13 Port Steamboat Best di Penang| Khalifah Media & Networks РPulau Pinang adalah negeri pelabuhan yang popular dengan pelancong dari dalam mahupun luar negara.

Penang kini di kenali sebagai syurga makanan. Ini kerana banyak makanan viral dan unik dari negeri kepulauan ini. Selain Nasi Kandar dan Pasembor, banyak ‘hidden gem’ steamboat di sini. Saya akan bantu anda senaraikan beberapa port steamboat yang best untuk di cuba jika anda datang kunjung ke negeri Pulau Pinang.

Kredit Imej: Cabai Kering Steamboat & Grill

1. Penang Steamboat & Grill (The Mualaf Kopitiam) – restoran

Restoran ini menggunakan slogan ‘Eat-All-You-Can’ iaitu makanan di sini makan secara buffet. Bayar dengan satu harga semua boleh makan. Terletak di daerah georgetown, Penang restoran ini di buka setiap hari untuk menerima pelanggan mereka.

Kredit Imej: China Press

Apa yang menarik di sini hidangan makanan laut yang banyak pilihan segar. Banyak pelanggan yang telah datang dan cuba akan ulang lagi kerana seafood mereka. Segar dan isi padat! memang terangkat bila di makan dengan kuah tomyam yang panas.

Kredit Imej: Penang Steamboat & Grill (The Mualaf Kopitiam)
Kredit Imej: Penang Steamboat & Grill (The Mualaf Kopitiam)

Terdapat lebih dari 160 pilihan makanan untuk anda jika datang ke Penang Steamboat & Grill. Masakan di sini adalah Chinese Syle. Tapi jangan risau, pemilik restoran ialah orang muslim mualaf dan ada sijil halal. Jadi tanpa rasa ragu jom lah datang port steamboat best satu ni!

Untuk tempahan atau soalan layari laman Facebook rasmi:

https://www.facebook.com/penangsteamboatandgrill/

2. Kassim Baba Steamboat & Grillz – restoran

Port steamboat kali ini sangat popular dalam kalangan warga Penang. Kassim Baba Steamboat & Grillz pernah jadi viral satu masa dulu dalam laman Tiktok. Rata rata yang datang ke Penang mesti akan cari restoran ini. Yang best di sini, ruang makan sangat luas dan selesa. Mereka juga sediakan tempat terbuka di luar dengan di hiasi lampu yang cantik.

Kredit Imej: Kassim Baba Steamboat & Grillz
Kredit Imej: Kassim Baba Steamboat & Grillz

Pilihan bahan makanan untuk steamboat sangat banyak dengan pelbagai jenis dari pilihan daging, makanan sejuk beku sehingga lah sayur-sayuran mereka sangat premium. Yang membezakan restoran ini adalah menu ‘killer’ mereka iaitu Shellout.

Di sini, menu shellout juga mendapat sambutan. Rasa rempah ratus di masak sempurna dan di makan dengan seafood yang segar serta isi yang padat memang sempoi bak kata orang Penang. Jangan lupa untuk datang ke sini jika anda kunjung ke Penang.

Kredit Imej: Kassim Baba Steamboat & Grillz
Kredit Imej: Kassim Baba Steamboat & Grillz

Untuk tempahan atau soalan layari laman Facebook rasmi:

https://www.facebook.com/kassimbabasteamboatandgrillz/

3. ROKET Fullhaus Steamboat & Grillz – restoran

Port lepak steamboat baru dan best ada di Bayan Lepas, Pulau Pinang. Orang warga pulau ramai yang datang sini untuk makan dan lepak bersama kawan. Makanan di sangat berbaloi dengan harga. Konsep kedai makan adalah buffet yang di bayar sekali tapi boleh makan semua yang ada di sini.

Kredit Imej: ROKET Fullhaus Steamboat & Grillz

Yang menarik di sini adalah kuah tomyam untuk masak steamboat. Kuah ini memang pekat dan rasa lengkap sedap. Lagi best kalau makan dengan daging yang di perap dan di bakar sehingga naik aroma daging bakar memang layan.

Jangan lupa pula makanan sampingan di ROKET Fullhaus Steamboat & Grillz ni. Banyak juga makanan sampingan yang ada. Selain dessert, ais krim, western food ada juga takoyaki iaitu bebola tepung yang di masak dengan sotong kurita dan di makan dengan sos kicap dan mayonis. Kalau dekat kedai satu biji pun dah mahal tapi di sini anda boleh makan sampai puas hati.

