13 Kafe Menarik Untuk Dikunjungi di Batu Gajah, Perak | Khalifah Media Networks РBatu Gajah adalah sebuah bandar di negeri Perak dan berhampiran dengan bandar raya Ipoh, Tanjung Tualang, Simpang Pulai dan lain-lain. Bandar ini unik dari segi sejarah dan juga daya tarikannya. Seperti bandar yang lain, Batu Gajah juga mempunyai tempat bersantai santai untuk anda kunjungi.

Anda mencari kafe untuk melepak bersama kawan kawan atau keluarga tersayang tapi tak tahu dekat mana?  Jangan risau, bagi memudahkan anda, kami bawakan kepada anda 13 senarai kafe menarik yang anda boleh kunjungi di Batu Gajah, Perak ini.

 

1. HICOFFEEBRO – KAFE

Anda suka minum kopi dan suka berootd? Kalau jawapan anda ‘Ya’, maka HiCoffeeBro adalah jawapan untuk anda. HiCoffeeBro adalah sebuah kafe viral dengan keindahan suasana disini. Dekat sini, anda boleh dapatkan bermacam macam jenis minuman dan juga pencuci mulut dengan harga yang cukup berbaloi. Antara menu yang anda boleh dapatkan ialah Milky Custard, Sangkaya Unicorn, Cromboloni Pistachio Matcha, Garlic Bread, Rock Salted Caramel dan banyak lagi. Sememang best! Lagi lagi bagi yang ingin healing atau bersantai santai bersama kawan. Cantik pun cantik, tenang pun tenang. Tak percaya? Cubalah rasai sendiri pengalamannya.

Lokasi HiCoffeebro ini di Jalan Sungai, Kampung Sungai Terap, 30200 Batu Gajah, Perak dan dibuka setiap hari pada 4:30 petang hingga 12 tengah malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel: 019-6082846.

TIKTOK PAGE: https://www.tiktok.com/@hicoffeebro

 

2. KOPI & PANCING – KAFE

Anda ingin melepak tapi tak tahu dekat mana yang best? Jangan risau, anda boleh ke Kopi & Pancing ini. Kalau nak tahu, Kopi & Pancing ini adalah salah satu hidden gem yang masih ramai tak tahu lagi. Apa yang menarik dekat sini ialah mereka ada menyediakan pelbagai series minuman yang anda boleh dapatkan. Antaranya Non Coffee Series, Frappe Series, Refreshing Series dan Coffee Series. Pasti anda akan suka punya kerana harga yang ditawarkan pun cukup berbaloi dengan saiz minuman. Bukan setakat itu saja, suasana disini juga cukup menenangkan lebih lebih lagi pada waktu malam. Fuh, memang syahdu. Jadi, tunggu apa lagi. Selamat mencuba!

Lokasi Kopi & Pancing ini di Lot 1, Laman Local Agenda, 21, Jalan Pasar, 31000 Batu Gajah, Perak dan dibuka setiap hari pada Ahad hingga Khamis pada 3 petang hingga 11 malam manakala Jumaat dan Sabtu ditutup pada 12 tengah malam.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/KOPIXPANCING/

TIKTOK PAGE: https://www.tiktok.com/@kopixpancing

 

3. BIG PORTION – KAFE

Anda selalu tak puas hati dengan saiz portion? Jangan risau, Big Portion ini pasti akan dapat memuaskan hati anda. Untuk pengetahuan anda, Big Portion adalah salah sebuah kafe yang cukup popular dalam kalangan penduduk setempat di Batu Gajah ini. Seiring dengan namanya, mereka disini menjanjikan portion hidangan yang cukup besar. Memang puas lah orang kata lagi lagi buat seorang big eater. Antara menu yang anda boleh dapatkan ialah Chicken Grill Cheese, Beef Bolognese, Chicken Burger, Lamb Chop, Hawaaiian Pizza, Super Supreme Pizza dan banyak lagi. Harga yang ditawarkan pun cukup mampu milik. Jadi, kalau anda ingin makan bersama keluarga atau kawan kawan. Boleh lah cuba disini. Puas…

Lokasi kafe ini di Jalan Taman Tasik Permai, Kampung Sungai Terap, 31000 Batu Gajah, Perak dan dibuka setiap hari kecuali Ahad pada 4 petang hingga 11:30 malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel: 017-4660657.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/officialbigportion/

 

Sekarang ni, kami hanya jumpa tiga kafe menarik di daerah Batu Gajah ini. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam article ini, sila hubungi kami di (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk penambahan kafe best di Parit Buntar ini. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!

Share.

Leave A Reply