13 Kafe Menarik Untuk Dikunjungi di Langkawi, Kedah | Khalifah Media Networks – Langkawi ini  adalah daerah kepulauan di negeri Kedah. Pulau ini cukup popular sebagai destinasi utama para pelancong tidak kira dalam ataupun luar negara kerana pulau ini cukup kaya dengan keindahan semula jadi dan lagenda masa silam. Walaupun pulau ini popular dengan tarikan pelancongan, pulau ini juga mempunyai tempat yang menarik untuk anda singgah  salah satunya seperti kafe.

Anda mencari kafe untuk melepak bersama kawan kawan atau keluarga tersayang tapi tak tahu dekat mana?  Jangan risau, bagi memudahkan anda, kami bawakan kepada anda 13 senarai kafe menarik yang anda boleh kunjungi di Langkawi, Kedah ini.

 

1. KOFFEEMILIA LANGKAWI – KAFE

Kalau anda ada di Langkawi, anda boleh kunjung ke Koffeemilia Langkawi. Koffeemilia adalah salah satu hidden gem disini.  Kafe ini amat lah sesuai untuk anda bersantai santai kerana suasana dan pemandangannya cuba tenang. Rata rata pengunjung disini sangat lah berpuas hati dengan harga yang cukup mampu milik, portion yang mengenyangkan dan perkhidmatan terbaik. Jadi memang rugi lah kalau anda tak cuba disini. Selamat mencuba!

Lokasi ini di 231, Jalan Pantai Tengah, Kampung Padang Putih, 07000 Langkawi, Kedah dan dibuka setiap hari kecuali Isnin pada 8 pagi hingga 6 petang.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/p/Koffeemilia-100068440652500/

 

2. BOSPHORUS CAFE – KAFE

Mencari makanan Ottoman dan Turkish? Bosphorus Cafe adalah jawapan untuk anda. Kalau nak tahu, Bosphorus Cafe adalah sebuah kafe yang menghidangkan makanan authentic Ottoman & Turkish dengan suasana yang cukup selesa, cantik dan fresh. Pasti anda akan rambang mata punya kerana dekat sini, mereka menyediakan pelbagai jenis hidangan yang anda boleh dapatkan. Antaranya ialah Chicken Kebab, Lamb Kebab, Turkish Pizza dan banyak lagi. Rasanya cukup lazat hingga menjilat jari. Bukan setakat itu sahaja, harga yang ditawarkan disini pun cukup mampu milik. Jadi, selamat mencuba!

Lokasi ini di No.19A (Ground Floor), Jalan Tiram 5, Dayang Walk, Kuah, 07000 Langkawi, Kedah dan dibuka setiap hari kecuali Isnin pada 10 pagi hingga 8:30 malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel: 011-18634541.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/p/Bosphorus-Cafe-100064056964406/

 

3. LEMBAYUNG CAFE – KAFE

Masih ragu ragu nak kafe tadi? Jangan risau, Lembayung Cafe pasti akan membuatkan anda terpaku melihatnya. Lembayung Cafe adalah sebuah hidden gem yang masih ramai tidak tahu akan kewujudannya. Kafe ini mempunyai konsep yang unik dan sedap mata memandang dimana ia dikelilingi oleh ladang ladang dan bukit bukau yang cantik. Rata-rata pengunjung disini berpuas hati dengan hidangannya yang cukup lazat dan portion pun tidak mengecewakan.  Bukan setakat itu sahaja, harga yang ditawarkan pun cukup berpatutan. Jadi tunggu apa lagi. Selamat mencuba!

JALAN ULU MELAKA, Jalan Padang Saga, 07000 Langkawi, Kedah dan dibuka setiap hari kecuali Rabu pada 8:30 pagi hingga 12 tengah hari dan dibuka semula pada 3:30 petang hingga 7 petang. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel: 019-9517306.

 

4. CAMP CAFE LANGKAWI – KAFE

Inginkan kafe yang mempunyai makanan sedap dan pemandangan yang menawan? Pertanyaan anda ini terjawab di Camp Cafe Langkawi ini. Camp Cafe Langkawi adalah salah satu port terbaik untuk meluangkan bersama seisi keluarga ataupun rakan anda. Dekat sini, terdapat pelbagai hidangan yang anda boleh dapatkan seperti Prawn Kataifi, Chicken Chop, Spaghetti Bolognese, Kopi dan banyak lagi. Bukan itu sahaja, pasti anda akan menyukainya kerana suasana disini cukup menawan lebih lebih lagi apabila matahari terbenam dan kawasan ini juga berangin. Jadi, kafe ini amat lah sesuai untuk anda healing. Selamat mencuba!

Kampung, Mukim, Ayer Hangat, 07000 Langkawi, Kedah  dan dibuka setiap hari kecuali Isnin pada 7 petang hingga 3 pagi. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel: 019-5003568.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/thesunsetbistro69/

INSTAGRAM PAGE https://www.instagram.com/campcafelangkawi/’

 

5. COFFEENUTS CAFE – KAFE

Kalau anda ada di Langkawi dan suka minum secawan kopi, anda wajib singgah di Coffeenuts Cafe ini. Untuk pengetahuan anda, Coffeenuts Cafe adalah kedah kopi yang paling popular di Langkawi. Lebih 1,166 orang telahpun review dan kesemuanya memberikan reaksi positif. Disini terdapat bermacam jenis kopi yang anda boleh dapatkan. Antaranya ialah Hot Latte, Caramel Milk Latte, Cappucino dan banyak lagi. Pasti anda akan berpuas hati lagi perkhidmatan disini cukup mantap. Tak percaya? Anda boleh cuba rasai sendiri pengalamannya.

12, Jalan Telaga Tujuh, 07100 Langkawi, Kedah dan dibuka setiap hari kecuali Rabu pada 10 pagi hingga 5 petang.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/CoffeeNutsLangkawi/

INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/coffee.langkawi/

 

Sekarang ni, kami hanya jumpa lima kafe menarik di daerah langkawi ini. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam article ini, sila hubungi kami di (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk penambahan kafe best di Langkawi ini. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!

Share.

Leave A Reply