13 Tempat Makan Malam Best di Selayang, Selangor | Selayang adalah sebuah bandar yang terletak kira-kira 10 kilometer di utara ibu kota Kuala Lumpur.  Bandar ini amatlah popular sebagai salah satu daya tarikan pelancongan dalam kalangan pelancong dalam dan juga luar.

Korang lapar malam tapi tak tahu nak makan apa dan mana? Jangan risau, kami bawakan kepada anda 13 tempat makan best yang korang cuba di Selayang, Selangor ini.

 

1. NASI LEMAK UJANG CORNER – MAKAN MALAM

Korang craving Nasi Lemak malam malam tapi tak tahu nak cari dekat mana? Korang boleh ke Nasi Lemak Ujang Corner. Nasi Lemak Ujang Corner adalah sebuah restoran yang paling popular di Selayang ini. Apa yang menarik disini adalah Nasi Lemak disini dihidang secara panas bersama pelbagai jenis lauk. Korang boleh pilih sama ada nak Ikan Bilis atau Sotong atau Ayam dan banyak lagi. Memang puas punya. Korang pasti takkan dapat menolak punya sebab aromanya sungguh menyelerakan. Jadi kalau korang ada dekat sini, jangan lupa singgah. Rugi tau.

Lokasi ini di Gerai MPS No. 1, Gerai Taman Greenwood,, Jln Batu Caves, Taman Greenwood, 68100 Batu Caves, Selangor dan dibuka setiap hari pada 8 pagi hingga 12 tengah malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi: 017-3337791.

 

2. WIRA SEAFOOD IKAN BAKAR SEDAP – MAKAN MALAM

Korang nak makan makanan laut yang best best tapi tak tahu dekat mana? Korang boleh singgah makan di Wira Seafood Ikan Bakar Sedap ini. Dekat sini, mereka menyediakan banyak jenis makanan laut yang best. Apa yang menarik lagi, makanan laut disini sangatlah segar, juicy dan lembut untuk dimakan. Bukan tu je, harga yang ditawarkan pun sangat berbaloi dan tempat ini amatlah untuk makan bersama seisi keluarga korang. Selamat menjamu selera.

Lokasi ini di 18, Jalan SG 1/10, Taman Sri Gombak, 68100 Batu Caves, Selangor dan dibuka setiap hari pada 2 petang hingga 1 pagi. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi: 012-4111304.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/RealWiraSeafood/

INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/wiraseafoodikanbakar/

 

3. DAR HADRAWT RESTAURANT- MAKAN MALAM

Sebut Hadrawt saja, pasti sudah ramai yang tahu keenakan hidangan Yemeni disini. Bagi korang yang nak makan masakan Arab korang kena cuba disini, pasti takkan menyesal punya. Dekat sini, mereka menyediakan banyak jenis masakan yang korang dapatkan. Antaranya seperti Baklava, Kunafa, Chicken Shawarma, Lamb Maqlubah, Mandy Lamb Biryani, Mendi Chicken dan banyak lagi. Korang pasti akan puas makan punya kerana nasi disini sangatlah lembut dan terasa rempahnya. Jadi, tunggu apa lagi.

Lokasi restoran ini di 15, Jalan 2/14, Bandar Baru Selayang, 68100 Batu Caves, Selangor dan dibuka setiap hari pada 10 pagi hingga 10 malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi: 03-61273884.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/darhadramoutrestaurant/

 

4. SUKA DESSERT – MAKAN MALAM

Bagi korang yang suka dessert, bolehlah datang ke sini. Kalau korang nak tahu, Suka Dessert adalah salah satu port yang best bagi korang yang teringin nak makan dessert malam malam. Korang pasti akan rambang mata punya sebab dekat sini terdapat pelbagai jenis dessert yang korang boleh cuba seperti Nutella, Chocstick Cookies, Petite Pancake, Ice Cream Roll, Pancake Chocolate dan banyak lagi. Dahlah sedap lepastu harga yang ditawarkan pun sangat mampu milik. Bukan tu je, tempat ini juga sesuai bagi korang yang ingin melepak bersama korang. Jadi, selamat mencuba!Lokasi ini di G-08, Residensi 280, 1KM, Lebuhraya Selayang – Kepong, Taman Selayang Jaya, 68100 Batu Caves, Selangor dan dibuka setiap hari  pada 10 pagi hingga 10 malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi: 018-7888481.

INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/sukadessert/

 

Sekarang ni, kami hanya jumpa empat tempat makan malam terbaik di daerah Gombak ini. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam article ini, sila hubungi kami di (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk penambahan tempat makan best di Klang, Selangor. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!

Share.

Leave A Reply