Redakah Aku Dengan Ujian Kecil Ini? | Assalamualaikum. Sebelum ini saya pernah menghantar tetapi mungkin admin belum approve. Tapi apa pun terima kasih sudi menyiarkan cerita saya ini. Apa yang saya ceritakan sekarang ini, Sebenarnya saya masih dalam kekeliruan. In shaa Allah, saya sentiasa berdoa pada Allah & istikrah untuk mendapat pertunjuk yang sebenarnya.
Saya mengenali suami 1 setahun sebelum mengahwininya. Dan perkahwinan
kami sudah menjangkau hampir 7 tahun. Kami belum dikurniakan zuriat, dan
mungkin saya sendiri yang tidak mahu zuriat dengan situasi yang saya lalui.
Suami tidak pernah meninggalkan nafkah nya pada saya walaupon gaji nya
kecil dari saya. Tanggungjawabnya terhadap saya tidak pernah terabai.
Apa saja duit yang dia ada, dia mesti akan memberi separuh pada saya.
Marilah kita mulakan cerita.
Beberapa bulan sebelum berkahwin dengan suami, ada hamba Allah menelepon
saya memberitahu, bakal suami saya sangatlah rapat seorang perempuan
yang bernama ‘A’, adakalanya mereka berjumpa dan memberi handphone
nombor ‘A’ pada saya.
Sebenarnya, saya pernah mendengar cerita ‘A’ dari bakal suami saya yang
dia mengenal ‘A’ dari reunion sekolah di Darul Makmur dan dia sudah
berkahwin.
Bakal suami hanya menolong ‘A’ untuk membeli mesin dobi. Bakal suami dan
‘A’ adalah ahli Committee reunion dan member group redang trip bagi
reunion mereka.
Berbalik pada hamba Allah tersebut, setelah mengambil nombor ‘A’, saya
terus menelepon ‘A’ dan dia terkejut. Saya menanyakan apa hubungan dia
dengan bakal suami, ‘A’ agak terkejut, tapi dia cakap hanya kawan.
Saya juga menelepon bakal suami untuk bertanya yang sama, dan saya
memberi kata putus, sama ada putus hubungan dengan ‘A’ atau saya.
Akhirnya, bakal suami membuat keputusan untuk berkahwin dengan saya dan
berjanji untuk memutuskan hubungan dengan ‘A’.
Setelah 2 minggu berkahwin dan inai masih dijari, tiba-tiba sesuatu
berlaku. Pada satu malam, hati saya agak tak keruan, suami asyik balik
lewat malam hingga 2-3 pagi dan bermula la pergaduhan malam tu.
Hendak diceritakan, pada pagi selepas pergaduhan kami, suami tertinggal
handphone dia, dan, tiba-tiba ‘A’ menelepon handphone suami.
YA Allah, saya terkejut. Terus saya menjawab dan memberitahu yang saya
sudah berkahwin dengan suami. ‘A’ memberitahu saya yang dia sudah
bercerai dan mempunyai 3 orang anak dan dia ingatkan suami saya tidak
jadi berkahwin dengan saya
A’ berjumpa face to face dengan suami dan saya. dan ‘A’ memberitahu yang
dia akan berhenti semua perhubungan mereka selepas ini.
Tapi saya b***h sangat, percaya sebulat-bulatnya. Sebenarnya mereka
tidak pernah putuskan hubungan hanya sebalik lakonan didepan saya sahaja.
Bermula la episode rollercoaster marriage saya di sini..
Setiap tahun, setiap bulan pasti ada cerita atau terkantoi yang suami
masih berjumpa dengan ‘A’. Si ‘A’ bukannya duduk di negeri yang sama
dengan kami. Tapi suami yang angau dengan ‘A’ sanggup berbohong pada
saya, asalkan dapat berjumpa dengan ‘A’.
Tahun 2016, dalam bulan puasa setelah setahun berkahwin ketika itu suami
kantoi yang dia hendak pegi berjumpa ‘A’ di negeri Darul makmur untuk
berbuka puasa bersama melalui handphonenya. Dan saya ditakliqkan jatuh
talak kalau buka handphone suami lagi.
Tetapi saya masih lagi bersabar dengan suami kerana sayang pada suami.
Bermacam telah berlaku, ada yang tidak senonoh pon ada.. dan bermacam
perkara telah terkantoi dan bermacam-macam la ugutan yang saya berikan
pada ‘A’ dan pergaduhan saya lalui, menjerit, menangis.
‘A’ pernah datang rumah saya, pukul kepala saya selepas saya ugut dengan
bende-benda yang tak senonoh dia lakukan. Tetapi macam tak diendah
langsung oleh ‘A’ ni.
Suami saya, memang saya salahkan dari awal lagi since dia sendiri yang
carik pasal dan gatal dan bebal. Tapi si ‘A’ umpama tak heran dengan
segala ugutan saya berikan.
Bila disuruhkan, ‘A’ tak nak pulak kawin dengan suami siap memberi
alasan, kena tanya abang, anak-anak macam macam lah alasan nya.
Dan pada satu hari, tiba-tiba saya ternampak message dari ‘A’ di
handphone suami saya, dan akhirnya saya terus buka handphone saya, terus
menelepon ‘A’ dan suami yang saya melanggar takliq suami dan waktu tu
rasa puas hati sangat.
