13 Pulau/Pantai Menarik yang Boleh Dilawati di Kedah| Khalifah Media Networks – Negeri di utara Malaysia iaitu negeri Kedah, Pulau Pinang dan Perlis sememangnya mempunyai kawasan pulau/pantai yang cantik untuk dikunjungi. Bagi yang ingin rancang perjalanan pelancongan di negeri Kedah, kami telah senarai beberapa pulau/pantai yang menarik untuk anda lawati bersama keluarga.

1. Pulau Songsong

Pulau Songsong adalah salah satu pulau yang dalam kawasan Jerai Geopark. Tempat ini sangat tenang dan aman kerana ia belum di teroka sepenuhnya. Namun, anda masih dapat lakukan aktiviti menarik di sepanjang lawatan anda di sini. Untuk yang pertama kali ke Pulau Songsong, anda perlu menaiki bot selama 10 – 20 minit dari jeti Sungai Udang, Yan Kedah. Anda juga boleh memilih pakej yang ditawarkan oleh pihak ejen.

Di sekeliling pulau, banyak tempat yang cantik dan sesuai untuk bergambar. Anda juga boleh berkemah untuk merasai keindahan malam di sini. Untuk peminat pancing, di sekitar pulau terdapat port yang sesuai untuk memancing ikan. Paling menarik, ada pakej untuk snorkelling juga di sini.

Tips kepada anda yang ingin rasa suasana waktu malam di pulau, tiada resort atau chalet di sini. Hanya ada tandas dan surau sahaja yang di buka untuk orang ramai. Oleh itu, anda perlu sedia sendiri alatan untuk berkemah atau boleh terus hubungi ejen untuk pakej lebih menarik.

Kredit Imej: Kakitravel.net
Kredit Imej: Kakitravel.net

 

2. Pantai Rhu, Tanjung Dawai

Pantai Rhu di Tanjung Dawai, Kedah ada daya tarikan sendiri. Ianya juga dikenali sebagai Pantai Pokok Rhu. Ini kerana, ada deretan pokok rhu disepanjang pantai. Tambahan pula dengan air laut yang biru dan pasir pantai yang bersih, Pantai Rhu jadi destinasi pilihan. Anda yang datang boleh hirup udara segar sambil riadah bersama keluarga. Dengan kerjasama masyarakat, mereka mencantikkan pantai dengan laksana aktiviti gotong-royong secara berkala dan sedia kan port menarik untuk bergambar.

Anda tidak perlu risau kalau datang ke sini, banyak gerai jualan yang jual pelbagai jenis makanan dan minuman tempatan di sekitar pantai. Selain itu, di sepanjang jalan ke Pantai Rhu anda dapat melihat kedai makan atau restoran yang menyaji menu makanan laut.

 

Kredit Imej: Website Ceria Sihat
Kredit Imej: Kakitravel.net

 

3. Pantai Murni Waterfront, Yan

Satu lagi tempat menarik yang ada di kawasan Yan iaitu Pantai Murni Waterfront. Berbanding dengan pantai lain, pantai murni bukan pantai yang boleh mandi atau main pasir, namun pantai ini popular dengan panorama di sini.  Pantai ini akan sesak pada hujung minggu dan waktu cuti sekolah. Ibu bapa ambil peluang ini dengan bawa anak mereka untuk riadah dan main di taman permainan yang sedia ada.

Pada tahun 2017, sebuah pelantar dibina hingga tengah laut untuk menghubungkan tebing pantai dengan jeti nelayan. Dengan ada nya pelantar ini, anda dapat lihat dengan dekat bot-bot nelayan dan boleh ambil gambar. Sejujurnya, pantai murni miliki pemandangan matahari terbenam yang paling cantik dengan biasan oren di atas dasar laut. Jika anda ke sini, jangan lepas peluang untuk lihat sendiri panorama matahari terbenam.

Antara fasiliti yang ada seperti surau, tandas, pondok wakaf untuk teduh, gerai jualan di tepi pantai, kawasan parking yang luas dan medan selera dengan banyak menu yang lazat.

Kredit Imej: Wikiloc.com
Kredit Imej: Percutianbajet.com

4. Pulau Langkawi

Langkawi sebuah pulau yang sarat dengan alam semula jadi dan penuh dengan sejarah. Pulau bebas cukai ini telah tambah maju dengan ada nya infrastruktur yang semakin pesat telah menjadikan pulau ini sebuah tempat pelancongan popular di Malaysia. Kalau datang ke Kedah tak sah kalau tidak ke Langkawi. Menawar pelbagai aktiviti yang seronok, mula dari aktiviti air, darat mahupun udara ada di sini. Kemudahan yang lengkap dan baik senang untuk para pelancong.

