13 Kafe Menarik Untuk Dikunjungi di Sik, Kedah | Khalifah Media Networks – Sik, sebuah daerah di Negeri Kedah, Malaysia. Daerah ini adalah daerah yang paling luas dalam Kedah iaitu kira-kira 1635 km persegi. Sik dikenali sebagai daerah yang mengekalkan gaya hidup luar bandar dan memainkan peranan penting dalam sektor pertanian. Ia adalah tempat yang sesuai untuk destinasi pelancongan alam semula dan merasai budaya Melayu tradisional. Oleh itu, terdapat banyak tempat menarik seperti kafe yang boleh anda kunjungi untuk bersantai santai.
Anda mencari kafe untuk melepak bersama kawan kawan atau keluarga tersayang tapi tak tahu dekat mana? Jangan risau, bagi memudahkan anda, kami bawakan kepada anda 13 senarai kafe menarik yang anda boleh kunjungi di Sik, Kedah ini.
1. TEHYEISH CAFE SIK – KAFE
Teringin nak pergi kafe tapi tak tahu dekat mana? Jangan risau, anda boleh ke Theyeish Cafe Sik ini. Kalau anda nak tahu, Theyeish Cafe Sik adalah sebuah kafe yang cukup popular di Sik ini. Rata rata pelanggan yang pernah kunjungi disini, mereka sangatlah menyukainya. Dekat sini, mereka ada menyediakan pelbagai jenis minuman dan makanan yang boleh anda dapatkan seperti Teh Ais Cincau, Caramel Donut, Signature Croissant, Ice Cream dan banyak lagi. Sedap pun sedap, harga pun berpatutan. Jadi, dapatkan segera.
Lokasi ini di No 1, Tehyeish Cafe, Bangunan Jasmin, Pekan Sik, 08200 Sik, Kedah dan dibuka setiap hari kecuai Selasa pada 10 pagi hingga 9 malam.
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/tehyeish.hq/
INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/tehyeish.hq/
2. NGOPI & KUDAP – KAFE
Anda ingin mengopi sambil mengudap? Kalau jawapan anda “Ya”, Ngopi & Kudap adalah jawapannya. Ngopi & Kudap adalah salah satu hidden kafe di Sik ini. Disini, terdapat pelbagai jenis minuman dan makanan yang anda boleh cuba. Sememangnya berbaloi. Hazelnut Latte, Mushroom Soup Garlic Bread, Kopi Kg Mak Tijah adalah antara menu yang anda boleh cuba. Kafe ini amat lah sesuai untuk anda yang ingin melepak atau bersantai santai bersama kawan. Selamat mencuba!
mds 100, Kampung Charok Padang, 08210 Sik, Kedah dan dibuka setiap hari kecuali Jumaat pada 9 pagi hingga 7 petang. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel: 017-4556761.
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/ngopikudapsik/
INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/kopidankudap/
3. SUDUT KOPI – KAFE
Masih ragu ragu? Sudut Kopi pasti tidak akan mengecewakan anda. Kalau nak tahu, Sudut Kopi ini mendapat 5 bintang di Google. Kafe ini amat lah sesuai untuk anda yang ingin berootd atau pun bersantai bersama seisi keluarga atau kawan kawan kerana suasana dan makanan disini cukup bersih, selesa, cantik dan sedap. Dekat sini anda boleh dapatkan bermacam macam jenis minuman dan makanan. Rata rata makanan disini cukup sedap dan mengenyangkan. Memang anda akan berpuas hati punya lah. Tak percaya? Anda cuba sendiri pengalamannya. Pasti anda akan repeat punya. Jadi, Selamat mencuba!
Lokasi ini di No 1, Lot 11418, Kampung Batu Lima, 08200 Sik, Kedah dan dibuka setiap hari pada 11 pagi hingga 9 malam kecuali Jumaat dibuka pada 3 petang hingga 11 malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel: 013-4674140.
INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/sudut.kopi/
Sekarang ni, kami hanya jumpa tiga kafe menarik di daerah Sik ini. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam article ini, sila hubungi kami di (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk penambahan kafe best di Sik ini. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!