nak tau bagaimana saya boleh berjaya seperti
ini, diberinya tips2, bla…bla… ’. Pening kepala saya fikir orang2 macam
ni. Malu tau. Tak dapat apa2 kepuasan pun kalau buat macam ni.

Kepada sesiapa diluar sana yang ada perangai seperti ini, tolonglah
berubah. Nak BERJAYA bukan cara itu. Banyak lagi cara boleh berjaya.
Jangan menipu isteri, buat baik dengan isteri insyaAllah berjaya dunia
akhirat.

Sekian,

– Ketty (Bukan nama sebenar)

 

Kredit: IIUM Confessions

Tags: , , ,

Category: DUNIA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *