13 Penginapan Terbaik Untuk Percutian Di Ipoh Perak | Bandar Ipoh, bandar yang meriah dengan bermacam tarikan pelancong dan seni – seni yang unik dan klasik. Mempunyai aura yang tersendiri, tarikan Ipoh ini sukar didapati di negeri – negeri lain di Malaysia. Itu sebab pelancong sering datang ke bamdar Ipoh ini.
Banyaknya tempat menarik untuk dilawati, maka banyak jugalah pilihan hotel yang tersedia di Ipoh yang boleh anda pilih untuk dijadikan penginapan selama anda di sini. Tanpa buang masa lagi, jom kita lihat yang mana yang menarik hati anda.
Selain itu, jika anda ingin melihat info – info menarik, anda boleh klik Di Sini.
1. Golden Roof Hotel
Golden Roof Hotel adalah sebuah hotel yang memberi anda pengalaman tinggal di hotel yang mewah. Dari luar hotel lebih lebih lagi pada waktu malam anda dapat melihat lampu neon hotel yang lagi menghidupkan hotel ini. Bilik-bilik yang disedia juga luas dan snagat sesuai untuk menginap bersama keluarga.
2. WEIL Hotel Ipoh
Bilik-biliknya yang dihias dengan minimal tetap lengkap dengan kemudahan penting untuk keselesaan sepanjang anda bercuti di sini. Dilengkapi dengan tab mandian, jika masih tidak mencukupi, anda boleh menuju ke kolam renang untuk mandi manda dengan sepuas hati.
3. Ritz Garden Hotel
Hotel ini sangat sesuai untuk anda ke tempat – tempat santai yang ada di sekitar hotel. Di pusat kecergasan yang disedia pihak hotel, anda boleh melakukan senaman dan boleh juga dapatkan khidmat urutan tradisional untuk manjakan badan anda. Setiap bilik ini lengkap dengan pengering rambut, pancuran air panas dan banyak lagi.
4. Regalodge Hotel Ipoh
Regalodge Hotel Ipoh adalah sebuah penginapan yang menarik di Ipoh yang punyai bilik selesa yang dihias dengan elegan da moden. Sekiranya anda ingin rehat yang sempurna, jauh dari bunyi yang riuh, inilah salah satu tempat untuk anda. Mini bar juga disedia dengan minuman dan snek untuk anda jika anda berasa lapar dan dahaga.
5. Cititel Express Ipoh
Hotel ini berada dekat dengan Kinta Riverfront dalam 2 minit berjalan kaki dari hotel. Dari bilik berhawa dingin ini, anda boleh nikmati pemandangan sungai atau bandar. Setiap bilik lengkap dengan saluran tv IPTV. Jika lapar, anda jangan risau kerana hotel ini dekat dengan banyak restoran di sekitarnya.
6. Iconic Suites & Pods Hotel
Dekorasi dalaman yang sungguh menarik di pandangan mata, seolah – olah diberi perhatian terpeinci dari setiap sudut. Menawarkan bilik dengan bermacam jenis tema,bilik ini ketengahkan tema yang ekslusif untuk orang dewasa hingga ke tema ceria seperti kartun Frozen untuk kanak – kanak.
7. Regalodge Hotel Ipoh
Regalodge Hotel Ipoh punyai penginapan yang selesa berkonsep moden. Hotel ini lengkap dengan pusat refleksologi dan tab mandian air panas di mana anda boleh rehatkan badan anda. Setiap bilik hotel ini lengkap dengan penghawa dingin, tv dan banyak lagi kemudahan yang lengkap untuk setiap bilik.
8. Seemsoon Hotel
Seemsoon Hotel ini berada dekat dengan dua pusat tarikan alam semula jadi iaitu Sam Poh Tong Temple dan Perak Cave Temple uang hanya 10 minit dari hotel ini. Bilik – bilik di hotel yang luas dan selesa miliki aura elegan yang buatkan penginapan anda tera mewah dengan harga yang berpatutan.
9. 1969 Business Suites
1969 Business Suites adalah sebuah penginapan begaya yang gah dalam harga bajet yang berada di Bandar Cyber, Ipoh. Melihat dari dekorasi dalaman, tidak ubah seperti berada di dalam hotel 5 bintang. Dengan kemudahan wifi percuma, anda boleh berehat di dalam bilik sambil melayari internet.
10. Majestic Ipoh
Majestic Ipoh punyai apartment sebuah bilik dan juga apartment dengan 2 buah bilik yang datang dalam beberapa tema yang berbeza. Antara tema yang diberi ialah tema Inggeris, moden dan elegan hingga kepada tema yang unik seperti tema Tranfirmers, Hello Kitty dan Avengers.
11. Merton Hotel Ipoh
Daripada reka bentuk luaran hotel ini, anda dapat rasai suasana yang cuba diwujudkan hotel ini. Apabila melangkah masuk ternyata konsep yang dibuat anda berasa hotel ini unik dan cantik. Bilik yang disedia pula lengkap dengan penyaman udara, katil yang selesa dan banyak lagi.
12. Happy 8 Retreat
Hotel yang berada di Jalan Shah Bandar ini pada asalnya adalah sebuah tempat pameran seni – seni kayu yang kini telah diubah menjadi tempat penginapan yang menjadi alam semula jadi dan seni sebagai satu tema yang unik. Setiap bilik ini berlantaikan kayu dan lengkap dengan segala kemudahan yang penting untuk keselesaan anda.
13. Belakang KongHeng By DreamScape
Berkonsepkan retro dan minimalistik, hotel ini memberi anda satu pengalaman yang berbeza dari tempat lain. Di bahagian bumbung hotel ini miliki kolam renang untuk anda bersantai sambil nikmati pemandangan sekitar. Tidak dinafikan rekaan dalaman agak ‘simple’ tetapi dalam waktu yang sama miliki aura yang tersendiri.
Bukan main banyak lagi hotel terbaik di Ipoh ini, bukan? Berpinar mata untuk membuat pilihan. Jangan disangka pilihan penginapan menarik di Ipoh ini terhenti di sini sahaja sebab sebenarnya banyak lagi yang dapat anda temui di Booking.com, bukan sahaja menarik, malahan juga di dalam harga yang sangat berpatutan. Selamat Bercuti!