Pulau Mahsuri ini bukan hanya sarat dengan kisah bersejarah namun ada 99 pulau atau pantai di dalam nya.

Kredit imej: Daily Cuti
Kredit Imej: Hotels.com

 

5. Pantai Cenang, Langkawi.

Pantai yang panjang 2km ini menyediakan permainan air seperti banana boat, snorkelling, jetski, parasailing, parachute dan banyak lagi. Ini terus ubah Pantai Cenang sebagai pantai utama di Langkawi. Di tepi pantai ini, penuh dengan kemudahan chalet, resort dan hotel. Pelancong yang datang ke sini tidak perlu risau tempat makan juga banyak. Bukan itu sahaja, pasar raya, kedai cederamata, dan tempat lawatan juga turut ada.

Waktu malam pula, ada ‘fire show’ oleh anak muda langkawi. Dari pantai anda dapat lihat papan tanda ‘Langkawi Permata Kedah’ sebagai simbolik kepada pulau Langkawi sebagai pusat pelancongan utama di Kedah.

Kredit Imej: Expedia.com
Kredit Imej: Facebook (Dash Resort Langkawi)

6. Pantai Pasir Hitam, Langkawi.

Pantai ini yang terletak di Kampung Pasir Hitam tidak jauh dari Pekan Kuah, Langkawi. Sesuai dengan namanya dimana pasir ini warna hitam.

Menurut kisah rakyat, suatu ketika dahulu terjadi perang antara kerajaan laut dan kerajaan darat. Pada waktu itu, kerajaan laut telah dominasi perang kerana jumlah tentera mereka yang kuat dan ramai. Namun, muncul seorang pendeta dari kerajaan darat memberi cadangan untuk mereka bakar kayu api yang banyak di tepi pantai pada waktu malam. Disebabkan idea ini, kerajaan laut undur dan serah kalah kerana mereka fikir jumlah tentera kerajaan darat lagi banyak jika banding dengan mereka. Kerana sejarah itu, masyarakat percaya pasir pantai ubah jadi hitam sebab kesan daripada pembakaran.

Tempat ini lengkap dengan kemudahan. Sesuai untuk semua umur.

Kredit Imej: Libur
Kredit Imej: Youtube (Nik Zaidi)

7. Pulau Tuba, Langkawi.

Pulau Tuba, destinasi yang perlu di lawati jika anda ke Langkawi. Nama pulau ini jarang dengar, namun ada daya tarikkan sendiri. Pulau ini asal nya sebuah perkampungan nelayan. Kini, pihak kerajaan telah menaik taraf pulau ini sebagai tempat pelancongan baharu. Keunikkan pulau ini tidak dapat dilihat di pulau lain di Malaysia. Di sekitar pulau, anda dapat lihat batu kapur yang lebih 350 juta tahun. Di dada langit, terdapat burung helang spesies Lang Merah dan Lang Siput, serta dapat melihat flora yang jarang jumpa seperti Orkid Harimau, Pandan Laut, Pokok Bogok serta banyak lagi.

Selain itu, anda juga boleh memilih pakej untuk menjadi anak angkat oleh warga pulau. Dalam pakej ini, mereka akan ajar kita cara tangkap ikan, membuat kraf tangan dan masak makanan tempatan sini. Sangat menarik!

Untuk ke sini, anda perlu menaiki bot atau feri dari jeti Pekan Rabu. Kemudahan chalet dan motel juga sedia ada.

Kredit Imej: Naturally Langkawi
Kredit Imej: Harian Metro

8. Pulau Paradise 101, Langkawi

Nikmati percutian mewah di Pulau Paradise 101 yang berada di laut Andaman, Langkawi. Ini adalah pulau persendirian yang penuh dengan permainan air seperti parasailing, jetski, banana boat, kayak, zip line dan banyak lagi. Pasir putih dan air laut yang biru jernih di pulau ini menambah pesona pulau. Dihiasi dengan tempat untuk ambil gambar yang cantik dan unik. Kemudahan yang lengkap seperti restoran, pub, tandas, dan surau.

Tips! Untuk kesini anda perlu menaiki boat selama 10 hingga 15 minit dari Telaga Harbour yang tidak jauh dari Pantai Kok.

