13 Kafe Menarik Untuk Dikunjungi di Changlun, Kedah | Khalifah Media Networks – Changlun adalah sebuah bandar kecil di daerah Kubang Pasu, Kedah. Bandar ini berdekatan dengan sempadan Thailand yang menjadi titik transit bagi pelancong yang bergerak antara Malaysia dan Thailand. Walaupun bandar ini kecil tetapi siapa sangka bandar ini juga ada pelbagai tempat menarik seperti kafe.
Anda mencari kafe untuk melepak bersama kawan-kawan atau keluarga tersayang tapi tak tahu dekat mana? Jangan risau, bagi memudahkan anda, kami bawakan kepada anda 13 senarai kafe menarik yang anda boleh kunjungi di Changlun, Kedah ini.
1. DEKUKIS CAFE – KAFE
Anda suka bersantai bersama kawan? Kalau jawapan anda ‘Ya’, anda boleh lah kunjung ke Dekukis Cafe ini. Dekukis Cafe adalah sebuah kafe simple yang terletak di kawasan Chalet. Kafe ini mendapat reaksi positif dalam kalangan penduduk setempat dan popular dengan kelazatan Popia Pisang dan Creampuff disini. Bukan setakat itu sahaja, kafe ini juga mempunyai kolam renang dibahagian tepi. Memang tenang lah orang kata. Berbaloi!
Lokasi Dekukis Cafe ini di Crystal Sintok Chalet, Dekukis Cafe, Batu 15, Jalan Sintok, Sintok, 06010 Changlun, Kedah dan dibuka setiap hari kecuali Selasa pada 12:30 tengah hari hingga 6:30 petang. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel: 011-65250220.
TIKTOK PAGE: https://www.tiktok.com/@dekukis.bits
2. CHUACHA – KAFE
Anda suka kek dan juga kopi? Chuacha adalah pilihan tepat untuk anda. Chuacha adalah sebuah kafe yang terletak di bahagian tepi restoran Kin Kin. Kafe ini menghidangkan pelbagai jenis kek seperti Rare Cheesecake, Kek Batik Biscoff Indulgence, Burnt Cheesecake, Pistachio Rare Cheesecake, Kek Batik Matcha Indulgence dan banyak lagi. Pasti anda akan menyukainya kerana kek disini sangatlah lembut, tidak terlalu manis dan cair di dalam mulut. Suasana disini pun cukup menawan lebih lebih lagi pada matahari terbenam. Tenang je rasanya. Tak percaya? Cubalah rasai sendiri pengalamannya.
Lokasi ini di Changlun – Kuala Perlis Hwy, Kampung Kubang Arang, 06050 Bukit Kayu Hitam, Kedah dan dibuka setiap hari kecuali Rabu pada 5 petang hingga 10:30 malam.
INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/atchuacha/
3. MCAFE CHANGLOON – KAFE
Ragu-ragu dengan kedua kafe diatas? Jangan risau, anda boleh kunjung ke Mcafe Changloon ini. McCafe adalah salah sebuah kafe ideal untuk anda melepak bersama kawan sambil menikmati secawan kopi. Dekat sini, mereka ada menyediakan bermacam jenis minuman dan makanan yang anda boleh dapatkan. Kesemuanya sedap. Harga yang ditawarkan pun cukup mampu milik. Jadi, tunggu apa lagi. Selamat mencuba!
Lokasi Mcafe ini di Jalan Teja 2, Taman Teja, 06010 Changlun, Kedah dan dibuka setiap hari pada 8 pagi hingga 10:30 malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel: 013-5838383.
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/people/M-CAFE/
4. LILY CAFE – KAFE
Kalau anda inginkan kafe yang mempunyai hidangan Western, anda boleh kunjung ke Lily Cafe ini. Lily Cafe ini bukan lah sebuah kafe yang asing lagi kerana ia amatlah popular bagi yang inginkan makanan Western, terasa panas ataupun ingin berehat. Anda pasti akan menyukai kerana portion hidangan disini cukup lah besar. Memang sesuai lah untuk seorang big eater. Bukan setakat itu sahaja, perkhidmatan disini pun cukup terbaik. Memang repeat lepas ni.
Lokasi Lily Cafe ini 140, TINGKAT BAWAH, Jalan Kempas 10, Taman Kempas, 06010 Changlun, Kedah dan dibuka setiap hari pada 12 tengah hari hingga 10 malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel: 04-9242828.
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/LilyCafeChanglun/
INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/lily_cafe_changlun/
Sekarang ni, kami hanya jumpa empat kafe menarik di daerah Kubang Pasu ini. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam article ini, sila hubungi kami di (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk penambahan kafe best di Changlun ini. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!