Kredit Imej: ROKET Fullhaus Steamboat & Grillz
Kredit Imej: ROKET Fullhaus Steamboat & Grillz

Untuk tempahan atau soalan layari laman Facebook rasmi:

https://www.facebook.com/kassimbabasteamboatandgrillz/

4. Cabai Kering Steamboat & Grill – restoran

Pernah jumpa restoran steamboat yang hidang daging Lamb Shank secara free flow? Di sini menu yang jadi pilihan ramai iaitu Lamb Shank. Harga masuk sekali dengan harga steamboat yang kita bayar. Memang sangat berbaloi!

Kredit Imej: Cabai Kering Steamboat & Grill
Kredit Imej: Cabai Kering Steamboat & Grill

Bukan itu saja, pakej premium ini termasuk juga dengan menu ‘rare’ belangkas bakar dan ketam nipah. Memang tak menyesal lah kalau anda datang sini. Semua menu ini boleh di tambah sampai kenyang. Tapi awas jangan sampai membazir.

Kredit Imej: Cabai Kering Steamboat & Grill
Kredit Imej: Cabai Kering Steamboat & Grill

Restoran satu ini berada di Seberang Jaya, Penang. Di buka setiap hari mula pukul 5 petang sehingga 12.50 malam. Jangan lupa singgah ya.

Untuk tempahan atau soalan layari laman Facebook rasmi:

https://www.facebook.com/cabaikeringsteamboatandgrill/

5. Al Qatraz SteamBoat & Grill – restoran

Port steamboat best di Penang sambil makan layan angin bayu pantai. Al Qatraz SteamBoat & Grill berada di Bayan Lepas, Penang. Lokasi yang strategik menarik ramai orang untuk datang ke sini.

Kredit Imej: Al Qatraz SteamBoat & Grill

Restoran menawarkan menu steamboat dengan pilihan bahan yang banyak. Makanan laut juga besar dan segar untuk anda. Selain menu utama, makanan sampingan juga sangat sedap dengan pilihan yang menarik. Antaranya kek, puding, kuih, ais krim, buah dan banyak lagi.

Kredit Imej: Al Qatraz SteamBoat & Grill
Kredit Imej: Al Qatraz SteamBoat & Grill

Kerana lokasi kedai yang sebelah dengan laut, jadikan port steamboat best ini sesuai untuk sesiapa yang mencari ketenangan waktu makan boleh masuk kan restoran ini dalam jadual perjalanan anda.

Untuk tempahan atau soalan layari laman Facebook rasmi:

https://www.facebook.com/alqatrazsteamboatandgrill/

6. BBC Korean Hot Pot & Grill – kedai makan

Konsep port steamboat kali ini adalah Korean Style. Cara makan di sini tetap  buffet cuma yang menarik di sini ada makanan korea. Jika anda minat makanan korea wajib singgah BBC Korean Hot Pot & Grill kalau datang ke Penang. Kedai makan ini sudah ada cawangan lain di Ipoh, Selangor dan sekarang di buka di Bayan Lepas.

Kredit Imej: BBC Korean Hot Pot & Grill
Kredit Imej: BBC Korean Hot Pot & Grill

Steamboat di sini ada banyak pilihan bahan. Paling menarik ada makanan korea yang popular seperti kimchi, teokbokki, kimbap, japche, rice ball, ramen dan banyak lagi. Menu baru yang di masukkan dalam kedai adalah chocolate faountain yang di makan dengan buah dan marshmellow. Dessert juga banyak di hidang. Semua makanan ini sudah ada dalam pakej steamboat hot pot. Sangat berbaloi!

Kredit Imej:BBC Korean Hot Pot & Grill

Rugi kalau anda tak datang sini. Kedai di buka setiap hari mula pukul 5 petang sampai 10 malam. Jangan lepaskan peluang anda.

Untuk tempahan atau soalan layari laman Facebook rasmi:

https://www.facebook.com/bbckoreanhotpotandgrill/

Sekarang ni, kami hanya jumpa 6 port steamboat best di Penang. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam artikel ini, sila hubungi kami di (https://reviewmakanankmn.wasap.my/) untuk penambahan tempat best di Penang ini. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!

Share.

Leave A Reply