13 Penginapan Terbaik Untuk Percutian Di Shah Alam | Ibu negeri Selangor, Shah Alam boleh dianggap antara bandar yang sungguh mengagumkan kerana di sebalik kepesatan ekonomi dan pembangunannya sebagai sebuah ibu negeri, tidak sukar untuk anda mencari lanskap hijau.

Selain Melaka dan Port Dickson, Shah Alam sebenarnya adalah satu lagi lokasi yang terkenal bagi warga kota yang ingin bercuti. Mana tidaknya, di sinilah banyak kedai makan menarik boleh dijumpai. Bukan itu sahaja, tarikan lain seperti taman tema, laman seni, pusat beli – belah, tarikan alam semula jadi dan banyak lagi yang mampu menceriakan percutian dan juga sebuah lokasi yang sempurna. Tanpa buang masa lagi, jom kita lihat yang mana yang menarik hati anda.

Selain itu, jika anda ingin melihat info – info menarik, anda boleh klik Di Sini.

1. Accapella Suite Hotel

Hotel ini punyai banyak bilik yang sesuai untuk anda. Jika anda tidak kisah, anda boleh mencuba bilik jenis suite yang lengkap dengan ruang tamu, tab mandian dan dapur yang diberi banyak kemudahan. Apa pun pilihan anda, kesemua bilik ini dihias dengan elegan dan cukup luas untuk anda sekeluarga bersantai.

2. Grand BlueWave Hotel

Grand BlueWave ini punyai area khas hanya untuk wanita. Jadi tak perlu lah wanita yang datang berseorangan berasa risau lagi. Hotel ini turut miliki banyak fasiliti menarik yang dapat buatkan hari – hari anda di sini penuh dengan variasi aktiviti seperti spa, kolam renang dan pusat kecergasan.

3. KYUDEN Studio 14 Homestay

Ruang bilik homestay ini juga cukup luas bagi anda yang bercuti bersama keluarga. Kemudahan lain yang ada di Studio 14 adalah kolam renang dan taman permainan kanak – kanak. KYUDEN Studio 14 Homestay ini berada hanya 600 meter dari Shah Alam Convention Center dan menawarkan penginapan dengan hiasan dalaman yang ceria dan moden.

4. Best Western i-City

Best Western i-City adalah penginapan yang terbaik bagi anda yang ingin nikmati tarikan utama di Shah Alam ini. Terletak di tengah – tengah taman tema i-City, pemandangan yang dihidangkan dari hotel ini memang best lebih – lebih lagi pada waktu malam. Anda dapat nikmati sarapan pagi seperti roti canai dan tosei pun ada.

5. Nexus Business Suite Hotel

Rekaan dalamannya yang sangat moden dan sejuk dipandang. Di samping itu, tahap privasi dari bilik – bilik di sini juga sangat memuaskan hati, tak kisah lah jika anda menginap di sini hanya untuk mendapatkan tidur yang lena, atau ingin menghabiskan bacaan novel yang telah lama ditunda dengan tenang.

6. Hotel 99 Kota Kemuning

Hotel 99 Kota Kemuning adalah sebuah penginapan dengan atmosfera yang menenangkan. Lokasinya pula, hanya 5 minit berjalan kaki ke Kota Kemuning Lakeside Park. Hotel bajet yang selesa dan lengkap dengan segala kemudahan penting. Penggunaan variasi tona kelabu jadikan suasana hotel tampak lebih moden.

7. Eminent Suite @I-SOHO, I-city

Moden dan minimal, inilah konsep yang diketengahkan Eminent Suite @I-SOHO. Bukan itu sahaja, jika anda bayangkan percutian yang mana anda dapat rehat badan anda dalam tab mandian dengan penuh privasi, di sinilah anda dapat menjadikannya realiti. Jika anda mahu, kolam renang infiniti turut ada di sini.

8. Felora Suite @ Trefoil

Selain miliki dekorasi dalaman yang moden, penginapan ini turut miliki kemudahan tab mandian dan ruang balkoni untuk nikmati pemandangan. Cukup terserlah dari corak yang diguna pada dinding, bagi anda yang suka akan sentuhan kreatif, Felora Suite @ Trefoil dapat mengubati jiwa artistik anda.

9. Miko’s Studio @ Setia Convention

Miko’s Studio @ Setia Convention menawarkan sebuah penginapan yang luas, selesa dan lengkap dengan banyak kemudahan moden. Terdapat dua pilihan penginapan iaitu apartment dengan pemandangan kolam renang dan superior apartment. Jika anda sukakan reka bentuk yang simple, hotel ini memang untuk anda.

10. Concorde Hotel Shah Alam

Concorde Hotel, Shah Alam ini adalah sebuah hotel yang agak mewah dengan servis yang begitu sempurna. Bukan itu sahaja, dari bilik – bilik di Concorde Hotel ini pula anda dapat nikmati pemandangan yang memukau Masjid Biru Shah Alam ataupun kolam renang hotel.

11. Havenue Hotel

Dari ruang lobi hotel ini lagi anda sudah terasa betapa mesra sekali suasananya, dengan dekorasi yang kelihatan begitu homie dan moden. Konsep ini turut terserlah di dalam bilik yang ditawarkannya. Gabungan warna dan rekaan dalaman yang sejuk dipandang ini cukup sesuai dengan jiwa urban anda.

12. Pegasus Hotel Shah Alam

Pegasus Hotel Shah Alam menawarkan kesemua fasiliti ini untuk anda sekeluarga guna selama anda menginap secara percuma. Di samping lengkap dengan kemudahan mewah, dekorasi dalaman hotel ini juga agak unik dan moden, langsung tidak menampakkan betapa ‘di dalam bajet’nya harga yang ditawarkan.

13. M Avenue Hotel

Hotel ini adalah sebuah lagi penginapan yang berada di lokasi yang strategik dengan banyak restoran yang dibuka hingga lewat malam juga banyak di sekitar sini. Selain itu, tidak jauh dari M Avenue Hotel ini juga punyai  sebuah pusat beli – belah dan i-City pula hanya 2 km dari hotel.

Bukan main banyak lagi hotel murah di Shah Alam ini. Berpinar mata untuk membuat pilihan bukan? Jangan disangka pilihan penginapan menarik di Shah Alam terhenti di sini sahaja sebab sebenarnya banyak lagi yang dapat anda temui di booking.com, bukan sahaja menarik, malahan juga di dalam harga yang sangat berpatutan.

Share.

Leave A Reply