Beribu-ribu penduduk di Victoria, Australia telah hilang tempat tinggal akibat banjir yang berlarutan di negeri itu.

Ketua Menteri Victoria, Daniel Andrews mengesahkan seramai 11,000 mangsa telah memohon bantuan, lapor Agensi Anadolu, memetik ABC News.

“Insiden ini telah menjejaskan puluhan ribu orang,” katanya.

Banjir itu turut menyebabkan rumah dan jalan raya rosak serta menjejaskan sistem kuasa di beberapa kawasan di negeri ini memberikan impak yang buruk kepada penduduk yang terjejas dengan banjir ini.

HARTA benda penduduk yang rosak akibat banjir di Maribyrnong, Melbourne. FOTO EPA.

Menurut kerajaan negeri, lebih 10,000 kerja-kerja pembaikan jalan raya telah dilaksanakan. Manakala 359 jalan raya di negeri ini masih ditutup dan 1,860 kediaman terputus bekalan elektrik. Terdapat banyak harta benda penduduk yang rosak di tepi jalan.

Barang-barang yang terjejas memenuhi tepi-tepi jalan menyebabkan kerja-kerja pembersihan mengambil masa yang lama.

Sampah-sampah yang banyak dan fasiliti-fasiliti yang rosak akibat dibawa oleh air banjir menyebabkan kos pembaikan dan pembersihan meningkat.

Kerajaan negeri juga mengumumkan peruntukan AUD$351 juta (AS$218 juta) bagi membantu komuniti yang terjejas banjir . Selain itu, AUD$165 juta (AS$102 juta) akan dibelanjakan untuk kerja-kerja pembaikan jalan dan pembersihan.

Sementara itu, Perdana Menteri Anthony Albanese turut melawat kawasan yang terjejas di Victoria dan New South Wales.

Pada Ahad, Victoria melaporkan korban pertama akibat banjir membabitkan seorang lelaki berusia 71 tahun yang ditemukan mati di rumahnya.

Tiga negeri iaitu Victoria, New South Wales dan Tasmania di bawah amaran banjir berikutan hujan lebat melanda kawasan tenggara minggu ini.

Krisis itu berlaku selepas banjir melanda pantai timur pada Mac dan April hingga mengorbankan lebih 20 nyawa.

Selain itu, Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese memberi amaran keadaan di kawasan yang dilanda banjir masih berbahaya, dengan hujan lebat dijangka berterusan hujung minggu ini. Victoria merupakan negeri paling teruk terjejas selepas banjir mula melanda minggu lepas setakat ini.

DiharapkanĀ  orang ramaiĀ  dapat menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir yang sudah terjejas akibat banjir besar yang berlaku di Australia.

 

Sumber : Harian Metro , Astro Awani

Share.

Leave A Reply