13 Tempat Makan Malam Best di Wangsa Maju, Kuala Lumpur | Wangsa Maju adalah sebuah perbandaran utama yang terletak di utara timur Kuala Lumpur, Malaysia dikelilingi oleh Setapak. Bandar ini bukanlah sebuah bandar yang asing lagi kerana ia amatlah popular sebagai salah satu destinasi membeli belah yang best. Bukan setakat itu saja, bandar ini juga ada banyak tempat makan yang menarik untuk dikunjungi.

Korang lapar malam tapi tak tahu nak makan apa dan mana? Jangan risau, kami bawakan kepada anda 13 tempat makan best yang korang cuba di Wangsa Maju, Kuala Lumpur ini.

 

1. RYNDU HOT & GRILL – MAKAN MALAM

Kalau korang nak makan malam bersama keluarga, korang boleh ke Ryndu Hot & Grill. Dekat sini, mereka menyediakan pelbagai jenis hidangan yang bersesuaian untuk seisi keluarga. Antara menu yang korang dapatkan ialah Chicken Sizzling, Black Pepper Steak,  Mixed Grill dan banyak lagi. Harga yang ditawarkan pun sangat berpatutan dan portion pun cukup mengenyangkan. Jadi, tunggu apa lagi. Selamat mencuba!

Lokasi Ryndu Hot and Grill ini di No. 42, Jalan Metro Wangsa, Seksyen 2 Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan dibuka setiap hari kecuali Ahada pada 11 pagi hingga 12 tengah malam. Jika ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi: 013-3742260.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/rynduhotgrill/

INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/rynduhotgrill/

 

2. KAW KAW BURGER WANGSA MAJU – MAKAN MALAM

Craving burger tapi tak tahu dekat mana best? Korang boleh ke Kaw Kaw Burger Wangsa Maju ini. Kalau korang nak tahu, Kaw Kaw Burger ini adalah sebuah gerai burger yang sememangnya kaw kaw. Walaupun tempat ini kelihatan biasa tapi siapa sangka, tempat ini sangat lah luarbiasa. Dekat sini ada bermacam jenis burger yang korang boleh cuba seperti Beef Smokeynizer, Beaconizer Chicken Burger, Double Lamb Cheesynizer, Beef Cheezy Baconizer dan banyak lagi. Korang pasti akan terpegun dan menjilat jari kesedapan punyalah. Tak percaya? Cubalah rasai sendiri.

Lokasi ini di Jalan 4a/27a, Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan dibuka setiap hari pada 5 petang hingga 1 pagi. Jika ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi: 012-3452240.

BUSINESS PAGE: https://www.kawkawburger.com/en_MY/

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/burgerbakarkawkaworiginal/

INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/kawkawburger/

 

3. STIQ – MAKAN MALAM

Nak makan makanan Western yang sedap sedap? Korang boleh singgah di Stiq. Stiq adalah sebuah gerai Western padu yang ada di Wangsa Maju ini. Gerai ini berada berdekatan dengan Kaw Kaw Burger. Dikatakan makanan Western disini sangatlah lazat hingga menjilat jari. Antara menu yang korang boleh dapatkan ialah Beef Ribs, Chicken Wings, Chicken Chops, Lamb Chop dan banyak lagi. Dahlah sedap, harga pun memang terbaik. Korang pasti takkan menyesal punyalah. Memang berbaloi.

 

Lokasi Stiq ini di Jalan 4/27a, Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan dibuka setiap hari pada 5 petang hingga 1 pagi. Jika ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi: 012-3452240.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/stiqofficial/

INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/stiqofficial/

 

4. ROT THAI STEAMBOAT AND GRILL (WANGSA MAJU) – MAKAN MALAM

Tiba-tiba rasa nak makan Steamboat ala Thai tapi tak tahu dekat mana? Korang kena singgah di Rot Thai Steamboat and Grill ini. Kalau korang nak tahu, Rot Thai Steamboat ini adalah sebuah restoran yang cukup popular di Wangsa Waju ini. Dikatakan Steamboat disini sangatlah sedap ditambahpula dengan keaslian rasa Thai yang padu. Memang korang akan suka punyalah! Kalau korang nak makan bersama keluarga atau rakan-rakan, disinilah tempatnya memang terbaik. Selamat mencuba!

Lokasi ini di No.19.G, Plaza Wangsa Maju, Jalan Maju Ria 1, Seksyen 10 Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur dan dibuka setiap hari pada 4 petang hingga 12 tengah malam. Jika ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi:  016-2483977.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/Rotthaibuffetwangsamaju/

INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/rotthaibuffet_wangsamaju/

 

Sekarang ni, kami hanya jumpa empat tempat makan malam terbaik di daerah Wangsa Maju ini. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam article ini, sila hubungi kami di (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk penambahan tempat makan best di Wangsa Maju ini. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!

Share.

Leave A Reply