So Mahkamah mengesahkan langgar takliq dan saya telah dijatuhkan talak
1, kerana dengar sengaja melanggar takliq itu. Tetapi, dalam masa 1
jam, tiba-tiba, kami rujuk kembali. Pelikkan saya ni.
Suami berjanji untuk berubah. Dan ‘A’ menelepon saya yang dia sudah
rujuk semula dengan bekas suaminya demi anak-anak.
Fast forward, sebenarnya hingga sekarang, suami tidak pernah putus
hubungan dengan ‘A’. Dan ‘A’ juga masih melayan suami saya samada di
wassap atau video call.
Walhal, ‘A’ sudah pun rujuk semula dengan bekas suami nya iaitu seorang
assistant jurulatih skuad bola sepak negeri dan contractor yang berjaya.
Malah kehidupan ‘A’ semakin mewah dan ‘A’ diberikan sebuah mercedenz
untuk digunapakai.
Yang pelik, Suami ‘A’ ni macam tidak pernah syak apa-apa tentang isteri
nya. Mungkin ‘A’ pun agak licik. ‘A’ ini agak cantik dan bergaya agak
high maintenance, yang saya pasti bila semua lelaki akan tertarik
melihat dia.
Kalau hendak dibandingkan dengan suami saya dan saya, hmmmm.. kami
sekadar cukup pakai, susah senang kami tanggung bersama-sama.
Mertua tahu tak? of course mertua tahu kisah ini kerana suami pernah
memberitahu yang suami tidak pasti hendak berkahwin dengan saya atau ‘A’.
Awal-awal krisis yang saya alami, mertua memang tak sukakan ‘A’, tetapi
tiba-tiba boleh menerima ‘A’ selalu datang rumah mertua ‘A’ diam diam
dibelakang saya.
Adik ipar saya boleh defend ‘A’ mengatakan ‘A’ tetamu mereka dan harus
la mereka melayan tetamu. Pelikkan, ‘A’ datang rumah mertua bertemankan
suami saya sendiri.
Cerita ini terkantoi apabila makcik suami yang bocorkan rahsia. Tetapi
mertua saya umpama tarbiahkan saya yang, hal rumahtangga biar pecah
diperut, tapi bukan dimulut. Sentap , dan sampai hari ini saya malas nak
jumpa keluarga mertua saya.
So baru baru ini, terkantoi lagi cerita yang sama, suami dan ‘A’ masih
berwassap dan video call, tetapi suami delete semua message mereka. Dan
yang paling terkejut, ‘A’ meminjam duit dari mertua saya’.
Akhirnya terjawab persoalan saya mengapa mertua tidak marah bila suami
saya berkawan dengan ‘A’ dan mertua saya pon, memandang kebendaan.
Dan suami masih lagi insist yang mengatakan dia hanya berkawan dengan
‘A’ saja. Suami macam biasa, pelakon hebat, masih menidakkan lagi,
walaupon bukti ada.
Saya menyatakan kalau berkawan mengapa hari-hari mesti berwassap dan
video call? umpama ‘A’ ni isteri kedua atau girlfriend nak kena update
setiap hari apa yang suami buat pada saya. Suami hanya diam.
Keadaan saya sekarang ini, sudah hampir 3 minggu, terkantoi, saya sudah
malas untuk bergaduh seperti dulu , apatah lagi untuk menepon ‘A’ untuk
marah-marah. Malas, buang masa saya.
Saya banyakkan diam berbanding dahulu, yang saya agak aggresive
mengalami gangguan emosi.
Perasaan saya? sayang ada mungkin hanya sisa sayang sahaja, tetapi lebih
banyak rasa kasihan pada suami kerana leka dengan dunia dengan ‘A’.
In Shaa Allah, Saya kuat dengan dugaan ni, saya dah tak de air mata
keluar untuk rasa kecewa pada untuk Suami, ‘A’ dan mertua saya. Saya
lepaskan segala-gala perasaan marah yang terpendam, saya maafkan mereka.
Sekarang ni, saya banyakkan doa pada Allah, dan bersyukur pada Allah
ditunjukkan apa yang terjadi dibelakang saya, masih lagi solat istikarah
memohon doa untuk keluar dari kesulitan ini. Mungkin dengan mencari
lawyer dapat mengeluarkan saya dari kesulitan ini.
Mungkin pada setengah pembaca mengatakan buang sajalah, lepaskan lah
semua, tapi, pada yang pernah melalui atau hampir sama cerita ini,
mungkin akan mengalami perasaan yang sama.
Pada yang membaca, mungkin rasa saya b***h, tetapi percaya la, saya tau
saya dipergunakan atau diperb***hkan dalam game ini. Cuma, saya masih
belum kuat untuk keluar dari kesulitan ini.
Boleh jadi apa yang saya tak suka ini buat saya dekat pada Allah,
mungkin itu sebenarnya yang Allah nak untuk saya. Entah lah, saya masih
lagi keliru. Yang pasti apa yang saya lalui ini adalah terbaik daripada
Allah. Mungkin, saya sudah redha dengan ujian kecil ini.
Doakan saya ye. Doakan yang terbaik untuk kehidupan saya.
– Sofia yang keliru (Bukan nama sebenar)
Kredit: IIUM Confessions