13 Tempat Makan Best Sarapan Di Bandar Baru Bangi, Selangor | Apa yang menarik daripada Bangi ini? Lokasinya juga sangat strategik kerana berdekatan dengan beberapa bandar lain yang meningkatkan pesonanya. Bandar ini dahulu hanyalah sebuah ladang kelapa sawit. Bangi juga terdapat banyak port-port makan yang viral di media sosial sekarang ni.

Tak tahu nak makan dan cari kedai untuk sarapan di Bandar Baru Bangi? Di bawah merupakan 13 tempat makan best untuk anda sarapan di Bandar Baru Bangi, Selangor yang boleh korang kunjungi. Nikmati hidangan sarapan yang pelbagai, direka khas untuk memuaskan selera anda.

 

1. KEDAI KOPI TEPIAN BANGI – SARAPAN

Kedai Kopi Tepian Bangi terletak di Seksyen 4, Bandar Baru Bangi, berhampiran dengan sempadan Kajang menuju ke Downtown Bangi. Salah satu ciri istimewa kedai kopi ini adalah pelbagai kuih Melayu yang enak dan hidangan Roti Bakar yang lezat di waktu pagi, disajikan bersama Nasi Lemak yang menggugah selera. Korang wajib datang untuk mencuba menu sarapan pagi mereka.

Berminat untuk berkunjung dan sarapan di sini? Lokasi kedai ini terletak di No. 44, Jalan 4/11, Seksyen 4 Tambahan Bandar Baru Bangi, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor. Kedai ini beroperasi pada setiap hari pada pukul 7 pagi sehingga 2 pagi. Sebarang pertanyaan atau anda ingin membuat tempahan, anda boleh hubungi di no tel:  03-8912 1562.

 

2. KAFE KEBUN PUISI – SARAPAN

Kafe suasana kebun dan ada boleh breakfast sambil relaxkan minda sambil pekena kopi. Makanan pun sedap. Tempat yang selesa untuk sarapan atau brunch, dikelilingi oleh hijauan yang subur dan nuansa kampung. Harga makanan agak premium tetapi lazat. Terdapat seni mural yang menarik dengan banyak tempat menarik untuk yang suka bergambar.
Di samping itu, bagi peminum kopi yang enthusias, sila ke gerai di sebelah kiri, “Rumah Ireng”. Kopi disediakan dengan baik dan mempunyai cita rasa yang sepadan dengan biji kopi yang digunakan. Mereka juga menyediakan roti panggang.

Berminat untuk berkunjung dan sarapan di sini? Lokasi kedai ini terletak di Lrg Tepi Sungai 1, Kampung Batu Lima Bangi, 43000 Kajang, Selangor. Kedai ini beroperasi pada hari  Sabtu dan Ahad sahaja pada pukul 8 pagi sehingga 6 petang. Sebarang pertanyaan atau anda ingin membuat tempahan, anda boleh hubungi di no tel: 60 18-261 9410.

TIKTOK PAGE: https://www.tiktok.com/@kopisuratcinta

INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/kafekebunpuisi/

 

3. PAGI PLACE – SARAPAN

Merasa seperti sarapan di rumah sendiri. Staff yang baik dan ramah. Kawasan kedai yang bersih dan terletak di kawasan perumahan tetapi kerana ia berada di hujung blok, anda boleh dengan mudah meletakkan kereta berhampiran. Kopi mereka merupakan salah satu menu popular, rasanya enak dengan seni latte yang cantik.

Keju panggang dengan sup tomato adalah yang TERBAIK di sini! Penuh dengan keju, dengan sedikit pasta bawang putih di tengah dan wanginya sungguh harum! Nasi lemak dan sandwich mereka juga sedap dan berbaloi jika anda datang sarapan di sini.

Berminat untuk berkunjung dan sarapan di sini? Lokasi kedai ini terletak di Lrg Tepi Sungai 1, Kampung Batu Lima Bangi, 43000 Kajang, Selangor. Kedai ini beroperasi pada hari  Sabtu dan Ahad sahaja pada pukul 8 pagi sehingga 6 petang. Sebarang pertanyaan atau anda ingin membuat tempahan, anda boleh hubungi di no tel: 60 18-261 9410 atau boleh terus email di [email protected].

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/pagi.place/

INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/pagi.place/?hl=en

 

4. RESTORAN 3RAHSIA – SARAPAN

Tempat yang baik untuk sarapan. Kalau korang datang ke sini korang wajib mencuba Nasi Lemak Ayam Goreng dan Roti Kaya mereka. Mereka juga ada menawarkan 20% diskaun jika anda seorang pelajar. Tunggu apa lagi, datanglah beramai-ramai ke sini. Cashier mereka juga ramah dan mesra.

Berminat untuk berkunjung dan sarapan di sini? Lokasi kedai ini terletak di 11-GF, Jalan 15/1d, Seksyen 15, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor. Kedai ini beroperasi pada hari Isnin sahaja pada pukul 8 pagi sehingga 6.30 petang.

INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/3rahsia/

 

5. ROTI CANAI D’BUKIT – SARAPAN

Penggemar roti canai dan kari kambing wajib singgah ke sini jika nada datang ke Bangi. Roti yang lembut dan kuah kambing yang padu. Boleh cuba disini untuk sarapan pagi, cuma tapak parkir yang agak terhad jika terlampau ramai pelanggan. Walaupun satay bukan menu utama di situ tetapi tetap mendapat sambutan yang hangat oleh pengunjung yang datang. Korang dah tak perlu pergi ke Kajang kalau nak cari satay yang sedap.

Berminat untuk berkunjung dan sarapan di sini? Lokasi kedai ini terletak di Jalan selaman, 43000 Bangi, Selangor. Kedai ini beroperasi pada hari Isnin sahaja pada pukul 6.30 pagi sehingga 12 tengah hari. Sebarang pertanyaan atau anda ingin membuat tempahan, anda boleh hubungi di no tel:  011-2907 4414.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/roticanaidbukitofficial/

 

Buat masa ini kami hanya menjumpai 5 tempat makan best sarapan di kawasan Bandar Baru Bangi ini. Jika anda ada maklumat terkini atau inginkan premis anda dimasukkan dalam senarai ini, boleh hubungi kami (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk kemaskini maklumat ini. Terima kasih. Dah baca tu, jangan lupa untuk kongsikan ye. Selamat menjamu selera. Adios !

Share.

Leave A Reply