13 Makanan Tradisional Menarik Di Perlis| Khalifah Media & Networks – Perlis negeri paling kecil di Malaysia tetapi banyak tempat ‘Healing’ yang menarik. Negeri Perlis berada dekat dengan Negara Thailand. Oleh itu, ada beberapa budaya dan adat mereka sedikit terpengaruh dengan negara jiran. Termasuk juga makanan tradisional negeri ini.
Banyak makanan tradisional menarik asal dari Perlis yang ramai tidak tahu.
Jom sama-sama kita pelajari!
1. Ringgi – makanan
Ringgi atau di sebut emping adalah makanan tradisional yang berasal dari negeri Perlis. Makanan tradisi ini hanya boleh dirasai pada musim Angin Timur saja. Bahan yang di guna adalah padi pulut muda yang di tumbuk hingga nipis dan di jemur sampai kering.
Ringgi yang sudah siap akan di campurkan sekali dengan kelapa parut dan gula. Bila di makan bersama, rasa lebih lemak dan manis. Sangat sedap makan dengan secawan kopi untuk minum petang bersama keluarga anda!

2. Jeruk Maman – makanan
Makanan orang lama yang masih menjadi pilihan hingga ke hari ini. Jeruk Maman makanan yang menjadi penambah rasa dengan nasi putih panas-panas. Bahan utama yang di gunakan adalah daun pucuk pokok maman. Kemudian masukkan air nasi yang di tumbuk dan tapis. Masukkan air tersebut sampai tenggelam daun mamam dan masukkan perasa tambahan lain. Jeruk ini perlu di perap untuk beberapa hari untuk rasa yang lebih enak.
Tips untuk anda! cara paling sedap untuk nikmati jeruk maman adalah makan bersama hirisan bawang dan cili merah.
Hidangan tradisi ini mengeluarkan bau yang sangat kuat, oleh itu, generasi muda mungkin ada yang kurang gemarinya.

3. Nasi Ulam – makanan
Makanan tradisional orang Perlis yang popular di belah utara Malaysia adalah nasi ulam. Hidangan tradisi ini adalah nasi putih yang di campur bersama ulam-ulaman seperti daun kaduk, daun kesum, pucuk gajus, bawang dan banyak lagi. Nasi ulam menjadi salah satu makanan yang penuh dengan khasiat yang baik untuk badan.
Lagi sedap jika di makan bersama telur masin, ikan bakar atau ayam bakar. Kalau anda ke Negeri Perlis jangan lepaskan peluang untuk rasai sendiri nasi ulam ini.

4. Pulut Pelam – makanan
Makanan yang menjadi tradisi di Perlis iaitu pulut pelam adalah hidangan yang di sukai ramai tidak kira peringkat umur. Simbolik negeri Perlis yang di ketahui ramai adalah buah Pelam Harum Manis. Pulut pelam lagi sedap bila di makan bersama buah pelam harum manis ini.
Pulut yang di masak dengan santan dan di makan bersama pelam harum manis menambah lagi rasa lemak manis pulut pelam ini.
Makanan tradisi yang wajib di cuba jika anda datang melawat negeri Perlis. Rugi kalau anda tidak rasa pulut pelam harum manis.

Sekarang ni, kami hanya jumpa 4 makanan tradisional menarik di negeri Perlis. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam artikel ini, sila hubungi kami di (https://reviewmakanankmn.wasap.my/) untuk penambahan makanan best di Perlis ini. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ya!