13 Kafe Menarik Untuk Dikunjungi di Tanjung Malim, Perak | Khalifah Media Networks – Tanjung Malim adalah sebuah bandar di negeri Perak yang terletak berhampiran dengan sempadan Selangor. Tanjung Malim ini terkenal sebagai pusat pendidikan utama, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan mempunyai sejarah penting dalam perjuangan kemerdekaan Malaysia. Tapi kalau korang nak tahu, dekat sini terdapat banyak tempat makan yang best lebih lebih lagi bagi penggemar kafe.

Anda mencari kafe untuk melepak bersama kawan kawan atau keluarga tersayang tapi tak tahu dekat mana?  Jangan risau, bagi memudahkan anda, kami bawakan kepada anda 13 senarai kafe menarik yang anda boleh kunjungi di Tanjung Malim, Perak ini.

 

1. CAPE CAFE – KAFE

Korang lapar tapi tak banyak duit? Jangan risau, anda boleh ke Cape Cafe ini. Untuk pengetahuaan anda, Cape Cafe adalah sebuah kafe yang pernah viral pada 2022 dengan harganya yang cukup mindblown iaitu RM1.70. Walaupun harga RM1.70 tapi makanannya cukup sedap dan portionnya juga banyak. Bagi yang sedang berjimat, bolehlah cuba makan disini. Banyak pilihan yang anda boleh dapatkan ialah Nasi Ayam Penyet, Soto Ayam, Mee Kari, Nasi Lemak, Chicken Chop dan banyak.  Pasti anda akan puas hati punya. Jadi, selamat mencuba!

Lokasi ini di Taman Anggerik Desa, 35900 Tanjong Malim, Perak dan dibuka setiap hari kecuali Jumaat pada 10:30 pagi hingga 10 malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel: 019-8818480.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/p/Capecafe-100079494936041/

 

2. D’SUDUT COFFEE – KAFE

Inginkan kafe dengan suasana yang santai? Anda boleh ke D’Sudut Coffee ini. D’Sudut Coffee adalah salah satu port melepak terbaik di tengah tengah bandar Tanjung Malim ini. Dikatakan kafe ini bagus untuk sesiapa yang ingin menikmati kopi dan pastri yang enak sambil menenangkan diri. Anda pasti akan suka kerana harga yang ditawarkan pun sangat berpatutan dengan perkhidmatan staff yang cukup baik dan mesra. Pasti anda akan suka tambah tambah lagi di sebelah kafe ini mempunyai lorong seni yang cukup menawan. Haa bolehlah berootd lepas menikmati di kafe. Memang best! Selamat mencuba!

Lokasi ini di D’Sudut Coffee, Jalan Dato Keranji, Pekan, 35900 Tanjong Malim, Perak dan dibuka setiap hari kecuali Isnin pada 8:30 pagi hingga 6:30 petang. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel: 017-446 2324 atau e-mel ke [email protected].

3. MERAK X KOPI SAIGON – KAFE

Anda seorang coffee lover? Kalau jawapan anda ‘Ya’, anda wajib kunjung ke Merak x Kopi Saigon ini. Kalau nak tahu, Merak x Kopi Saigon adalah salah satu kafe yang cukup viral di Tiktok. Dikatakan dekat sini terdapat banyak jenis kopi dan pencuci mulut yang anda boleh dapatkan. Antaranya ialah Kopi Mocha Chocolate Chip Frappe, Kopi Butterscotch Frappe, Kopi Saigon Frappe, Kopi Buttercream, Creampuff, Kek Pisang Mini Double Coins dan banyak lagi. Sememangnya berbaloi. Lagi lagi kalau anda ingin melepak bersama kawan kawan. Tak percaya? Anda boleh cuba rasai sendiri pengalamannya.

36, Jalan Besar, 35900 Tanjong Malim, Perak dan dibuka setiap hari  pada 10:30 pagi hingga 10:30 malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel: 014-3092096. 

 

Sekarang ni, kami hanya jumpa tiga kafe menarik di daerah Tanjung Malim ini. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam article ini, sila hubungi kami di (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk penambahan kafe best di Taiping ini. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!

Share.

Leave A Reply