13 Kafe Menarik Untuk Dikunjungi di Alor Setar, Kedah | Khalifah Media Networks – Alor Setar yang berada di bahagian utara ini adalah ibu negeri bagi negeri Kedah, Malaysia. Alor Setar memiliki warisan sejarah dan juga kaya dengan budaya. Walaupun Alor Setar ini popular dengan daya tarikan pelancongan tetapi ia juga cukup kaya dengan pelbagai tempat menarik untuk anda bersantai santai.

Anda mencari kafe untuk melepak bersama kawan kawan atau keluarga tersayang tapi tak tahu dekat mana?  Jangan risau, bagi memudahkan anda, kami bawakan kepada anda 13 senarai kafe menarik yang anda boleh kunjungi di Alor Setar, Kedah ini.

 

1. CAFFE DIEM – KAFE

Anda buntu nak pergi kafe yang mana satu? Jangan risau, anda boleh cuba kunjung ke Caffe Diem ini. Caffe Diem adalah salah sebuah kafe yang paling popular dalam kalangan penduduk setempat. Dekat sini, mereka membawakan kepada anda pengalaman kafe yang tidak dapat dilupakan dengan hidangan, suasana dan perkhidmatan yang terbaik. Rata-rata sangat lah berpuas hati hingga kafe ini mendapat catatan 4.4 star di Google. Jadi kalau anda singgah disini, boleh lah cuba Smoked Duck Spaghetti, Chicken Chop, Cabonara sambil menikmati suasana yang menenangkan disini.

Lokasi ini di 44, Jalan Penjara Lama, Bandar Alor Setar, 05000 Alor Setar, Kedah dan dibuka setiap hari pada 12 tengah hari hingga 12 tengah malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel: 04-7308895.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/diemcaffe/

 

2. KOPI KAFE – KAFE

Inginkan tempat yang bagus bersama rakan dan juga seisi keluarga? Persoalan anda bakal dijawab di Kopi Kafe ini. Kopi Kafe ini adalah sebuah kafe yang berjaya mendapat tempat di dalam hati para pengunjung disini. Walaupun kafe ini tidak sebesar seperti kafe yang lain tetapi ia mampu memberikan pengalaman terbaik untuk anda. Disini, anda boleh menikmati secawan kopi asli dengan tenang. Harga cukup berbaloi dan perkhidmatan disini pun terbaik. Tak percaya? Anda boleh lihat dan cuba sendiri. Memang terbaik!

Lokasi kafe ini di 175, 256, Hutan Kampung, 05460 Alor Setar, Kedah dan dibuka setiap hari pada 3 petang hingga 11 malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel: 04-7374599.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/kopikafe.aor/

INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/kopikafe.aor/

 

3. BITE N SIP -KAFE

Kalau anda terasa lapar, boleh lah singgah di Bite n Sip ini. Dekat sini, mereka ada menawarkan pelbagai hidangan western yang lazat untuk anda rasai. Rata rata pelanggan yang pernah makan disini memberikan reaksi terhadap hidangannya yang cukup memukau. Antara menu yang popular disini ialah Salted Egg Chicken Spaghetti, Spicy Buttermilk Chicken Pasta dan Matcha Latte. Pasti anda suka dengan kelazatannya tambah tambah lagi harga yang ditawarkan pun cukup. Jadi, tunggu apa lagi. Selamat mencuba!

Lokasi Bite n Sip ini di No 22, kompleks perniagaan LITC , Jalan LITC, 3, Jalan Putra, 05150 Alor Setar, Kedah dan dibuka setiap hari kecuali Sabtu pada 12:30 tengah hari hingga 10 malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel: 017-4294321. 

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/biteandsipp/

INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/biteandsipp/

 

4. PNC PA NAMAA COFFEE ALOR SETAR (PANAMA KOPI) -KAFE

Anda peminat kopi dan juga pastri sambil menikmati suasana yang indah? PNC Pa Namaa Coffee Alor Setar adalah tepat untuk anda. PNC Pa Namaa adalah salah satu port yang menarik untuk anda cuba disini. Suasana kafe disini cukup tenang dengan estetik kafe dimana membangkitkan nostlagia dengan kehadiran kerusi dan meja kayu zaman persekolahan. Malah disini terdapatnya buku tentang Kopi, congkak dan permainan lain yang boleh mengimbau kembali kepada zaman kanak kanak. Kafe ini menyediakan ruang melepak yang sempurna dan membolehkan anda menikmati hirupan Kopi, Choc Roll, Chocolate Croffle, Beef Lasagna sambil berbual. Nampak menarik bukan? Jadi, boleh lah anda singgah disini dan rasai sendiri.

Lokasi Panama ini di 10-A, Lorong Putih 9, Taman Rakyat Mergong, 05150 Alor Setar, Kedah dan dibuka setiap hari pada 8 pagi hingga 10:30 malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel: 019-9000426.

 

5. BITTER CAFE – KAFE

Ini bukan sebarang Bitter Cafe tapi kafe ini bakal mencuri hati anda. Bitter Cafe ini bukan sahaja menyediakan banyak jenis kopi tetapi mereka juga ada makanan Western yang anda boleh dapatkan. Pasti anda akan menyukainya kerana portion disini cukup besar dan harga pun cukup mampu milik. Antara menu yang anda boleh cuba disini ialah Spicy Tomyam Spaghetti, Chicken Black Pepper, Chicken Chop, Lemon Tea dan Halzenut Latte. Selamat mencuba!

Lokasi Bitter Cafe ini di 921, Ground Floor, Jalan Sultan Badlishah, Bandar Alor Setar, 05000 Alor Setar, Kedah dan dibuka setiap hari kecuali Sabtu pada 1 petang hingga 10 malam manakala hari Jumaat dibuka pada 3:30 petang. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel: 017-6117116.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/bittercafealorsetar/

INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/bittercafe_alorsetar/

 

Sekarang ni, kami hanya jumpa empat kafe menarik di daerah Kota Setar ini. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam article ini, sila hubungi kami di (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk penambahan kafe best di Alor Setar ini. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!

Share.

Leave A Reply