13 Penginapan Terbaik Untuk Percutian Di Alor Setar Kedah | Alor Setar adalah sebuah bandar kedua terbesar di Kedah. Ia juga salah satu lokasi tumpuan pelancongan yang menjadi pilihan lebih – lebih lagi kerana ia berada di kedudukan yang strategik, iaitu dekat dengan Pulau Pinang dan sempadan Thailand.
Bandar kedua terbesar di Kedah ini menempatkan variasi pilihan tempat, setiap satu menawarkan suatu yang berbeza. Untuk memudahkan anda memilih hotel yang selesa yang berpadanan dengan bajet, kami telah menyediakan senarai 13 Penginapan di Alor Setar yang bakal memberi nilai paling bagus untuk wang anda. Tanpa buang masa lagi, jom kita lihat yang mana yang menarik hati anda.
Selain itu, jika anda ingin melihat info – info menarik, anda boleh klik Di Sini.
1. The Jerai Hill Resort
The Jerai Hill Resort adalah resort taraf 4 bintang yang sememangnya menjadi pilihan lebih – lebih lagi buat pengunjung yang berhasrat untuk membuat aktiviti lasak dan bersiar – siar. Kemudahan yang disediakan sangat lengkap dan pemandangan dari dalam bilik pun sangat memukau.
2. The Leverage Business Hotel (Kuala Kedah)
Walaupun harga bilik di hotel ini bermula dari RM70 semalam, tetapi is punyai penampilan yang agak mewah. The Leverage Business Hotel Kuala Kedah ini berada hanya 15 minit sahaja masa memandu dari Pusat Membeli Belah Alor Setar dan Jeti Kuala Kedah.
3. T+ Hotel
Agak susah nak bayangkan dengan RM100 sahaja anda dapat bermalam di sebuah hotel moden dan selesa. Hotel yang berada di Jalan Sungai Korok ini punyai seni bina yang moden dan bilik yang ditawarkan pula datang lengkap dengan penghawa dingin, TV LCD dan bilik air peribadi.
4. Fuller Hotel
Hotel popular yang sudah bertahun lama menyambut pengunjung di Alor Setar adalah Fuller Hotel. Bilik berparket ini datang lengkap dengan penghawa dingin, meja kerja dan bilik air persendirian. Untuk internet pula, anda diberi akses Wifi percuma didalam bilik jadi anda tidak perlu risau akan internet di sini.
5. Grand Alora Hotel
Sekiranya anda tercari – cari hotel mewah di Alor Setar dengan harga yang berpatutan, anda boleh lah buat tempahan dan singgah bermalam di Hotel Grand Alora. Apa yang menarik lagi, lokasi hotel ini benar – benar berada di hadapan pasaraya Lotus. Nak beli barang apa-apa memang mudah.
6. Hotel Grand Crystal
Hotel Grand Crystal adalah hotel 3 bintang yang sudah lama menjadi sasaran pelancong yang memburu penginapan selesa di Alor Setar dengan harga yang berbaloi. Penginapan yang menempatkan 138 bilik ini menawarkan 3 jenis bilik iaitu bilik Deluxe Single, Deluxe Double, Family Deluxe Tripple dan Suite.
7. Tabung Haji Hotel Alor Setar
Hotel yang didirikan hotel Lembaga Tabung Haji ini bakal membuat pengalaman bermalam di Alor Setar sebuah memori yang tidak mudah untuk anda lupakan. Hotel ini menyediakan bilik – bilik yang selesa dengan dekor yang moden dan meberansangkan. Tambahan pula hotel ini menyediakan dua kolam renang berasingan satu untuk wanita dan lagi satu untuk lelaki.
8. The Regency Alor Setar
Hotel seterusnya adalah sebuah hotel 4 bintang yang bakal menarik minat mereka yang mahukan penginapan yang lebih ekslusif di Alor Setar. Terletak di tengah – tengah bandar, Hotel Regency ini ideal untuk mereka yang mencari kemewahan dengan harga yang berbaloi.
9. Royale Signature Hotel
Selain Grand Alora Hotel, anda juga disyorkan untuk tinggal di Royale Signature Hotel ini untuk merasai pengalaman menginap di hotel mewah dengan harga yang berpatutan. Untuk ke tempat tarikan utama di sekitar Alor Setar, anda tidak perlu risau. Memang berdekatan sahaja dengan lokasi hotel ini.
10. Raia Hotel & Convention Centre Alor Setar
Terdapat lima jenis bilik tetamu yang ditawarkan oleh hotel ini dengan harga bermula RM 250 untuk satu malam. Bukan sahaja menawarkan bilik penginapan yang selesa, persekitaran hotel ini juga sangat bersih, teratur dan sesuai untuk anda mengambil gambar bagi dimuat naik di media sosial!
11. Sentosa Regency Hotel
Bilik berkarpet yang nyaman berhawa dingin ini datang lengkap dengan tandas persendirian, TV LCD, peti sejuk mini dan meja kerja. Antara tarikan yang berada berhampiran adalah menara Alor Setar, Kompleks membeli – belah aman dan Masjid Zahir Alor Setar.
12. Holiday Villa City Centre
Terletak di pusat bandar, Holiday Villa City Center Alor Setar adalah hotel 4 bintang terkemuka yang menawarkan tahap keselesaan yang telah mendapat sanjungan ramai yang berpeluang untuk bermalam di hotel ini. Hotel ini unik kerana ia bersambung dengan kompleks membeli belah City Plaza jadikan ia sesuai untuk tetamu yang tidak mahu berjalan jauh dari hotel untuk makan atau membeli belah.
13. StarCity Hotel
Terletak di Jalan Pintu Sepuluh, StarCity hotel ini adalah antara hotel yang baru dibina di Alor Setar. Hotel yang bertaraf 3 bintang ini menawarkan bilik moden dan selesa bawah RM200 semalam. Untuk memastikan anda bermalam dengan selesa, bilik dipasang dengan penyaman udara dan alas katil bersih ditukar setiap hari.
Bukan main banyak lagi hotel terbaik di Alor Setar ini, bukan? Berpinar mata untuk membuat pilihan. Jangan disangka pilihan yang menarik di Alor Setar ini henti di sini sahaja sebab banyak lagi yang dapat anda temui di Booking.com, bukan sahaja menarik, malahan juga di dalam harga yang sangat berpatutan. Selamat Bercuti!