13 Penginapan Terbaik Untuk Percutian Di Sepang Selangor | Sepang adalah sebuah daerah yang berada di negeri Selangor. Daerah ini berada di bahagian selatan Selangor bersempadan dengan daerah Petaling di utara, Hulu Langat dan Negeri Sembilan. Sepang juga dekat dengan KLIA yang menjadi tumpuan orang ramai untuk ke lapangan terbang.

Disebabkan berdekatan dengan KLIA2, Sepang menjadi antara tarikan pelancong yang mencari hotel – hotel dan tempat untuk bermalam. Jika anda menacari tempat bermalam tidak jauh dari lapangan terbang ini, anda boleh lihat artikel ini. Tanpa buang masa lagi, jom kita lihat yang mana yang menarik hati anda.

Selain itu, jika anda ingin melihat info – info menarik, anda boleh klik Di Sini.

1. Lepak Guest House

Lepak Guest House adalah sebuah Homestay yang berada di sepang hanya 8 kilometer sahaja dari terminal KLIA dan KLIA2. Homestay ini sesuai jika anda travel bersama keluarga dan mencari penginapan bajet yang akan memberi anda keselesaan sama seperti anda bermalam di rumah sendiri.

2. Rumah Putih Bed & Breakfast

Homestay ini miliki 6 bilik bebas rokok dan selesa dan anda akan menerima sarapan pagi pada keesokan harinya. Setiap bilik ada penghawa dingin, kipas, sofa, tv dan bilik mandi persendirian. Tetamu diberi wifi percuma, tempat letak kereta yang berpagar di kawasan rumah berikut.

3. Tune Hotel KLIA 2

Jika anda mencari hotel yang betul –  betul dekat dengan KLIA2, Tune Hotel KLIA 2 ini berada sebelah KLIA2. Ianya hanya beberapa minit  jika anda berjalan kaki dari lapangan terbang tersebut. Untuk memudahkan anda berulang alik ke lapangan terbang, Tune hotel ini disambungkan dengan jambatan tertutup ke KLIA2.

4. Empress Hotel

Empress Hotel Sepang adalah salah satu hotel bajet yang terletak di sekitar kawsan KLIA2 dan menawarkan bilik ekonomi yang selesa.Setiap bilikdi hotel ini miliki penghawa dingin, tv beserta astro dan shower air panas. Perkhidmatan hotel ini berlainan dengan hotel bajet yang lain kerana ianya ada kolam renang khas untuk tetamu.

5. Sri Langit Hotel

Reka bentuk bilik di hotel ini serupa seperti reka dalam kapal terbang. Bilik di hotel ini menjamin keselesaan anda dengan menyediakan kemudahan seperti penghawa dingin, tv led, tempat menyedia teh dan kopi dan shower air panas. Perkhidmatan simpan bagasi dan kaunter check-in juga dibuka 24 jam untuk pengunjung yang datang.

6. Oasis Hotel

Oasis Hotel ini menawarkan bilik ekonomi yang selesa. Kaunter check-in dibuka 24 jam sehari dan pelanggan dapat guna Wifi percuma di kawasan lobi hotel. Di dalam setiap bilik hotel anda akan menjumpai tv led, dan penghawa dingin. Setiap bilik juga punyai bilik air yang tersendiri yang lengkap dengan shower air panas.

7. Casa Hotel

Jika anda ingin penginapan moden dan selesa yang hanya 20 minit memandu ke KLIA anda mungkin akan suka Casa Hotel. Casa Hotel ini berada di Pusat Perniagaan Salak Tinggi dan disedia dengan tempat letak kereta percuma, kaunter pelanggan 24 jam dan pihak hotel boleh membawa anda ke lapangan terbang jika anda tiada kenderaan.

8. The Youni Q Hotel

Youni Q Hotel ini terletak di Bandar Baru Salak Tinggi Business Park, Sepang. Jika anda pilih untuk memandu atau menaiki teksi ia mengambil masa 15 minit sahaja dari ke KLIA2. Setiap bilik punyai kemudahan seperti penghawa dingin, tv & astro, peti keselamatan, teh & kopi segera dan bilik mandi peribadi yang ada shower air panas.

9. Sky Star Hotel

Sky Star Hotel ini juga berada di Bandar Baru Salak Tinggi Business Park. Ianya juga hanya 15 minit sahaja dari KLIA2. Bilik di hotel ini lengkap dengan Wifi percuma, TV, penghawa dingin, tempat iron baju, Teh dan Kopi segera dan bilik mandi yang datang dengan shower air panas.

10. Sri Enstek Hotel

Bilik hotel di sini punyai seni bina yang menarik kerana banyak ukiran kayu dan dinding yang dihias dengan gambar menarik, menambah kepada pengalaman seronok bermalam di hotel ini. Di samping itu, setiap bilik dilengkapkan dengan TV LED, shower air panas dan tempat menyediakan teh dan kopi.

11. City View Hotel

Lagi satu hotel bajet yang dekat dengan KLIA2 ini berada di Bandar Baru Salak Tinggi. Hotel City View ini menampilkan bilik penginapan yang moden, bersih dan selesa. Bilik di hotel ini dilengkapi dengan penghawa dingin, almari, TV LED, pengering rambut, shower air panas dan Wifi percuma.

12. Bary Inn Hotel

Hotel ini menawarkan bilik berkelengkapan sederhana dengan harga yang berpatutuan. Setiap bilik di hotel bajet ini lengkap dengan penghawa dingin, TV LED, dan bilik mandi dengan air panas. Jika anda perlu online anda boleh akses Wifi percuma. Anda juga boleh nikmati sarapan ala Buffet yang disediakan oleh pihak hotel setiap pagi.

13. EV World Hotel Enstek

Jika anda mencari hotel murah di Sepang, EV World Enstek menyediakan penginapan bajet yang selesa dan berhampiran dengan KLIA2. Walaupun ia adalah hotel bajet, bilik di Hotel EV World ini serba lengkap dengan penghawa dingin, TV, bilik mandi yang ada shower air panas dan tuala yang bersih.

 

Bukan main banyak lagi hotel terbaik di Sepang ini, bukan? Berpinar mata untuk membuat pilihan. Jangan disangka pilihan yang menarik di Sepang ini terhenti di sini sahaja sebab sebenarnya banyak lagi yang dapat anda temui di Booking.com, bukan sahaja menarik, malahan juga di dalam harga yang sangat berpatutan. Selamat Bercuti!

Share.

Leave A Reply