13 Makanan Tradisional Menarik dari Pulau Pinang| Khalifah Media & Networks – Pulau Pinang sebuah negeri yang mengandungi jumlah rakyat yang berbilang kaum. Majoriti jumlah kaum di negeri ini adalah Cina, menjadikan Pulau Pinang satu-satunya negeri yang ada paling ramai rakyat kaum Cina.
Dari segi budaya dan adat memang banyak untuk dipelajari. Termasuk juga makanan tradisional di Penang terdiri daripada pelbagai jenis makanan yang terpengaruh mengikut kaum masing-masing.
Di sini, saya akan senaraikan kepada anda beberapa makanan tradisional dari negeri Pulau Pinang untuk anda ketahui dan pelajari.
1. Nasi Kandar – makanan
Makanan tradisional yang berasal dari India dan di bawa masuk oleh pedatang dan buruh dari India ke Pelabuhan Pulau Pinang. Dari situ, nasi kandar mula berevolusi dan mula tersebar di seluruh Pulau Pinang sehingga kini menjadi menu popular di Malaysia.
Makanan tradisi rakyat kaum India di Malaysia ini adalah sejenis nasi yang di makan bersama lauk kari yang penuh rempah. Siapa saja rakyat tak kenal dengan mekanan ini.
Nasi kandar sekarang amat mudah untuk kita dapat. Banyak kedai makan serta restoran yang menjual menu satu ini. Tapi, nasi kandar kini telah menjadi simbolik kepada negeri Pulau Pinang. Orang sangup datang jauh dan beratur panjang demi dapat kan nya.

2. Pasembor – makanan
Satu lagi makanan tradisional dari kaum India di Pulau Pinang iaitu Pasembor. Pasembor adalah ‘salad India’ di Malaysia yang di hidang dengan timun, sayur, taugeh, tauhu, cucur udang dan makanan goreng yang lain. Menu tradisi ini di makan dengan kuah kacang yang di masak sempurna dengan aroma rempah enak.
Kuah kacang ini berbeza mengikut tempat makan. Ada yang kuah kacang yang rasa seperti sambal pedas manis. Malah ada juga kuah kacang yang lemak seperti kuah sate. Mana pun resepi, rasa pasembor tetap akan sedap.

3. Char Kuey Teow – makanan
Makanan tradisional ini yang asal dari Pulau Pinang datang dari kaum Cina. Tidak asing lagi Char Kuey Teow yang di tahui semua adalah sejenis mee beras yang leper dan di goreng dengan sos atau perisa nya.
Char Kuey Teow sekarang telah menjadi makanan yang popular di Malaysia. Pengunjung yang hadir turut mencari menu satu ini untuk di cuba sebelum mereka pulang ke tempat mereka. Jika anda mahu rasa kan menu tradisi ini dengan resepi original mesti datang ke Pulau Pinang.

4. Popia Basah – Kuih
Kuih tradisional yang menjadi makanan untuk sarapan pagi atau minum petang adalah popia basah. Selalu kita lihat popia goreng. Kali ini popia basah makanan tradisi dari negeri Pulau Pinang ada tarikkannya sendiri.
Inti dalam hampir sama dengan versi goreng iaitu inti buah sengkuang, timun, taugeh, udang dan sebagainya. Kulit popia pula di buat daripada bancuhan tepung cair dan di leperkan menjadi kulit popia untuk di balut dengan inti.
Untuk pengetahuan anda, popia basah lebih sihat kerana semua bahan yang digunakan tidak gunakan minyak yang banyak dan inti pula dari bahan yang segar.

5. Serabai – kuih
Kuih Serabai sejenis makanan tradisional yang dibuat daripada tepung. Serabai di makan bersama kuah nya iaitu air gula yang dimasak bersama santan. Kuah jadi lebih lemak dan manis.
Acuan kuih tradisi ini berbentuk bulat menjadikannya bulat dan bewarna putih. Kuih ini sangat popular di bulan Ramadan atau di hari majlis seperti majlis kahwin dan sebagainya. Selain di Pulau Pinang, negeri jiran lain di utara seperti negeri Kedah, Perlis dan Perak juga banyak kuih ini. Sangat mudah untuk didapati di gerai dan warung tepi jalan.
Rugi lah kalau datang Penang tak cuba kuih serabai.

6. Cucur Udang – cucur
Makanan tardisi yang popular untuk minum petang bersama secawan kopi adalah cucur udang. Di sebelah selatan di panggil ‘Jemput-Jemput’ malah di belah utara kami memanggilnya ‘Coq Udang’.
Yang spesial nya cucur udang di Pulau Penang adalah kuah kacang nya. Rasa seperti kuah sate tapi di makan dengan cucur udang yang ranggup di luar dan lembut di dalam. Cucur udang di sini akan campur sekali dengan pasembor untuk menambah rasa menu makanan tradisi orang Penang.

7. Halwa Maskat – kuih
Kuih manisan yang popular di sini dalam kalangan warga generasi lama iaitu halwa maskat. Tekstur seperti jeli dan berwarna kuning. Rasa kuih ini manis dan lemak.
Bentuk pula terdiri dari banyak bentuk ada yang bulat ada yang petak. Bahan utama adalah tepung gandum, minyak sapi dan tepung sagu. Proses untuk masak kuih ini sangat rumit dan perlu telitian yang baik. Untuk bentukkan halwa maskat ini ambik masa lebih kurang 2 hingga 3 hari.
Disebabkan proses yang rumit ini menyebabkan generasi sekarang kurang gemari. Tapi jangan risau, masih ada beberapa tempat yang masih akjtif buat kuih tradisional halwa masket.

8. Putu Mayam – kuih
Kuih ini berwarna putih dan bentuk seperti bihun yang di masak. Bahan utama putu mayam adalah tepung beras yang di kukus dengan gunakan acuan khas untuk dapatkan bentuk yang halus dan panjang. Putu Mayam di makan bersama gula perang dan kelapa parut.
Peminat putu mayam pilih menu ini kerana rasanya yang lemak manis itu betul membangkit selera. Banyak gerai dan kedai yang jual kuih satu ini. Paling banyak di pasar malam di kawasan Pulau Pinang.

Sekarang ni, kami hanya jumpa 8 makanan tradisional menarik di negeri Pulau Pinang. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam artikel ini, sila hubungi kami di (https://reviewmakanankmn.wasap.my/) untuk penambahan makanan best di Pulau Pinang ini. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!