Kredit Imej: Klook
Kredit Imej: MaiSinggah.com

9. Pantai Merdeka

Terletak di daerah Kuala Muda, kedah, pantai yang sesuai untuk melancong bersama keluarga. Anda dapat lihat pemandangan gunung jerai dan tanjung dawai dengan dekat kerana ia terletak tidak jauh dari pantai. Angin di sini sangat kuat, sesuai untuk menerbangkan layang-layang.

Kemudahan yang disediakan pula seperti tempat penginapan, chalet, resort, tempat makan, pondok rehat, taman permainan, port bergambar, tandas, dan surau. Jika anda kesini, jangan lepaskan peluang untuk mencuba menu viral di medan selera iaitu ais kacang gunung jerai.

Kredit Imej: Blog Afzal Laidin
Kredit Imej: MALAYSIAKU

10. Pulau Sayak

Pulau Sayak merupakan sebuah kampung yang terletak di daerah Kuala Muda, kedah. Lokasi pulau ini tidak jauh dari Pantai Merdeka. Pulau Sayak terkenal sebagai syurga makanan laut dan tempat peranginan. Di sepanjang perjalanan ke pulau ini, anda dapat melihat banyak chalet dan resort yang cantik dan menarik untuk menginap. Paling menarik, santai tepi pantai sambil menikmati makanan yang terkenal di sini iaitu mee udang.

Fakta tentang tempat ini, destinasi Pulau Sayak merupakan tempat untuk menceram anak bulan. Maka pulau ini selalu disebut apabila menjelang ramadan dan syawal.

Kredit Imej: Blogger.co
Kredit Imej: Youtube Jay Are

11. Pulau Bidan,Yan

Berbeza dengan pulau lain yang popular di Kedah, Pulau Bidan bersedia menerima kunjungan pelancong. Pulau ini jauh dari hiruk pikuk bandar. Sangat sesuai untuk anda yang ingin ketenangan. Kelebihan pulau ini ialah flora dan fauna yang ada di sekitar pantai. Pihak berkuasa tempatan menyediakan tapak untuk berkemah. Tiada fasiliti tempat penginapan, namun lengkap dengan sumber air bersih, tandas, pondok teduh dan surau.

Pulau ini sering dikunjungi oleh kaki pancing kerana tempat ini sesuai dan dibenarkan untuk pancing ikan. Antara hidupan laut yang popular di sini adalah ikan alu-alu, kerapu, gelama, pari, tenggiri, senangin dan sotong.

Kredit Imej: Jerai Geopark
Kredit Imej: Jerai Geopark

12. Pulau Beras Basah, Langkawi

Selain pulau yang terkenal di Langkawi, Pulau Beras Basah juga menjadi tempat tumpuan pelancong. Pulau tidak berpenghuni ini terkenal dengan pasir yang putih dan laut membiru. Sambil menikmati keindahan alam semula jadi, anda boleh lakukan aktiviti air seperti jetski, banana boat, parasailing, snorkeling dan banyak lagi. Tempat ini sangat sesuai untuk santai dan riadah bersama keluarga.

Pulau ini juga dijadikan tempat teduh oleh para nelayan jika ombak semakin kuat.

Kredit Imej: JDlines.com
Kredit Imej: Blog MrJocko

13. Pulau Dayang Bunting, Langkawi

Pulau ini dikenali ramai dek kisah nya yang penuh bersejarah. Sesuai namanya, dari jauh kita dapat melihat bentuk pulau ini seperti seorang wanita bunting yang sedang baring. Ditengah-tengah pulau ini, sebuah tasik air tawar dengan anggaran seluas 3 padang bola sepak dibuka untuk orang ramai. Air hijau jernih yang dikelilingi pokok dan pulau sangat mempersona.

Anda juga dapat menikmati aktiviti air dengan panorama alam semula jadi yang tidak dapat di tempat lain.

Kredit Imej: Website Libur
Kredit Imej: Website JUICE

 

Pulau/Pantai yang terdapat di Kedah mempunyai sejarah yang menarik untuk kita pelajari. Bukan itu sahaja, sarat dengan keindahan alam semula jadi yang sukar didapati di tempat lain. Selain dari 13 pulau/pantai ini, masih banyak lagi tempat yang perlu dilawati sepanjang percutian anda di Kedah.

Selamat merancang perjalanan!

Untuk info yang lebih boleh layari (sini)

 

Share.

Leave A Reply