13 Penginapan Terbaik Untuk Percutian Di Georgetown Pulau Pinang | Georgetown, sebuah bandar yang sangat popular dalam kalangan pelancong dalam dan luar negara. Terdapat banyak tarikan yang menarik dan cun untuk bergambar. Georgetown juga sebuah bandar yang malah cukup kreatif dan penuh warna – warni.

Di mana sahaja anda pandang, mesti ada sahaja tarikan yang menarik dan cun untuk bergambar, sebuah bandar yang ternyata cukup kreatif dan penuh warna – warni. Teringin ke Georgetown untuk merasai semua ini tapi tak nak keluar bajet yang banyak untuk penginapan?

Tanpa buang masa lagi, jom kita lihat yang mana yang menarik hati anda.

Selain itu, jika anda ingin melihat info – info menarik, anda boleh klik Di Sini.

1. Time Capsule Hotel

Anda suka sains fiksyen? Time Capsule Hotel ini memang sesuai sangat lah untuk anda! Ruang tidur yang kelihatan futuristik di hotel ini cukup selesa, pencahayaannya melenakan mata, katil dan bantal sangat empuk, semua sesuai untuk merehatkan badan yang penat setelah seharian berjalan.

2. Le Dream Boutique Hotel

Untuk penginapan penuh stylish yang beraura mewah, Le Dream Boutique Hotel adalah salah satu hotel yang boleh dijadikan pilihan utama. Daya tarikannya tidak terhenti pada reka dalaman yang menarik, kerana hotel ini juga meberi layanan terbaik yang boleh anda temui di Penang. Pasti anda tidak menyesal datang ke sini.

3. The Landmark Seaview Super Condo Gurney

Nikmati antara pemandangan terindah yang pernah dilihat di Penang jika anda datang di The Landmark Seaview Super Condo Gurney. Dari mana – mana jenis apartment dan suite yang ditawarkan, anda boleh melihat sama ada panorama lautan biru atau Georgetown dari ruang balkoni atau tingkap bilik itu sahaja.

4. Vistana Penang Bukit Jambul

Terletak di Jalan Bukit Gambir adalah sebuah bangunan hotel yang kelihatan elegan, Vistana Penang Bukit Jambul. Ingin rasai penginapan yang lagi best? Apa kata kalau anda menginap di tingkat yang tinggi untuk rasai pemandangan sekitar bandar Penang yang termasuk lah jambatan ikoniknya itu.

5. Tien Hotel Residence

Kelihatan seperti sebuah hotel yang biasa, tapi nantikan saat hingga anda jejakkan kaki masuk ke dalam ruangan hotel Tien Hotel Residence ini. Diberikan sentuhan bergaya urban dan moden, setiap sudut dalam yang sangat menarik dipandang sesuai dengan harga yang ditawarkan. Pasti anda terkesima melihat hotel ini.

6. D’Nice Hotel

Jika anda seorang yang berjiwa minimal, D’Nice Hotel adalah lokasi yang cukup sesuai untuk anda. Hanya menggunakan warna hitam dan putih dalam dekorasi minimalnya, menyerlahkan lagi kebersihan hotel murah ini. Lokasinya pula, agak mudah untuk mencari kedai makan yang mana hanya 5 minit jalan kaki dari hotel.

7. Campbell House

Campbell House ini berada dekat dengan banyak tempat menjamu selera dan pusat beli – belah. Bukan setakat berlokasi strategik, konsep yang diketengahkan hotel inilah yang menjadi tarikan utamanya. Setiap bilik di hotel ini dihias dengan tema yang berbeza.

8. CEO ( Executive Office Suites ) 

Penginapan ini sebenarnya bukan hanya untuk seorang CEO, tapi juga untuk anda yang miliki angan – angan menjadi bos kerana harganya yang cukup murah. Memiliki rekaan dalaman yang minimal dan tampak mewah, penginapan ini agak luas untuk anda yang datang bersama keluarga.

9. Eastern & Oriental Hotel

Suite-suite penginapan yang ditawarkan di Heritage Wing dihias dengan elegan. Penginapan di Heritage Wing menjadi pilihan ramai tetamu berstatus tinggi. Penginapan di Victory Annexe juga tidak kurang hebat nya dengan rekaan dalaman bilik yang menggabungkan sentuhan moden dan klasik.

10. Tropical Eight

Apartment yang masih baru ini, lengkap dengan kemudahan seperti bilik sauna, 2 buah kolam renang dan sebuah pusat kecergasan yang lengkap dengan banyak jenis alat senaman. Tropical Stay adalah penginapan yang cukup murah, malah terlalu murah untuk sebuah homestay yang begitu lengkap fasilitinya.

11. Home Away – Le Petite Tranquille Maison

Mampu menampung sekitar 5 orang penginap, Home Away – Le Petite Tranquille Maison adalah sebuah apartment dengan 3 buah bilik, dan sebuah dapur. Seperti namanya, ‘home away,’ anda sekeluarga dapat menikmati penginapan yang sempurna dengan pelbagai kelengkapan untuk keselesaan jangka masa panjang.

12. Home Away – Pool Front Quiet Space

Hotel mana yang dapat memberi anda ruang yang begitu luas dengan harga bawah RM200? Sebab itulah bagi anda yang berkeluarga besar, rumah jenis apartment ataupun homestay adalah pilihan yang terbaik. Sudahlah murah, keselesaannya persis di rumah sendiri, malahan, mungkin jauh lebih indah.

13. Olive Tree Hotel Penang

Hotel hijau ini juga turut lengkap dengan banyak jenis fasiliti menarik seperti kolam renang, pusat kecergasan, bilik yoga dan yang penting sekali, wifi yang pantas. hotel ini adalah salah satu dari bangunan yang mesra alam kerana segala aspek tentang bangunan ini dari pengunaan air, tenaga dan banyak lagi.

 

Bukan main banyak lagi hotel terbaik di Batu Ferringhi ini, bukan? Berpinar mata untuk membuat pilihan. Jangan disangka pilihan yang menarik di Batu Ferringhi ini henti di sini sahaja sebab banyak lagi yang dapat anda temui di Booking.com, bukan sahaja menarik, malahan juga di dalam harga yang sangat berpatutan. Selamat Bercuti!

Share.

Leave A Reply