13 Gambar Gunung Emas Muncul Dari Sungai Furat | Baru ni ramai terkejut bila melihat beberapa keping gambar tentang munculnya gunung emas dari Sungai Furat. Admin yang tengah breakfast sarapan di tempat best Kedah ni pun rasa pelik bila tengok gambar-gambar tu. Adakah sudah sampai antara tanda-tanda akhir zaman?

PENGENALAN SUNGAI FURAT

Umum mengetahui bahawa salah satu tanda dekatnya hari kiamat adalah bila keringnya air di Sungai Furat. Di manakah Sungai Furat ini?

Gunung Emas Sungai Furat

Berdasarkan kepada informasi daripada Wikipedia memberitahu bahawa Sungai Furat atau dikenali juga sebagai Sungai Eufrat mempunyai kepanjangan sejauh 2,800 kilometer. Sungai ini adalah salah satu daripada dua bahagian sistem sungai Tigris-Eufrat yang terletak di 3 buah negara (Turki, Iraq dan Syria).

Perjalanan Sungai Furat ini menaik sehingga ke Turki dan mengalir ke tenggara merentasi Syria dan melalui Iraq. Sungai Furat ini terbentuk menerusi pertemuan Sungai Karasu dan Murat di Tanah Tinggi Armenia, Eufrat menuruni antara banjaran utama Pergunungan Taurus ke dataran tinggi Syria.

GAMBAR-GAMBAR YANG TERSEBAR DI INTERNET

Berikut merupakan gambar-gambar gunung emas yang muncul di Sungai Furat yang bukan sahaja menggemparkan penduduk setempat, tetapi juga kepada seluruh komuniti online di seluruh dunia.

Gunung Emas Sungai Furat

Gunung Emas Sungai Furat

RUPANYA GAMBAR AI MIDJOURNEY

Kalau kita tengok secara terperinci gambar-gambar yang tersebar tentang munculnya Gunung Emas dari Sungai Furat ini, terasa macam tak kena. Ada beberapa penduduk bentuk badannya senget ke kiri dan ke kanan. Selain dari itu, ada banyak pula manusia yang tampak cacat.

Bila tengok betul-betul, muka wajah penduduk kampung yang kononnya sedang mengambil emas tu tidak jelas. Ternyata selepas diperiksa, ternyata semua gambar-gambar ini telah dihasilkan dari teknologi Artificial Intelligence (AI) Mid Journey.

Namun demikian, admin mengucapkan syabas kepada individu yang menghasilkan gambar-gambar ini. Kenapa? Ia telah memberi gambaran kepada kita tentang mungkin beginilah yang bakal berlaku bila Sungai Furat itu betul-betul kering dan gunung emas muncul dari dasarnya. Dan ini disebut dalam hadis akhir zaman.

“Tidak terjadi Hari Kiamat itu sehingga Sungai Furat menjadi surut airnya sehingga ternampak sebuah gunung daripada emas. Ramai orang berperang untuk merebutkannya. Maka terbunuh sembilan puluh sembilan daripada seratus orang yang berperang. Dan masing-masing yang terlibat berkata ‘mudah-mudahan akulah orang yang terselamat itu.” (Hadis Riwayat Muslim, No 5152)

Hadis ini jelas memberi gambaran bahawa perebutan bukit emas itu akan berlaku dan pertumpahan darah yang dahsyat akan terjadi kerana mahu merebut kekayaan berkenaan. Rasulullah SAW dalam hadis di atas menjelaskan bahawa daripada 100 orang yang bertempur, 99 orang akan mati dan hanya seorang saja yang hidup.

Allahuakbar. Semoga kita semua terlepas dari fitnah akhir zaman ini. Amin.

Kredit Gambar-Gambar : Kata Hati Media

Share.

Leave A Reply