13 Kafe Menarik Untuk Dikunjungi di Bachok, Kelantan | Khalifah Media Networks – Bachok, sebuah daerah yang berada di negeri Kelantan. Daerah ini adalah salah satu daerah daripada 10 jajahan pentadbiran negeri Kelantan yang terdiri daripada Kota Bharu, Pasir Mas, Tumpat, Pasir Puteh, Bachok, Kuala Krai, Machang, Tanah Merah, Jeli dan Gua Musang. Bachok amatlah popular sebagai sebuah perkampungan nelayan. Jadi tidak hairan mengapa Bachok banyak tempat makan best terutamanya seafood. Bukan setakat itu sahaja, bandar ini juga mempunyai kafe kafe yang menarik.
Anda mencari kafe untuk melepak bersama kawan kawan atau keluarga tersayang tapi tak tahu dekat mana? Jangan risau, bagi memudahkan anda, kami bawakan kepada anda 13 senarai kafe menarik yang anda boleh kunjungi di Bachok, Kelantan ini.
1. IRAMA ESPRESSO – KAFE
Ini bukan sebarang irama tetapi irama yang bakal memikat hati anda. Kalau nak tahu, Irama Espresso adalah sebuah kafe terbaik untuk peminat tegar minuman kopi. Ini kerana dekat sini, mereka ada menyediakan banyak jenis Kopi Espresso yang dibrew segar. Sememangnya terbaik. Bukan setakat itu sahaja, kafe ini juga adalah antara pilihan terbaik bagi sesiapa yang ingin healing. Suasana dan perkhidmatan disini cukup sedap mata memandang dan terbaik!. Harga yang ditawarkan pun cukup mampu milik. Jadi kalau anda ada lalu disini, jangan segan silu untuk mencubanya. Pasti anda akan suka punya…
Lokasi kafe ini Jalan Pantai Irama, 16300 Bachok, Kelantan dan dibuka setiap hari pada 10 pagi hingga 11 malam kecuali Jumaat pada 3 petang. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel: 016-6632717.
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/iramaespressocafe/
INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/iramaespresso/
2. KUCA KOPI KAFE – KAFE
Walaupun kafe ini tidak sebesar kafe yang lain tapi siapa sangka ia mampu memberikan pengalamannya yang setaraf dengan kafe besar yang lain. Untuk pengetahuan anda, Kuca Kopi Kafe adalah sebuah hidden kafe yang bukan sahaja menghidangkan minuman kopi. Tetapi ia juga menghidangkan makanan Western yang terbaik di daerah Bachok ini. Antara menu yang anda patut cuba ialah Salted Egg Pasta, Ice Caramel Machiato, Chicken Chop, Aglio Oglio dan Bolognese Pasta. Pasti anda akan suka punya. Jadi, tunggu apa lagi. Selamat mencuba!
Lokasi Kuca Kopi Kafe ini di Kedai Runcit Kg Badak, Sebelah, Jalan Kampung Badak, 16300 Bachok, Kelantan dan dibuka setiap hari kecuali Sabtu pada 1 petang hingga 9:30 malam manakala hari Jumaat dibuka pada 2:30 petang hingga 10 malam.
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/KucaKopiKafe/
3. CIK KOPI CAFE – KAFE
Masih ragu ragu dengan dua kafe diatas? Jangan risau, anda boleh ke Cik Kopi Cafe ini. Cik Kopi Cafe juga adalah salah satu hidden cafe yang pasti akan membuatkan anda jatuh cinta melihatnya. Lebih lebih suasana disini cukup cantik dihiasi dengan kelipan lampu malam dan dinding kayu. Bukan setakat itu sahaja, walaupun kafe ini kecil tapi ia mampu memberikan perkhidmatan setaraf dengan kafe besar yang lain. Kalau anda ada dekat sini, boleh lah cuba Popia Begedil yang ranggup, Salted Egg Chicken dan Buttermilik Chicken yang cukup mengiurkan. Nampak menarik bukan? Jadi, tunggu apa lagi. Rasanya sekarang pengalamannya.
Lokasi ini di 16310 Bachok, Kelantan dan dibuka setiap hari kecuali Khamis pada 12 tengah hari hingga 10 malam manakala hari Jumaat pada 3 petang hingga 11 malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel: 014-8830968
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/p/Cik-Kopi-Cafe-100084238057923/
Sekarang ni, kami hanya jumpa tiga kafe menarik di daerah Bachok ini. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam article ini, sila hubungi kami di (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk penambahan kafe best di Kota Bharu ini. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!